Rute Kelana Jaya
LRT Jalur Kelana Jaya | |||||
---|---|---|---|---|---|
Ikhtisar | |||||
Nama asli | LRT Jalur Kelana Jaya | ||||
Jenis | Alihan laju - Transit aliran ringan | ||||
Sistem | LRT2 - THALES SelTrac CBTC | ||||
Status | Beroperasi | ||||
Lokasi | Lembah Klang | ||||
Terminus | Terminal PUTRA Kelana Jaya | ||||
Stasiun | 24 [2] | ||||
Layanan | Gombak - Ara Damansara Gombak - Ara Damansara - Putra Heights | ||||
Penumpang harian | 225,053 (2015) | ||||
Penumpang | 82.144 juta (2015)[1] ( 0.2%) | ||||
Situs web | myrapid | ||||
Operasi | |||||
Dibuka | 01 September 1998 | (Disambungkan 30 Juni 2016 )||||
Pemilik | Prasarana Malaysia | ||||
Operator | Rapid Rail | ||||
Karakteristik lintas | Landasan bertingkat, bawah tanah, dan aras tanah | ||||
Depo | Depot Subang | ||||
Rangkaian | Set tren INNOVIA ART 200 Mark II 2-gerabak & 4-gerabak Perbezaan panjang tren | ||||
Data teknis | |||||
Panjang lintas | 464 km (288 mi) | ||||
Lebar sepur | 1.435 mm (4 ft 8+1⁄2 in) sepur standar | ||||
Elektrifikasi | Landasan keempat | ||||
Kecepatan operasi | 80 km/h (50 mph) | ||||
|
Jalur Kelana Jaya (bahasa Inggris: Kelana Jaya Line) merupakan salah satu dari dua jalur transit aliran ringan di Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Rapid Rail, di samping Jalur Ampang.
Jalur Kelana Jaya lebih dikenal sebagai PUTRA LRT ("PUTRA" merupakan singkatan dari Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, perusahaan yang membina sistem ini). Berikutan dengan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, jalur ini kini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh anak perusahaannya iaitu Rapid Rail.
Sejarah
- 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diresmikan.
- 1 September 1998 – Seksi 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mulai beroperasi.
- 1 Juni 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksi 2 dari Pasar Seni ke Terminal PUTRA yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
- 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
- November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
- Juli 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
- 24 Juli 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
- 29 Agustus 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
- 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
- 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
- 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
- 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga €71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
- 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
- September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
- 24 Disember 2010 – Stasiun LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
- 22 Julai 2015 – Dua set kereta api Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerbong terbakar, satu berhampiran stasiun Setiawangsa menuju ke stasiun Terminal PUTRA pada jam 8:12 pagi, manakala satu lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca dari kegagalan brek. Tidak ada kecederaan dilaporkan.
Sistem
Landasan dan stesen
Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Kelana Jaya hingga ke Gombak yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 29 km ini ialah sistem alihan laju tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).
Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya ternaik, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.
Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur ternaik dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berperon tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua peron sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.
Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:
- Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
- Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
- Kereta Api tidak melangkau stasiun.
- Stasiun dibangun dengan peron lurus.
- Lima stasiun bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.
Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.
Semua Stasiun di Jalur Kelana Jaya juga dilengkapi CCTV terhad untuk menjaga keselamatan.
Daftar Stasiun
Berikut adalah stasiun yang telah dibangun dan telah beroperasi sejak 1999
Nombor Stesen | Nama | Jenis platform | Pertukaran | Nota |
KJ1 | Terminal PUTRA | Tengah, terminal | Sebelum ini dikenali sebagai Terminal PUTRA | |
---|---|---|---|---|
KJ2 | Taman Melati | Sisi | ||
KJ3 | Wangsa Maju | Tengah | ||
KJ4 | Sri Rampai | Sisi | Dibuka pada 24 Disember 2010 selepas ditutup ketika mula operasi | |
KJ5 | Setiawangsa | Tengah | ||
KJ6 | Jelatek | Sisi | ||
KJ7 | Dato' Keramat | |||
KJ8 | Damai | Tengah | ||
KJ9 | Ampang Park | 11 Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya ( SSP16 ) | Bawah tanah | |
KJ10 | KLCC (Pusat Bandaraya Kuala Lumpur) |
Hab bas RapidKL | Bawah tanah | |
KJ11 | Kampung Baru | Bawah tanah | ||
KJ12 | Dang Wangi | Berjalan 200 meter untuk ke 8 Laluan Monorel ( MR8 Bukit Nanas) | Bawah tanah | |
KJ13 | Masjid Jamek | 3 4 Laluan Ampang ( ST5 ) | Bawah tanah | |
KJ14 | Pasar Seni |
|
||
KJ15 | KL Sentral | Sisi |
|
|
KJ16 | Bank Rakyat - Bangsar | |||
KJ17 | Abdullah Hukum |
|
||
KJ18 | Kerinchi | |||
KJ19 | KL Gateway" - Universiti | Tengah | Hab bas RapidKL | |
KJ20 | Taman Jaya | Sisi | ||
KJ21 | Asia Jaya | Tengah | ||
KJ22 | Taman Paramount | Sisi | ||
KJ23 | Taman Bahagia | |||
KJ24 | Kelana Jaya | Terminal | Halte Bus RapidKL |
Stok kereta api
Jalur ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.
Galeri
-
Pintu laluan keluar masuk ke stasiun LRT KLCC.
-
Ruang legar di stasiun LRT Pasar Seni.
-
Ruang legar di stasiun LRT Ampang Park.
-
Stesen LRT Masjid Jamek adalah salah satu daripada stasiun stesen bawah tanah di sepanjang Laluan Kelana Jaya.
-
Stesen LRT Dang Wangi juga adalah salah satu daripada lima stasiun bawah tanah di sepanjang Jalur Kelana Jaya.
-
Gambaran tren di platform Stesen LRT KL Sentral.
-
Gambar Kereta Api Jalur Kelana Jaya berlatar belakangkan bangunan yang terdapat di stasiun LRT Asia Jaya.
-
Gambar stasiun LRT Universitas di waktu malam. Ianya adalah salah satu stasiun bertingkat di sepanjang Jalur Kelana Jaya ini..
-
Tren model ART Mark II jenis 2 gerbong di stasiun LRT KL Sentral.
-
Papan tanda laluan menunjukkan arah peron ke Jalur 5 atau Jalur Kelana Jaya di ruang legar bawah tanah stesen LRT Masjid Jamek.
-
Papan tanda laluan menunjukkan arah platform ke Jalur 4 & 5 atau Jalur Ampang dan Jalur Sri Petaling.
Rujukan
- ^ "JADUAL 2.9 : BILANGAN PENUMPANG BAGI PERKHIDMATAN SISTEM ALIRAN RINGAN, SUKU KEEMPAT, 2015" (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Ministry of Transport, Malaysia. Diakses tanggal 31 March 2016.
- ^ "Kelana Jaya Line". RapidKL. Diakses tanggal 2015-04-21.
- ^ Bombardier Press release on 71 Million Euro Order by SPNB
- ^ Nik Anis & Dharmender Singh (2009-07-28). "Targets set for the six Key Result Areas". The Star.
- ^ [ http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/37652-new-lrt-line-extensions-on-display-from-tomorrow New LRT Line Extensions on Display from Tomorrow]
- ^ [ http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090914120418/Article/index_html Public May Give Feedback on LRT Extension Project]
Pautan luar
- Carian laluan - Panduan Pengangkutan Interaktif bagi Sistem Pengangkutan Awam Kuala Lumpur
- Cadangan Perjalanan Tren & Pengiraan Tambang dari thepricechat.com
- Peta laluan dari malaysiaexpat.com
- Peta laluan dari prasarana.com.my
- Peta laluan dari sinisini.com
Templat:Pengangkutan rel di Malaysia Templat:Klang Valley train stations