Biologi
Biologi adalah ilmu yang mempelajari tumbuhan dan hewan
Biology adalah ilmu mengenai kehidupan. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa sekarang, dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biology moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biology itu sendiri telah dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.
Pengenalan mengenai biologi
Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi menyelidik pada bidang yang luas:
- pada skala atom skala molekul, melalui biologi molekul, biokimia
- pada skala selular, melalui biologi sel
- pada skala multi selular, melalui fisiologi, anatomi, dan histologi
- pada aras pembangunan atau ontogeni setiap organisma, melalui biologi perkembangan (developmental biology)
- pada tahap pewarisan antara ibubapa dan keturunan melalui genetik
- pada aras tabiat kumpulan melalui ethologi
- pada aras keseluruhan populasi, melalui genetik populasi
- di atas skala pelbagai spesies dari keturunan, melalui sistematik
- pada aras populasi saling berkait dan habitat mereka melalui alam sekitar dan biologi evolusi
- dan jangkaan melalui xenobiologi pada tahap hidupan selain di bumi.
bidang dalam biologi
biologi udara -- anatomi -- biologi bintang -- biokimia -- Bionik -- Biogeografi -- Bioinformatik -- Biofizik-- Bioteknologi -- botani -- biologi sel -- korologi -- /kladistik (cladistik) -- krustasologi (crustasologi) -- Kryptozoologi -- Kytologi -- Biologi perkembangan -- Penyakit (Penyakit genetik, Penyakit berjangkit -- Ekologi -- Pathologi -- Epidemiologi -- Limnologi -- Malacologi -- Mammalogi -- Marine biologi -- Microbiologi (Bacteriologi) -- Molecular Biologi -- Morphologi -- Mycologi / Lichenologi --- Myrmecologi --- Neurosains (Neuroanatomy, Neurophysiologi, Sistem neurosains, Sains tingkah-laku, Neuroethologi, Psychofizik, Computational neurosains, Cognitive sains)-- Onkologi (kajian mengenai penyakit) -- Ontogeni -- Ornithologi -- Paleontologi (Palaeobotany, Palaezoologi)-- Phycologi (Algologi) -- Phylogeny (Phylogenetics, Phylogeography) -- Physiologi -- Phytopathologi -- Biologi struktur -- Taxonomi -- Toxicologi (kajian mengenai racun dan pencemaran) -- Virologi -- Xenobiologi -- Zoologi
Sumbangan Mohamed Yosri Mohamed Yong http://w3.spancity.com/yosri/