Lompat ke isi

Matahari

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 19 Februari 2004 16.45 oleh 61.10.7.234 (bicara) (interwiki)

Matahari dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Sun'. Matahari merupakan bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan sembilan buah planet membentuk sistem suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahaya matahari yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar jisim hidrogen kepada jisim helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai konstant solar menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari 'sun flare' ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, tv dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelite atau stesyen angkasa yang tidak dilindung. Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultra-lembayung, sinar infra-merah, sinar-X, dan angin suria yang merebak keseluruh sistem suria.

Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan megnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung dan sinar infra-merah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu dipermukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.