Lompat ke isi

Saari Amri

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Saari Amri
Berkas:SaariAmri.jpg
LahirSaari bin Jusoh
13 April 1966 (umur 58)
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Tempat tinggalAmpang, Selangor, Malaysia
KebangsaanMalaysia
Nama lainIraas Irma, Fitri Amri
PekerjaanKomposer, penulis lirik, penerbit rakaman
Tahun aktif1989 - 2001
Kota asalKuala Lumpur, Malaysia
Suami/istriSenorita Abdul Rahman
AnakMohd Fitri Amri
Iraas Irmarita
Iraas Marliany
Amri Farizuan
Karier musik
GenreBalada, Pop rock
InstrumenGitar
LabelMenora Music Entertainment
Artis terkaitKumpulan Ukays
Kumpulan Umbrella
Kumpulan Slam
Musicbrainz: 6f166076-03f1-436b-af20-6a3fccffd39c Discogs: 2069816 Modifica els identificadors a Wikidata

Saari bin Jusoh yang lebih dikenal

sebagai Saari Amri adalah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakam di Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang terkenal ketika era 1990-an dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya yang telah beredar di pasaran.

Beliau sering berpasangan bersama penulis lirik lainnya seperti Mama Juwie, Aznida, Habsah Hassan, LY & Baiduri dan Azam Dungun untuk menghasilkan sebuah lagu.[1]

Lagu pertama ciptaan beliau adalah berjudul "Pasti" yang dinyanyikan oleh kumpulan Mega. Menerusi lagu itulah nama Saari dikenali di dalam industri muzik tanah air. Antara penyanyi yang banyak menyanyikan lagu ciptaan beliau adalah Kumpulan Ukays dan Kumpulan Umbrella. Beliau juga banyak menciptakan lagu dan menjadi penerbit untuk Kumpulan Ukays sehinggakan album Bisa Berbisa (1994) dijual melebihi 400,000 unit. Hampir kesemua lagu dalam album itu menjadi hit.[2][3][4]

Kehidupan pribadi

Beliau dilahirkan dengan nama asli Saari bin Jusoh di Tanah Merah, Kelantan.[3] Beliau hanya mempunyai pendidikan sampai sekolah rendah (setara Sekolah dasar di Indonesia) dan tidak mendapatkan pendidikan musik secara formal.[5] Beliau menikah dengan Senorita Abdul Rahman dan telah memiliki empat orang anak.[2] Sebelum bergiat dalam bidang musik, beliau pernah bekerja sebagai buruh binaan.[5]

Penghargaan

Apresiasi Anugerah Juara Lagu pertama Saari Amri ialah di Anugerah Juara Lagu ke-6 yaitu pada 29 Desember 1991 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dua lagu beliau yang dinominasikan yaitu "Penantian" dari Black Rose dan "Setelah Aku Kau Miliki" yang dinyanyikan oleh Shima. Namun, hanya satu lagu beliau yang mendapatkan penghargaan.

Setelah Aku Kau Miliki dianugerahkan sebagai pemenang kedua di Juara Lagu 91 tersebut penampilan yang memukau oleh penyanyinya, Shima mendapatkan anugerah penampilan Terbaik ketika itu.


Diskografi

Album kompilasi

Pencapaian

Anugerah Juara Lagu

Tahun Judul Lagu Penyanyi Komposer Penulis lirik Keputusan
1991 Setelah Aku Kau Miliki Shima Saari Amri Azida NS Naib Juara
Penantian Blackrose Saari Amri Mario Nominasi
1992 Madah Berhelah Ziana Zain Saari Amri Saari Amri Nominasi
1995 Lamunan Terhenti Aris Ariwatan Saari Amri Saari Amri Nominasi
1996 Gerimis Mengundang Slam Saari Amri Saari Amri Nominasi
2000 Pasrah Erra Fazira Saari Amri Yusof Kelana Nominasi

Rujukan

  1. ^ "Luahan lirik, lagu Saari". KOSMO!. 2 Mac 2011. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  2. ^ a b Norliza Mohamad Zakaria (21 November 2009). "Saari Amri kembali berkarya". Hiburan. Utusan Malaysia. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  3. ^ a b "Saari nekad selamatkan Menora". Hiburan. Utusan Malaysia. 18 Julai 1999. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  4. ^ "Masih aktif cipta lagu". Hiburan. Harian Metro. 6 November 2017. Diakses tanggal 6 November 2017. 
  5. ^ a b Niezam Abdullah (7 Jun 2010). "Saari Amri bengang mulut celupar Ajai". mSTAR Online. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  6. ^ "Saari Amri - Koleksi Terbaik Ciptaan Vol II [1993]". Diakses tanggal 2019-07-31. 
  7. ^ "Saari Amri - Tajam Berbisa [2011]" (dalam bahasa Melayu). Diakses tanggal 2019-07-31. 

Pautan luar