Lompat ke isi

WALL•E: Perbedaan antara revisi

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Konten dihapus Konten ditambahkan
Relly Komaruzaman (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 2: Baris 2:
{{rapikan}}
{{rapikan}}
{{Infobox Film
{{Infobox Film
| nama = WALL-E
| nama = WALL-E
| image = WALL-Eposter.jpg
| image = WALL-Eposter.jpg
| caption =
| caption = Poster layar lebar
| writer = [[Andrew Stanton]]{{br}}[[Peter Docter]]{{br}}[[Jim Reardon]]
| writer = [[Andrew Stanton]]{{br}}[[Peter Docter]]{{br}}[[Jim Reardon]]
| director = [[Andrew Stanton]]
| director = [[Andrew Stanton]]
Baris 11: Baris 11:
| music = [[Thomas Newman]]{{br}}[[Peter Gabriel]] (lagu)
| music = [[Thomas Newman]]{{br}}[[Peter Gabriel]] (lagu)
| editing = Stephen Schaffer
| editing = Stephen Schaffer
| released = [[27 Juni]] [[2008]] (AS){{br}}[[21 Agustus]] [[2008]] (Malaysia)
| released = [[27 Juni]] [[2008]] (AS)
| starring = [[Ben Burtt]]{{br}}[[Elissa Knight]]{{br}}[[Sigourney Weaver]]{{br}}[[Jeff Garlin]]{{br}}[[Fred Willard]]{{br}}[[John Ratzenberger]]{{br}}[[Kathy Najimy]]
| starring = [[Ben Burtt]]{{br}}[[Elissa Knight]]{{br}}[[Sigourney Weaver]]{{br}}[[Jeff Garlin]]{{br}}[[Fred Willard]]{{br}}[[John Ratzenberger]]{{br}}[[Kathy Najimy]]
| runtime = 98 menit<ref>{{cite web | url=http://projection.pixar.com/index.html | title=Pixar Projection - Home | publisher=Pixar.com | accessdate=2008-06-25 }}</ref>
| runtime = 98 menit<ref>{{cite web | url=http://projection.pixar.com/index.html | title=Pixar Projection - Home | publisher=Pixar.com | accessdate=2008-06-25 }}</ref>
| country = [[Amerika Serikat]]
| country = [[Amerika Serikat]]
| language = [[Bahasa Inggris]]
| language = Inggris
| budget = $180 juta<ref name=Boxofficemojo>{{cite news |url= http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=wall-e.htm |title = Production Budget of Wall E| publisher = [[Boxofficemojo]] | }}</ref>
| budget = $180 juta<ref name=Boxofficemojo>{{cite news |url= http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=wall-e.htm |title = Production Budget of Wall E| publisher = [[Boxofficemojo]] | }}</ref>
| gross = $89,470,409 (Jumlah){{br}}$86,311,330 (AS){{br}}$3,159,079 (Luar)<ref name=Boxofficemojo/>
| gross = $89,470,409 (Jumlah){{br}}$86,311,330 (AS){{br}}$3,159,079 (Luar)<ref name=Boxofficemojo/>

Revisi per 7 Juli 2009 23.09

WALL•E
Poster layar lebar
SutradaraAndrew Stanton
ProduserJim Morris
John Lasseter
Ditulis olehAndrew Stanton
Peter Docter
Jim Reardon
PemeranBen Burtt
Elissa Knight
Sigourney Weaver
Jeff Garlin
Fred Willard
John Ratzenberger
Kathy Najimy
Penata musikThomas Newman
Peter Gabriel (lagu)
PenyuntingStephen Schaffer
DistributorWalt Disney Pictures
Tanggal rilis
27 Juni 2008 (AS)
Durasi98 menit[1]
NegaraAmerika Serikat
BahasaInggris
Anggaran$180 juta[2]
Pendapatan
kotor
$89,470,409 (Jumlah)
$86,311,330 (AS)
$3,159,079 (Luar)[2]

WALL-E adalah film animasi fiksi ilmiah yang diproduksi oleh Pixar Animation Studios dan dirilis oleh Walt Disney Pictures. Tokoh utama dalam film ini adalah sebuah robot yang bernama WALL-E. Film ini dirilis pada tanggal 27 Juni 2008.[3] Film ini disutradarai oleh Andrew Stanton, yang sebelumnya menyutradarai Finding Nemo, memenangkan Academy Award for Best Animated Feature. Jim Morris, yang sebelumnya bekerja untuk Lucasfilm, menjadi produser. Karakter-karakter dalam WALL-E, sebagian besar suaranya tidak disuarai oleh manusia, tetapi oleh suara mekanik.

Plot

Pada awal abad ke-22, megakorporasi Buy n Large mengambil alih setiap pranata ekonomi di Bumi, termasuk pemerintahan. Akibat dipenuhi sampah yang tidak didaur ulang, maka Bumi sangat terpolusi, sehingga tidak mampu menopang kehidupan lagi. Dalam langkah memastikan kemandirian manusia, CEO BnL Shelby Forthright (Fred Willard) melakukan pengungsian massal dari Bumi selama lima tahun di atas armada kapal luar angkasa eksekutif yang menampung setiap keperluan manusia dan dilengkapi kru robot yang semuanya berjalan secara otomatis. Beratus-ribu unit robot penghancur sampah "WALL-E" ditinggalkan di Bumi untuk membersihkan Bumi dengan membuat sampah menjadi bentuk kubus lalu menimbun sampah menjadi setinggi pencakar langit agar memudahkan untuk dilebur. Bagaimanapun, rancangan ini ditolak apabila Forthright menjangka pada tahun 2110 bahwa Bumi sudah terlalu tercemar untuk dihuni oleh manusia. Pada tahun 2815, kira-kira 700 tahun kemudian, hanya satu WALL-E (suara rekaan Ben Burtt) yang masih berfungsi.

Berabad-abad kehidupan berterusan telah membolehkan WALL-E ini berakal dan ingin tahu. Ia gemar mengumpul barang-barang yang menarik di kalangan sampah-sarap, memetik alat ganti dari unit WALL-E lain yang sudah mati untuk simpanan diri, dan selalu menonton filem muzikal 1969 bertajuk Hello, Dolly! dari pita video, khususnya persembahan "Put on Your Sunday Clothes" dan "It Only Takes a Moment" yang mengajarnya agar beremosi, dan saling berpegang tangan yang ditafsirkannya sebagai tanda cinta.

Pada suatu hari, WALL-E menemukan sebatang kecambah dan menanamnya dalam sebelah sepatu lama. Tidak lama kemudian, sebuah kapal luar angkasa mendarat di Bumi dan mengeluarkan EVE (Elissa Knight), sebuah robot "wanita" yang dihantar kapal angkasa Axiom, dengan diberi arahan untuk mencari kehidupan tumbuhan di Bumi. Sekali pandang terus jatuh cinta si WALL-E itu, manakala EVE meluahkan rasa kagum terhadap personaliti WALL-E; sayangnya bagi WALL-E, EVE tidak membalas rasa cinta WALL-E kerana mementingkan arahan sahaja. Apabila WALL-E menunjukkan tumbuhan yang dijumpainya kepada EVE, EVE menyimpan kecambah itu lalu mematikan diri. WALL-E berusaha melindungi badan EVE yang tidak bernyawa sehingga EVE diambil balik oleh kapal yang menghantarkannya. Dengan rasa tidak keruan, WALL-E mengejar kapal itu lalu berpaut pada badan kapal yang berlepas ke kapal Axiom.

Setelah berabad-abad hidup dalam mikrograviti, kaum manusia di kapal Axiom banyak kehilangan jisim tulang, menjadikan mereka terlalu gemuk dan tidak mampu berdiri atau berjalan tanpa bantuan robot. Ketua kapal, Kapten B. McCrea (Jeff Garlin) pun mengutus segala tugasnya kepada sistem autopilot kapal yang bernama "Auto" (suara program MacInTalk). Apabila WALL-E mengekori EVE ke dalam kapal, kelakuannya yang luar biasa menyebabkan manusia dan robot bertindak luar biasa, khususnya M-O, robot dekontaminasi yang ingin berfikir sendiri semasa hendak mengekori jejak WALL-E agar boleh membersihkan robot dari Bumi itu, dan dua orang manusia bernama John (John Ratzenberger) dan Mary (Kathy Najimy) yang sebelum ini kurang memahami dunia luar sehingga saling bertemu kerana baru kenal WALL-E secara berasingan.

EVE cuba membawa kecambah tadi kepada McCrea agar diletakkan dalam pengesan holo kapal, iaitu sejenis peranti yang akan melancarkan langkauan hiper ke Bumi sesudah mengimbas tumbuhan, tapi kecambah itu hilang. EVE dianggap rosak lalu dihantar ke wad pembaikan robot bersama WALL-E. WALL-E tersalah sangka mesin diagnostik cuba mengapa-apakan EVE, lalu merampas senapang plasma EVE dan terlepas tembakan, sekaligus membebaskan robot-robot rosak yang lain di wad pembaikan dan dijadikan ancaman keselamatan bersama EVE dan WALL-E. EVE yang tidak tahan dengan perangai WALL-E cuba menghantarnya kembali ke Bumi dalam pod kecemasan apabila pembantu utama McCrea GO-4 tiba dan menyimpan kecambah yang hilang itu ke dalam lenggai; mungkin GO-4 yang mencurinya tanpa disedari McCrea. GO-4 menetapkan pod itu binasa diri lalu melancarkannya apabila WALL-E di dalam, namun WALL-E sempat melepaskan diri bersama kecambah itu sedetik sebelum musnahnya pod tadi. EVE lega kerana WALL-E menyelamatkan kecambah itu dan mereka menari-nari di keliling kapal Axiom dengan ghairahnya.

EVE mengembalikan kecambah itu kepada McCrea, diikuti WALL-E sebentar lagi. Kapten McCrea ingin tahu bagaimana rupa Bumi pada zaman sekarang lalu memaparkan rakaman kamera keselamatan EVE, yang membolehkan EVE menyaksikan usaha WALL-E melindunginya ketika pendam, lalu dia jatuh cinta pada WALL-E juga. Terpesona oleh imej-imej zaman silam kehidupan di Bumi sebelum bangkitnya BnL, McCrea tergamam oleh kemusnahan alam di Bumi yang digambarkan dalam rakaman EVE, lalu mencadangkan agar manusia kembali ke Bumi untuk memulihkan segalanya. Namun, Auto menegaskan manusia tidak wajar kembali ke Bumi, lalu terpaksa menunjukkan bahawa Shelby Forthright mengarahkan semua autopilot agar tidak mengembalikan manusia kerana rancangan pembersihannya gagal. Auto yang tidak terdaya mengingkari arahan ini memberontak lalu cuba membuang kecambah tersebut. Dalam perebutan kecambah itu, Auto dengan ganasnya merenjatkan WALL-E yang cuba melindungi kecambah itu dan mematikan EVE sekali, lalu membuang kedua-dua mereka ke dalam pelongsor sampah bersama kecambah itu sekali dan mengunci McCrea dalam biliknya.

Setelah sempat menyelamatkan diri dari dilepaskan ke dalam angkasa bersama-sama sampah-sarah dalam kemudahan pelupusan sampah kapal atas bantuan M-O, EVE mengingkari arahan membawa tumbuhan kepada pengesan holo kapal aga cuba membaiki WALL-E, tetapi WALL-E mengehendaki EVE menjalankan arahannya sambil mengingatkan EVE bahawa andai mereka berjaya pulang ke Bumi, WALL-E boleh diselamatkan dengan alat ganti simpanannya. WALL-E dan EVE membawa kecambah itu untuk mencari pengesan tersebut dengan bantuan M-O. Mereka berdua dibantu McCrea yang mengarahkan mereka dari tahanan agar lekas ke pengesan itu, dibantu robot-robot rosak yang membantu mereka melawan pasukan keselamatan. McCrea menipu Auto bahawa kecambah itu dalam genggamannya lalu bersemuka dan berlawan dengan Auto. McCrea sempat menghidupkan pengesan holo itu yang berbentuk kekaki yang timbul dari lantai dek. Auto memirngkan kapal, mengakibatkan manusia-manusia yang tidak boleh berjalan tertimbun ke sisi kapal. Auto cuba membenamkan pengsan itu, tetapi dihalang WALL-E dengan badannya sendiri. McCrea menyeru kekuatan berdiri sendiri lalu mengatasi Auto, agar memulihkan keadaan di dalam kapal. Kecambah itu diletakkan dalam pengesan yang melepaskan WALL-E yang rosak teruk lalu melangkaukan kapal kembali ke Bumi.

Setibanya di Bumi, EVE tergesa-gesa membaiki dan menghidupkan kembali WALL-E. Sayangnya, betapa teruk kerosakannya nampaknya telah memadamkan ingatan dan keperibadian WALL-E, lalu menyebabkannya kembali ke arahan asalnya. Dengan rasa pilu kerana percaya WALL-E yang dicintainya sudah tiada, EVE memegang tangan WALL-E lalu "mengucupnya." Percikan dari ciuman tadi memulihkan ingatan dan keperibadian WALL-E, lalu dia dapat mengecam semula EVE dan teruja kerana dapat berpegang tangan bersama EVE. Manusia dan robot pun bekerjasama agar memulihkan biosfera Bumi dengan tujuan baru, di bawah pimpinan McCrea yang teruja sekali.

Pembuatan

Andrew Stanton membayangkan WALL-E sebelum Toy Story dibuat lagi:[4] idenya yaitu: "Jikalau manusia meninggalkan Bumi dan lupa memtikan robot terakhir yang dan tinggal apa yang akan terjadi ?"[5] Pete Docter mengembangkan film itu selama dua bulan pada tahun 1995, setelah mendengar penjelasan dari Stanton, tetapi membuat keputusan untuk membuat Monsters, Inc. (2001) pula kerana kurang pasti bagaimana untuk menceritakan kisah cinta.[6] Ide WALL-E masih mengisi otak Stanton kerana minatnya terhadap luar angkasa dan mempersonifikasikan objek-objek tidak bernyawa.

Rekabentuk robot timbul apabila Stanton bertaklimat kepada para pereka, "Anggaplah macam setakat perkakas dulu, kemudian cari perwatakan di dalamnya."[4] Ketika mereka watak utama, para animator diilhamkan oleh sepasang binokular dan Luxo Jr., si lampu yang ditampilkan dalam logo Pixar.[7] Stanton sedang bermain-main dengan sepasang binokular untuk membuat-buat wajah suka duka.[8] Stanton berkata "anda tidak perlukan mulut, tak perlukan hidung juga, anda dapat seluruh personaliti dari [matanya]", iaitu para penonton akan berasa dia "bukan setakat manusia berbadan robot". Badan WALL-E bercirikan rengkokan seperti kura-kura dan tayar kereta kebal yang membolehkannya melalui mana-mana jenis daratan. Pengarahnya juga mengakui bahawa beliau mungkin dipengaruhi separa sedar oleh Johnny 5 dari filem Short Circuit (yang pernah ditontonnya sekali).[9]

Stanton mengemukakan ceritanya kepada Ben Burtt yang turut serta untuk membuar rekaan bunyi.[7] Dalam filem ini sedikit sahaja perbualan; Stanton berlawak bahawa "Saya pada asasnya sedang membikin R2-D2: The Movie", menyentuh kerja-kerja Burtt di Star Wars. Untuk menghasilkan perbualan, Burtt memetik pelbagai bunyi mekanik, lalu mengadukkannya agar menyerupai perbualan.[5] Ketika WALL-E mengecas baterinya melalui tenaga solar, dia melakukan bunyi pembukaan yang serupa dengan komputer Macintosh terkini.[10] Mengenai kekurangan dialog dalam cerita, penerbit eksekutif John Lasseter menyatakan bahawa "seni animasi adalah mengenai perbuatan sesuatu watak, bukan perbualannya. Bergantunglah pada bagaimana anda mencerita, tak kira banyak atau tidak dialognya."[11]

Menyentuh film Pixar dan lain

Film-film Pixar sering mengandungi sentuhan pada projek-projek lain studio tersebut. EVE mengesan sebuah trak Pizza Planet dari Toy Story. Mainan-mainan Rex dan Hamm dari Toy Story, kelihatan di kawasan pengangkut sampah di babak-babak berasingan. Sebuah mainan Mike dari Monsters, Inc. turut kelihatan dalam kawasan pengangkut tadi. Apabila WALL-E bermalam dengan lepas peliharaanya di awal film, di atas rak di atasnya ialah sebuah patung kepala sasul Frozone dari The Incredibles. Pada babak penghargaan akhir film, kelihatan suatu lukisan mozek penyu dari Finding Nemo. Kod A113 yang selalu dimasukkan ke dalam setiap film Pixar sehingga kini, merupakan kod yang penting dalam film WALL-E. John Ratzenberger turut menyumbang suara kepada salah satu karakter film ini, seperti yang dilakukannya dalam setiap keluaran cetera Pixar sebelum ini.[12]

Runut bunyi

WALL·E
Berkas:Wall-ESoundtrack.jpg
Album lagu tema karya Thomas Newman
Peter Gabriel
Michael Crawford
Dirilis24 Jun, 2008
GenreSkor
LabelWalt Disney Records
Pixar Soundtracks
Ratatouille
(2007)Ratatouille2007
WALL-E
(2008)

Album runut bunyinya keluar pada 24 Jun 2008, menampilkan petikan dari lagu-lagu "Put On Your Sunday Clothes" dan "It Only Takes a Moment" (nyanyian Michael Crawford) dari runut bunyi Hello, Dolly!, dan lagu "La Vie en Rose" nyanyian Louis Armstrong, dan juga gubahan asli "Down to Earth" oleh Peter Gabriel. Penggubahan muzik diterajui oleh Thomas Newman dengan pengorkestraan oleh Carl Johnson, JAC Redford, Thomas Pasatieri, dan Gary K. Thomas. Newman pernah menggubah muzik untuk Finding Nemo. Hampir semua filem Pixar lain digubah muziknya oleh sepupu beliau iaitu Randy.

Daftar runut

  1. Put On Your Sunday Clothes (nyanyian Michael Crawford) 1:17
  2. 2815 A.D. 3:28
  3. WALL-E 2:00
  4. The Spaceship 1:42
  5. EVE 1:02
  6. Thrust 0:42
  7. Bubble Wrap 0:51
  8. La Vie en Rose (nyanyian Louis Armstrong) 3:24
  9. Eye Surgery 0:41
  10. Worry Wait 1:19
  11. First Date 1:20
  12. EVE Retrieve 2:20
  13. The Axiom 2:25
  14. BnL 0:20
  15. Foreign Contaminant 2:07
  16. Repair Ward 2:20
  17. 72 Degrees and Sunny 3:13
  18. Typing Bot 0:48
  19. Septuacentennial 0:15
  20. Gopher 0:40
  21. WALL-E's Pod Adventure 1:14
  22. Define Dancing 2:23
  23. No Splashing No Diving 0:48
  24. All That Love's About 0:37
  25. M-O 0:47
  26. Directive A-113 2:06
  27. Mutiny! 1:29
  28. Fixing WALL-E 2:08
  29. Rogue Robots 2:03
  30. March of the Gels 0:55
  31. Tilt 2:01
  32. The Holo-Detector 1:08
  33. Hyperjump 1:05
  34. Desperate EVE 0:57
  35. Static 1:43
  36. It Only Takes a Moment (nyanyian Michael Crawford) 1:08
  37. Down to Earth (nyanyian Peter Gabriel) 5:59
  38. Horizon 12.2 1:27
  • Skor asli gubahan Thomas Newman kecuali:
    • Runut 1 & 36 – gubahan Jerry Herman, dari filem Hello Dolly!
    • Runut 5 & 22 – gubahan Thomas Newman dan Peter Gabriel
    • Runut 14 – ditulis oleh Bill Bernstein dan Thomas Newman
    • Runut 37 – muzik oleh Peter Gabriel dan Thomas Newman, lirik oleh Peter Gabriel

Keluaran

Tayangan perdana filem ini berlangsung di Greek Theatre di Los Angeles pada 23 Jun 2008.[13] WALL-E dibuka kepada umum di Amerika Serikat dan Kanada pada 27 Jun 2008 dan mengutip $23.1 juta pada hari pembukaannya.[14] Pada hujung minggu pembukaannya, filem ini mengutip $63 juta di 3,992 pawagam, dan menduduki tempat #1 di box office.[15] The opening weekend would give the film the third-best opening weekend for a Pixar film.[16]

Mengikut tradisi Pixar, WALL-E digandingkan dengan filem pendek bagi keluaran pawagamnya. Filem pendek berkenaan ialah Presto.

Sambutan

WALL-E mendapat sanjungan dari setiap kritikus film.[17] Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 97% pengulasnya memberi ulasan yang bagus untuk film ini, berdasarkan 172 ulasan, dengan nilai rata-ratanya adalah 8.6/10.[18] Di Metacritic yang menetapkan pemarkahan normalisasi berdasarkan markah penuh 100 bagi ulasan arus perdana, filem ini meraih markah purata 94, berasaskan 38 ulasan.[17]

Referensi

  1. ^ "Pixar Projection - Home". Pixar.com. Diakses tanggal 2008-06-25. 
  2. ^ a b "Production Budget of Wall E". Boxofficemojo. 
  3. ^ Information from Variety regarding producer Jim Morris and the release date
  4. ^ a b Eric Vespe (2007-08-11). "Quint sits down with WALL·E director Andrew Stanton!!!". Ain't It Cool News. Diakses tanggal 2007-08-11. 
  5. ^ a b Eric Vespe (2007-08-01). "Quint catches up on Disney's Prince Caspian and WALL·E panel at Comic-Con!!!". Ain't It Cool News. Diakses tanggal 2007-08-01. 
  6. ^ James White (April 2008). "How We Made WALL-E". Total Film. hlm. 113–116. 
  7. ^ a b Peter Scieretta (2007-07-28). "Comic-Con: Indepth Wall-E Details Revealed". Slash Film. Diakses tanggal 2007-10-03. 
  8. ^ Eric Vespe (2008-02-24). "WonderCon: Quint sees some WALL-E and Prince Caspian footage at Disney's panel! Plus Q&A with Andrew Stanton!". Ain't It Cool News. Diakses tanggal 2008-02-24. 
  9. ^ Kesalahan pengutipan: Tag <ref> tidak sah; tidak ditemukan teks untuk ref bernama fswonder
  10. ^ Dawn C. Chmielewski (2008-06-25). "'Wall-E' draws design inspiration from Apple". Los Angeles Times. Diakses tanggal 2008-06-28. 
  11. ^ Steve Fritz (2007). "A talk with John Lasseter: What the man in Disney's chair has to say". Newsarama. Diakses tanggal 2007-11-04. 
  12. ^ Peter Sciretta (2008-06-27). "WALL-E Easter Eggs". Slashfilm.com. Diakses tanggal 2008-07-02. 
  13. ^ "Wall-E rolls out for world premiere". The Press Association. 2008-06-23. Diakses tanggal 2008-06-23. 
  14. ^ "WALL-E (2008) - Daily Box Office Results". Box Office Mojo. Diakses tanggal 2008-06-29. 
  15. ^ "WALL-E (2008) - Weekend Box Office Results". Box Office Mojo. Diakses tanggal 2008-06-29. 
  16. ^ "Pixar Movies". Box Office Mojo. Diakses tanggal 2008-06-29. 
  17. ^ a b "WALL-E: Reviews". Metacritic. CNET Networks, Inc. Diakses tanggal 2008-07-08. 
  18. ^ "WALL-E Movie Reviews". Rotten Tomatoes. IGN Entertainment, Inc. Diakses tanggal 2008-07-08. 

Pranala luar