Lompat ke isi

Pengguna:IVP/Proyek minggu ini

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
IVP/Proyek minggu ini
Gambar DVD Gun X Sword
GenreAksi
Anime
SutradaraGoro Taniguchi
StudioAnime International Company, AIC
 Portal anime dan manga

Gun X Sword (ガン×ソード, Gan×Sōdo) atau disebut Gun Sword ("×" tidak disebut) merupakan sebuah seri anime yang diarahkan oleh Goro Taniguchi dan diterbitkan oleh Anime International Company, AIC yang telah disiarkan pada bulan Juli 2005. Juga dikenal sebagai GXS oleh beberapa peminat, Van yang merupakan watak utama seri ini sedang mengembara mencari seorang lelaki misteri dengan tangan kanannya berkuku pencakar yang bertanggungjawab di atas kematian isterinya. Dalam pengembaraan Van, dia akan bertemu dengan beberapa pengembara lain, setiap dari mereka secara tidak langsungnya pernah kehilangan sesuatu perkara yang penting kepada Lelaki Berkuku Palsu itu.

Gun X Sword berlatarkan sebuah dunia yang digelar "Dunia Ilusi Tiada Sempadan" (Planet of Endless Illusion), di mana manusia berbagai ragam hidup bersama. Sistem dan struktur planet ini adalah sama jika dibandingkan dengan Bumi (contohnya seperti kewujudan bulan) dan secara teknikalnya berada di zaman Bumi serba moden. Perbedaannya lahir dengan kewujudan mesin-mesin pertarungan (seperti robot kawalan manusia) yang digelar "Armor". Secara keseluruhannya, Gun X Sword mempunyai sebuah budaya dan tema yang serupa dengan "zaman koboi" di Barat, perbedaannya dengan Bumi dapat dilihat dalam corak kehidupan rakyatnya yang lain daripada biasa.

Seri ini disiarkan oleh saluran rangkaian televisi Animax untuk penonton di Asia Tenggara termasuk Malaysia di bawah judul Gun X Sword.

Tokoh Utama

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah watak-watak protagonis dan antagonis seri Gun Sword. Mereka disusun mengikut turutan tokoh mereka diperkenalkan di dalam seri tersebut.

Protagonis

[sunting | sunting sumber]
Van

Pengisi suara: Takanori Hoshino (Jepang); David Vincent (Inggris)

Seorang lelaki yang bersifat kurus, tinggi, berpakaian hitam dan jarang bersuara. Mereka yang pernah bersuara dengannya menganggap bahwa dia separuh sedar disebabkan percakapannya yang lembab, ringkas, dan tidak tergesa-gesa. Bila disebut saja berita tentang Lelaki Berkuku Palsu itu, perangainya berubah kepada kemarahan. Disebabkan situasi-situasi yang dialaminya, dia mendapat berbagai-bagai gelaran sepanjang perjalanannya.
Dia pernah dibandingkan dengan watak Vash the Stampede dan Spike Spiegel.
Berkas:Gun X Sword Protagonis.jpg
Para protagonis siri "Gun Sword".
Watak-watak_dalam_Gun_Sword#Wendy Garret|Wendy

Pengisi suara: Houko Kuwashima (Jepang); Stephanie Sheh (Inggris)

Merupakan watak pertama yang mengikuti perjalanan Van sejak dia menyelamatkan pekannya dari sekumpulan penjahat dari episode 1, objektifnya adalah untuk mencari abangnya Michael yang telah menghilangkan diri. Walaupun dia seorang yang lurus dan kurang memahami banyak perkara, dia bersifat belas kasihan dan kuat, selalu berniat hendak menolong orang lain, berlawanan dengan sikap "tidak menrendahkan orang lain" Van.
Dia membawa sepucuk pistol milik ayahnya selepas dia diculik, di dalamnya terdapat hanya sebutir peluru saja.
Carmen 99

Pengisi suara: Kikuko Inoue (Jepang); Michelle Ruff (Inggris)

Merupakan seorang agen bayaran yang ditemui Van dalam episod 2, nama sebenarnya Carol Mendosa.
Ray Lundgren

Pengisi suara: Takahiro Sakurai (Jepang); Liam O'Brien (Inggris), David Lee Mckinney (Bahasa Inggeris)

Seorang pemandu Armor yang bersifat kejam dan sering menyendiri, isterinya dibunuh Lelaki Berkuku Palsu. Dia muncul pertama kalinya di episod 5 tetapi ditentangi hebat Van.
Joshua Lundgren

Pengisi suara: Junko Noda (Jepang); Yuri Lowenthal (Inggris)

Merupakan adik kepada Ray, dia seorang yang bersikap ceria, becok tetapi peramah. Aset utamanya adalah kemahirannya teknikalnya; berupaya untuk membaiki perkakas-perkakas ringkas, menganalisis kelemahan-kelemahan Armor dan juga berupaya untuk mencipta bom-bom jangka. Dia mengikuti Van dalam perjalanannya, berhasrat untuk menghentikan dendam kesumat abangnya dan pembunuhan-pembunuhan tiada erti.
Priscilla

Pengisi suara: Saeko Chiba (Jepang); Carrie Savage (Inggris)

Seorang perempuan berambut warna merah jambu, pertama kalinya bertemu dengan Van pada episode 14 sewaktu pertarungan Armor mereka. Selepas pertemuan mereka, dia kemudiannya mengikuti Van, dan secara rahasia menyimpan perasaan terhadapnya.

Tokoh Antagonis

[sunting | sunting sumber]
Lelaki Berkuku (The Claw Man)

Pengisi suara: Kenyuu Horiuchi (Jepang); Kirk Thornton (Inggris)

Merupakan seorang perancang teliti dan bijak, dan watak antagonis utama seri ini. Dia telah membunuh isteri Van dan Ray, secara langsung merupakan sumber kebencian mereka terhadapnya.
Michael Garret

Pengisi suara: Souichiro Hoshi (Jepang); Johnny Yong Bosch (Inggris)

Merupakan abang kandung Wendy, secara suka relanya telah bersama-sama Lelaki Berkuku Palsu itu, dan bersedia menerimanya sebagai ketua, walaupun setelah dia diculik daripada pekannya "Evergreen" dan dibawa berjumpa Lelaki Berkuku Palsu tersebut.

Salah satu kelainan ketara yang membedakan dunia Gun Sword daripada lain-lain adalah penggunaan robot kawalan manusia yang digelar Armor. Armor ataupun robot gergasi ini selalunya berbentuk seperti manusia, dan pusat kawalannya terletak di dalam badannya, namun bukan semua Armor dikawal begini. Armor selalunya digunakan dalam pertarungan di antara dua pihak dan mereka yang mempunyai sebuah unit dianggap hebat. Berikut merupakan Armor yang diberi lebih perhatian dan lebih menonjol dalam siri ini, diikuti oleh siri The Original Seven.

Metal Glow (Besi Bersinar)
Armor ini muncul dalam episod 2, dan menyerupai sebuah kapal perang bersama-sama dengan sebuah perut besar. Metal Glow dikawal oleh Baron Mayor, ketua kota jambatan untuk menakluki dunia. Serangan-serangan utamanya lahir daripada penggunaan tangan gergasinya serta Regulus Cannon, sejenis meriam yang memancutkan besi cair ke atas musuhnya. Van berjaya menghancurkan Metal Glow dengan melontar pedang Dann menembusi meriam Regulus, kemudian dia menggunakan kaki Dann untuk menusuk pedang itu jauh kedalam dan akhirnya menebusi keluar di bahagian belakang.

left|150px

S-Drive Dragon (Naga S-Drive)
Pertama kalinya muncul dalam episod 8, Naga S-Drive ini menyerupai naga Cina berbesi. Berkemampuan untuk mengapungkan dirinya di udara, Armor ini menggunakan sejenis jet air yang cukup kuat daripada mulutnya dan serangan menjerut untuk mengatasi sesiapa sahaja yang cuba merentasi gunung di mana ia mendudukinya. Gelarannya S-Drive merujuk kepada sebuah set panel solar di tulang belakang naga itu di mana tenaga matahari disimpan. Apabila naga tersebut akhirnya dikalahkan, Van dan Ray mendapati bahawa Armor ini tidak dikawal sesiapa; pemandunya sudahpun lama ditinggalkan mati.
Kumpulan Van diserang oleh sepasang naga automatik apabila mereka cuba merentasi masuk terowong bawah permukaan air yang membawa mereka ke markas Lelaki Berkuku Palsu itu. Kedua-dua naga ini dilengkapi senjata-senjata berbeda; mereka tidak lagi menggunakan senjata yang digunakan naga sebelum ini, sebaliknya mereka menyerang menggunakan sepasang meriam yang teletak di bahagian kepala mereka. Mereka dibereskan oleh Brownie dan Eldora Soul.
Terdapat Armor bertemakan naga yang keempat, digunakan kumpulan pemberontak Mudaka apabila mereka coba melarikan diri daripada Lelaki Berkuku Palsu itu. Naganya juga menyerang menggunakan sepasang meriam sinaran, juga dengan melancarkan peluru berpandu ke arah Saudade Si Ahad daripada beberapa pelancar bahagian belakang. Naga Mudaka ditewaskan Michael dalam pertarungan ini.

left|150px

Golden Cradle (Buaian Emas)
Apabila Van berjaya mengesan muslihat Joe dalam episod 7, Joe menyeru Golden Cradle untuk bertarung dengan Dann. Golden Cradle berupa seakan-akan pahlawan abad pertengahan; perisai berbentuk salib bersama-sama lembing merupakan antara senjata-senjata utamanya. Mukanya separuh ditutup oleh sebuah helmet emas, separuh lagi mendedahkan rupanya yang kelihatan seperti tengkorak besi. Meskipun rupa fizikalnya kelihatan gagah perkasa, Armor Golden Cradle ini adalah setanding dengan Dann dan mempunyai aras dan tahap yang hampir sama dengannya.
Selepas menghancurkan kokpit luaran Joe, Van berjaya merosakkan Golden Cradle dengan serius apabila dia membutakan Joe dengan pantulan sinaran cahaya matahari dan memotong perisai Armor Joe dalam kebingungannya itu. Joe menghancurkan Golden Cradle dengan sendirinya, namun pada masa yang sama, menghalang dirinya memberi sebarang maklumat tentang The Claw Man kepada Van.
Rekaan Golden Cradle ini dapat dilihat sekali lagi apabila Van dan kumpulannya mengembara ke dalam markas Lelaki Berkuku Palsu itu. Beberapa versi automatik berwarna hijau, digelar One-on-One, mengelilingi barisan pertahanan barang-barang kemudahan Lelaki Berkuku Palsu itu. Versi One-on-One ini bersenjatakan mesin-gan[1] yang terletak di atas perisai, termasuklah senjata keduanya iaitu sejenis lembing gergasi. Pemanduan automatik mereka adalah mentah dan mudah dijangkakan, dibuktikan oleh Priscilla yang menewaskan mereka dengan mudah sekali.

left|150px

Vulcan
Bersenjatakan senapang laras automatik dan pistol boleh laras sebagai senjata-senjata utamanya, Vulcan dicipta khas untuk bertarung daripada jarak yang jauh. Berlawanan dengan teknik Van memanggil Dann dengan memotong bentuk "V", Armor Ray diseru apabila dia menembak ke tanah dalam suatu bulatan mengelilinginya. Perisai pembawa gerudi Vulcan kemudiannya mencari lokasi Ray dan keluar ke permukaan untuk bertarung. Penggunaan sistem senjata Vulcan didedahkan; sistemnya merupakan asas utama terhadap pembaharuan meriam sinaran yang terdapat pada siri Tujuh yang Asli (kelima-lima Armor The Original Seven pada peringkat asalnya tidak dibina dengan meriam tersebut; meriam sinaran itu merupakan senjata baru yang dipasang oleh The Claw Man).
Vulcan diselubungi di bawah kain mantel, disebalik kegunaannya sebagai barang aksesori, kain mantel itu telah direka khas untuk menyerap serangan daripada pancaran meriam. Ini membolehkan Vulcan untuk bertarung dari jarak jauh bersama-sama Armor Tujuh yang Asli dengan efektif sekali.
Vulcan dipandu oleh Ray Lundgren.

left|150px

Brownie
Brownie merupakan Armor berwarna merah jambu yang mudah dikawal menerusi sebuah sistem yang unik. Pemandunya berhubung dengan sistemnya menerusi sebuah kabel yang dicucuk masuk ke dalam sebuah lubang di bahagian belakang Armor, membolehkan Brownie meniru pergerakan fizikal pemandunya. Sistem ini mengenang kembali ruang penghubung neural yang digunakan Armor siri Tujuh yang Asli.
Pada pertarungan Priscilla dengan Van dalam pertandingan Armor yang berlangsung, Brownie bersenjatakan satu jenis senjata sahaja yang digelar The Fairy's Stab. Senjata ini terdiri daripada duri yang disimpan di atas bahu kiri Brownie yang mampu memanjang dan menembusi perisai Armor musuh. Taktik Priscilla dalam satu-satu pertarungan yang biasa adalah dengan menganalisis pergerakan musuhnya dengan berhati-hati, menunggu peluang terbuka, dan menerpa ke arah musuh dengan serangan yang melumpuhkan dengan menggunakan The Fairy's Stab sebagai senjata. Van berjaya membatalkan serangan ini dengan menggunakan pedang Dann dengan memecahkan hujung duri senjata itu.
Brownie dipandu oleh Priscilla

Tujuh yang Asli (The Original Seven)

[sunting | sunting sumber]

Setiap Armor daripada siri The Original Seven yang berikut dinamakan dalam Bahasa Inggeris secara asalnya, bersamaan dengan versi Bahasa Jepun Gun X Sword.

The Original Seven merupakan sekumpulan Armor yang jauh lebih maju daripada Armor lain. Setiap daripada Armor ini dinamakan daripada hari-hari dalam satu-satu minggu dan setiap daripada mereka mempunyai sistem alternatif yang menyerupai sejenis senjata gergasi. Pemandu atau juruterbang setiap Armor ini bersilih ganti dalam satu-satu generasi, setiap daripada mereka kekal dengan Armor sendiri sepanjang hayat, dan hendaklah sentiasa "berhubung" dengan Armor masing-masing untuk menjana semula kuasa mereka. Jika sesebuah Armor itu hancur ataupun rosak dengan teruk, pemandunya akan turut terbunuh. Pada mulanya, Dunia Ilusi Tiada Sempadan (Planet of Endless Illusions) merupakan sebuah planet sekunder di mana Bumi menggunakannya sebagai sebuah penjara, dan planet ini dikawal oleh Armor Tujuh yang Asli tersebut.

Bila Armor Tujuh yang Asli ini menyerupai bentuk manusia, senjata utama mereka merupakan versi yang lebih kecil daripada bentuk senjata mereka. Armor Van digelar Dann of Thursday (Dann Si Khamis) dan menyerupai sebilah pedang gergasi, satu lagi digelar Saudade of Sunday (Saudade Si Ahad), menyerupai sepucuk pistol gergasi. Yang lain-lain termasuklah Diablo (Kapak) dan Metsä (Lembing), sungguhpun semua daripada mereka kecuali Van adalah pengikut Lelaki Berkuku Palsu ataupun The Claw Man itu.

Setiap daripada Armor Tujuh yang Asli ini disimpan di pangkalan orbit satelit mereka, yang digelar Sistem SA (The SA System). Bila isyarat yang betul dihantar, pangkalan Sistem SA boleh menjatuhkan setiap satu Armor Tujuh yang Asli ini menembusi atmosfera dan terus ke kawasan pertarungan. Setelit-satelit Armor ini mempunyai sebuah aturan berbentuk salib dengan panel-panel solar yang jelas kelihatan, membekalkan tenaga yang penting untuk menjana semula kuasa Armor tersebut dan membantu membaiki kerosakan yang diterima.

Selang beberapa episod dalam siri ini, ia telah didedahkan bahawa Armor dalam siri Tujuh yang Asli ini berupaya untuk memesongkan sinaran daripada serangan musuh menerusi perisai elektromagnet yang telah siap dibekalkan. Untuk mengaktifkan perisai ini, kemahiran dan ikatan yang penting di antara pemandu dan Armornya hendaklah erat, tetapi apabila diaktifkan perisai itu dapat meningkatkan tahap refleksif si pengguna untuk melindungi dirinya daripada sinaran serangan musuh. Gadved menjelaskan kepada Van bahawa setiap Tujuh yang Asli telah berlaku keji sejak generasi-generasi yang lepas, lebih-lebih lagi selepas Bumi diletupkan.

Berkas:Saudade Si Ahad.jpg
Saudade Si Ahad (Saudade of Sunday)
Bentuk senjata: Bayonet
Pertama kalinya dijumpai di bawah laut pada episod 10 di dalam bekas simpanan satelitnya, bentuk senjatanya ditunjukkan pada episod 11. Pemandunya menggunakan pedang mata dua untuk mengawalnya. Apabila Michael mengejar Armor Mudaka, dia mengubah Saudade dan mendedahkan rupa sebenarnya. Saudade berubah daripada bentuk pistol emas kepada sebuah mecha berbentuk hampir manusia dengan bersama-sama sayap-sayap yang menyerupai seekor pepatung. Saudade bersenjatakan sebilah pedang/sepucuk pistol yang boleh digunakan dari jarak yang dekat mahupun jauh.
Saudade merupakan perkataan Portugis yang secara kasarnya bermaksud "kerinduan terhadap kampung halaman/mereka yang tersayang".
Saudade dipandu oleh Michael.
Berkas:Diablo Si Isnin.jpg
Diablo Si Isnin (Diablo of Monday)
Bentuk senjata: Kapak
Pada mulanya dipandu oleh Gadved dalam episod 12 dan episod 13. Diablo membawa maksud "Syaitan" dalam Bahasa Sepanyol, tetapi perkataan asalnya adalah perkataan Greek "Diabolous", yang bermaksud "pembahagi" ataupun "pemisah". Dalam konteks ini, Gadved merupakan garisan pemisah di antara kumpulan The Original Seven yang dahulu dengan pengikut-pengikut Lelaki Berkuku Palsu itu. Diablo berupaya untuk menyembuhkan Gadved, sepertimana Dann menyembuhkan Van. Disebabkan persamaan ini, Van berupaya untuk membaiki kerosakan Dann menggunakan pangkalan satelit Diablo.



Berkas:Metsa Si Selasa.jpg
Metsä Si Selasa (Metsä of Tuesday)
Bentuk senjata: Pedang berbentuk tirus/Epee
Muncul pertama kalinya dalam episod 15, Metsä menggunakan sebilah pedang yang bermuncung tirus ataupun sebilah epee (yang digunakan dalam sukan fencing) dalam pertarungan dan mempunyai dua buah meriam sinaran yang terletak di atas bahunya untuk serangan jarak jauh. Pada awalnya Dann tidak setanding dengan Metsä dan dikalahkan dengan mudah, selepas bahagian perisainya dirosakkan oleh senjata Metsä dan meriamnya.
Apabila Van kembali untuk menentang Metsä kali keduanya dalam episod 16, dia telahpun berjaya mengaktifkan perisai elektromagnet Dann dan menangkis serangan meriam Metsä. Metsä akhirnya dibelah oleh pedang Dann dan sekaligus dihancurkan.
Metsä berasal daripada Bahasa Finland yang bermaksud hutan.
Metsä dipandu oleh William Will Woo.
Berkas:Dahlia Si Rabu.jpg
Dahlia Si Rabu (Dahlia of Wednesday)
Bentuk senjata: Tongkat Tiga Bahagian
Mula muncul dalam episod 20, Dahlia diseru untuk menghentikan Van dan kumpulannya daripada meneruskan objektif mereka. Bentuk hampir manusianya mempunyai dua buah tongkat, dan meriam sinarannya terletak di atas bahu yang menampungnya, dikelilingi kepingan kelopak bunga. Dahlia juga mempunyai sulur paut yang boleh dipanjangkan untuk serangan jarak dekat.
Dahlia boleh bermaksud "anggun" ataupun "tidak stabil", dan boleh merujuk kepada perwatakan dan sifat pemandunya. Selain itu, Dahlia merupakan nama sejenis bunga berwarna merah jambu.
Dahlia dipandu oleh Fasalina.

Image:Dann_Si_Khamis.jpg|left|150px|]]

Dann Si Khamis (Dann of Thursday)
Bentuk senjata: Pedang Panjang dan Pedang Pendek (boleh bercantum)
Diseru dari angkasa oleh Van, sistem kawalan Dann terletak di bahagian dadanya, yang menyerupai sebuah bilik berbentuk kubah dengan kilauan biru-hitam di lantai dan dindingnya. Terdapat sebilah pedang gergasi di belakangnya, dan boleh berputar untuk membolehkannya terapung sementara. Antara perkara luar biasa yang mampu dilakukan Dann adalah kebolehannya untuk menyembuh kecederaan ataupun penyakit yang dihidapi Van, contohnya seperti sakit kepala, sebaik sahaja pemandunya memasuki kokpit Armor itu. Nama Dann merupakan nama alternatif "Odin", iaitu hero utama dalam mitologi Norse. Ia merujuk kepada Raja Naga (Dragon Kings): mereka yang mempunyai peratus besar darah Anunnaki - darah biru.



Sin Si Jumaat (Sin of Friday)
Bentuk senjata: Tonfa
Sin merupakan Armor gergasi yang kekurangan bentuk manusia seperti Dann ataupun Metsä. Sin berupa liar, daripada ekor birunya yang bercacak sehinggalah lengan hadapan dan belakangnya yang amat besar. Reka bentuk kepalanya juga mempunyai tema yang sama, dengan rupa fisikalnya yang agak liar dan menyerupai binatang, menonjolkan sifat pemandunya.
Sin dilengkapi dengan senjatanya tonfa, iaitu sejenis belatan Jepang dalam seri Okinawan Kobudo yang diklasifikasikan bersama-sama nunchaku, sejenis senjata belatan berantai yang popular. Senjata Sin boleh berubah bengantung kepada serangan yang dilakukannya. Apabila Carossa mengesan peluang untuk menyerang Van, senjata Sin berubah menjadi sebuah lembing untuk menusuk bahagian dada Dann. Seperti Metsä dan Armor kembarnya Sen, Sin berupaya untuk menyerang musuhnya menerusi meriam pancaran yang terletak di atas bahunya.
Selepas Melissa dan Sen dihancurkan hasil daripada percubaannya menahan serangan senapang laras Vulcan, Carossa menerpa ke arah Armor Ray dengan niat membalas dendam. Sen dihancurkan, tetapi sempat mencederakan Ray dengan melontar salah satu pedang Sin ke arah Vulcan.
Sin dipandu oleh Carossa.
Sen Si Sabtu (Sen of Saturday)
Bentuk senjata: Chakram
Sen merupakan Armor yang terkecil di antara siri Tujuh yang Asli, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan Armor kembarnya, Sin Si Jumaat. Sen direka khas untuk berlawan disamping Sin; Sen bisa bergabung dengan bagian perut Sin dan bersatu.
Senjata cakramnya adalah sangat merbahaya, mampu mengorek lepas ke dalam sistem pertahanan musuh sebelum kembali ke badan Sin seperti sebuah bumerang. Seperti Metsä Wuu, Sen dilengkapi meriam pancaran yang terletak di atas bahunya untuk serangan jarak jauh.
Sen Si Sabtu hancur apabila Melissa bergerak ke hadapan Sin untuk menahan serangan kuat meriam Vulcan. Perisai elektromagnet Sen berjaya menahan serangan itu untuk beberapa ketika sebelum ia menembusi perisainya dan menghancurkan Armor tersebut, meregangkan lalu memutuskan perutnya daripada kakinya.
Sen dipandu oleh Melissa.
# Tajuk Judul Bahasa Inggeris Tarikh Siaran Pertama
01 Tuksedo Menari Ditiup Angin Tuxedo Dances in the Wind 15 Juli 2005
02 Aliran Lucu Funny Stream 12 [[Juli 2005
03 Perwira Kembali The Hero Returns 19 Juli 2005
04 Kemudian, Hujan Mencurah And Then, the Rain Falls 26 Juli 2005
05 Pengawal Kembar Twins Guard 2 Agustus Agustus 2005
06 Percikan di dalam hati The Spark in the Heart 9 Agustus 2005
07 Membalas Dendam untuk Diriku Getting Revenge for Myself 16 Agustus 2005
08 Ada Gunanya Ikatan Itu There is a Use for That Bond 23 Agustus 2005
09 Carmen Pulang ke Kampung Halaman Carmen Returns to Her Hometown 30 Agustus 2005
10 Terima Kasih, Laut Ocean, Thank You 6 September 2005
11 Adakah Ini Selamat Tinggal? Does It Have To Be Goodbye? 13 September 2005
12 Hari-hari yang Tidak Kembali Days That Don't Return 20 September 2005
13 Dalam Perjalanan Menerusi Mimpi On the Way Through the Dream 27 September 2005
14 Brownie Tangkas Swift Brownie 14 Oktober 2005
15 Neo Asli Neo Original 11 Oktober 2005
16 Suatu Sinaran adalah Percikan Aliran Elektrik A Shine is an Electric Current Spark 18 Oktober 2005
17 Kejar Koordinat X Chase Coordinate X 25 Oktober 2005
18 Untuk Berdoa adalah Saudade To Pray is Saudade 1 November 2005
19 Pengakhiran Harapan The End of Hope 8 November 2005
20 Alam Semesta Nan Indah Wonderful Universe 15 November 2005
21 Doa kepada Syurga & Aman di Dunia Prayers to Heaven & Peace on Earth 22 2005
22 Untuk Kebaikan Siapa? For whose sake? 29 November 2005
23 Sebuah Lagu untuk Semua A song for everyone 6 Desember 2005
24 Pengakhiran Suatu Mimpi End of a Dream 13 Desember 2005
25 Seorang bodoh Datang Bersama Armor Fool Comes by Armor 20 Desember 2005
26 Tuksedo Ditiup Hari Esok Tuxedo Blowing in Tomorrow 27 Desember 2005

Animasi pembuka sieri ini adalah berbeda untuk hampir setiap episode. Contohnya, jika dalam satu-satu episod, tokoh utamanya (Wendy ataupun Van) belum berjumpa dengan Carmen 99, lalu Carmen 99 akan muncul sebagai bayang-bayang biru dalam animasi pembukanya. Berbeda jika salah satu watak utamanya telah berjumpa dengan Carmen 99, Carmen 99 tidak akan muncul sebagai sebuah bayang-bayang lagi.

Lagu Tema

[sunting | sunting sumber]
Pembuka
"GUNXSWORD" oleh Kotaro Nakagawa
Penutup
  1. "A Rising Tide" oleh Shuntaro Okino (episod 1 - 8, 10, 12 to 16, 18 hingga 21, 23, 25)
  2. Paradiso oleh Hitomi (episod 9 dan 11)
  3. S.O.S oleh Kikuko Inoue, Houko Kuwashima, Satsuki Yukino & Saeko Chiba (episod 17)
  4. A Rising Tide (versi akustik) oleh Shuntaro Okino (episod 22)
  5. Calling You oleh Shuntaro Okino (episod 24)
  6. GUNXSWORD (starting again) oleh Kotaro Nakagawa dan Ondekoza (episod 26)
  1. ^ Kamus Dwibahasa OXFORD

Pranala luat

[sunting | sunting sumber]