Lompat ke isi

Saari Amri

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Saari Amri
Berkas:SaariAmri.jpg
LahirSaari bin Jusoh
13 April 1966 (umur 58)
Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Tempat tinggalAmpang, Selangor, Malaysia
KebangsaanMalaysia
Nama lainIraas Irma, Fitri Amri
PekerjaanKomposer, penulis lirik, penerbit rakaman
Tahun aktif1989 - 2001
Kota asalKuala Lumpur, Malaysia
Suami/istriSenorita Abdul Rahman
AnakMohd Fitri Amri
Iraas Irmarita
Iraas Marliany
Amri Farizuan
Karier musik
GenreBalada, Pop rock
InstrumenGitar
LabelMenora Music Entertainment
Artis terkaitKumpulan Ukays
Kumpulan Umbrella
Kumpulan Slam
Musicbrainz: 6f166076-03f1-436b-af20-6a3fccffd39c Discogs: 2069816 Modifica els identificadors a Wikidata

Saari bin Jusoh yang lebih dikenal

sebagai Saari Amri adalah seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakam di Malaysia yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Beliau merupakan komposer muda yang terkenal ketika era 1990-an dan sudah menghasilkan lebih 600 buah lagu ciptaannya yang telah beredar di pasaran.

Beliau sering berpasangan bersama penulis lirik lainnya seperti Mama Juwie, Aznida, Habsah Hassan, LY & Baiduri dan Azam Dungun untuk menghasilkan sebuah lagu.[1]

Lagu pertama ciptaan beliau adalah berjudul "Pasti" yang dinyanyikan oleh kumpulan Mega. Menerusi lagu itulah nama Saari dikenali di dalam industri muzik tanah air. Antara penyanyi yang banyak menyanyikan lagu ciptaan beliau adalah Kumpulan Ukays dan Kumpulan Umbrella. Beliau juga banyak menciptakan lagu dan menjadi penerbit untuk Kumpulan Ukays sehinggakan album Bisa Berbisa (1994) dijual melebihi 400,000 unit. Hampir kesemua lagu dalam album itu menjadi hit.[2][3][4]

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan sebagai Saari bin Jusoh di Tanah Merah, Kelantan.[3] Beliau hanya mempunyai pendidikan sehingga sekolah rendah dan tidak mendapat didikan muzik secara formal.[5] Beliau telah berkahwin dengan Senorita Abdul Rahman dan telah mempunyai empat orang cahaya mata.[2] Sebelum bergiat dalam bidang muzik, beliau pernah bekerja sebagai buruh binaan.[5]

Kerjaya

Penglibatan Anugerah Juara Lagu pertama Saari Amri ialah di Anugerah Juara Lagu ke-6 iaitu pada 29 Disember 1991 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dua lagu beliau dipertandingkan iaitu Penantian dari Black Rose dan Setelah Aku Kau Miliki yang dinyanyikan oleh Shima. Namun, hanya satu lagu beliau dianugerahkan. Setelah Aku Kau Miliki dianugerahkan sebagai tempat kedua di Juara Lagu 91 tersebut dan persembahan memukau oleh penyanyinya Shima mendapat Persembahan Terbaik ketika itu.

Pada 19 Oktober 1996, beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya lantas berhenti berkarya.[2][3] Tambahan pula, akibat krisis kewangan Asia 1997, syarikat penerbitan milik beliau, Menora Music telah terjejas dan beliau terpaksa menukar nama syarikat tersebut kepada Menora Music Entertainment.

Penapilan beliau yang kurus dan cengkung itu menyebabkan beliau sering disangka penagih dadah. Namun beliau bukanlah jenis manusia yang perlu bergantung kepada benda tersebut untuk mendapat idea kreatif dan segar bagi menghasilkan lagu.

Tanpa bergantung kepada benda-benda tidak sihat itu, sehingga kini Saari mempunyai kira-kira 400 buah lagu dalam simpanan peribadinya. Malah katanya, sejak kemalangan 15 tahun lalu, sehingga kini beliau jarang dijangkiti sebarang penyakit walaupun bertubuh kurus.

Menurut bapa kepada empat orang anak ini, beliau suka berangan dan membayangkan segala peristiwa yang dicatat sebagai lirik berlaku ke atas dirinya.

“Sebelum atau sesudah kemalangan, saya tidak pernah berhenti mencipta lagu kerana ia adalah hobi saya. Kalau ada penyanyi baru yang inginkan lagu ciptaan saya, mereka boleh pilih dari simpanan atau saya akan cipta yang baru,” katanya.

Saari yang pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar November, 1996, hari ini tampil dengan album koleksi Tajam Berbisa yang memuatkan 22 buah lagu ciptaannya.

Katanya, kehadiran album yang memuatkan sebuah lagu baru, Curang. Dalam Terang, dendangan Renggo Arrow bertujuan memberitahu orang ramai bahawa beliau masih aktif dalam bidang seni.

Menurutnya, sehingga kini masih ramai yang menyangka beliau menyepikan diri dari bidang penciptaan gara-gara tidak menerbitkan album penuh.

“Dari kaji selidik, rakan-rakan seperjuangan menasihatkan saya agar tidak menerbit album penuh kerana pasaran merosot. “Sebab itulah bila FMC menawarkan saya untuk menerbtikan album kompilasi ini, saya setuju.

“Asalnya, lagu Curang Dalam Terang saya buat untuk Amir Uk’s tapi atas beberapa sebab, lagu itu dinyanyikan oleh Renggo. Saya berpuas hati dengan vokalnya sementara lagu-lagu lain masih mengekalkan penyanyi asal,” katanya.

Saari berkata, setiap lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam album Tajam Berbisa mempunyai nostalgia tersendiri, terutamanya Gerimis Mengundang, dendangan kumpulan Slam.

Katanya, lagu tersebut merupakan kemuncak kerjayanya dalam bidang seni kerana Gerimis Mengundang yang popular sekitar 1995, pernah dirakam dalam 14 bahasa di Indonesia.

Selain itu lagu-lagu popularnya yang dimuatkan dalam album Tajam Berbisa adalah Lena Diulit Intan (Wings), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (UK’s), Butakah Cinta (Spring), Madah Berhelah (Ziana Zain), Hajat (Haida), Penantian (Black Rose), Sesat Dalam Rindu (Damasutra) dan Rambulan Kesiangan (Razzi Rahman).

Komposer yang hanya belajar setakat tahun enam itu berkata, walaupun tidak berpeluang melangkah ke menara gading, namun beliau tetap berbangga kerana hidupnya sekeluarga bergantung kepada karya seninya.

Beliau yang trauma menunggang motosikal gara-gara kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu, bukan sahaja melakar sejarah di Indonesia, malah pernah menjadi guru vokal kepada Andy Lau pada tahun 2000.

“Saya sendiri terkejut apabila pengurusan Andy Lau panggil saya untuk jaga vokal dia yang menyanyikan lagu Melayu. Kalau tidak silap saya, judul Adakalanya Menghiris.

“Lagu itu asalnya Mandarin, kemudian dinyanyikan dalam bahasa Melayu dengan liriknya ditulis oleh Lukhman S. Seminggu saya berada di Hong Kong untuk proses rakaman Andy Lau,” ceritanya.

Bila mengimbas semula kenangan lalu, Saari yang sering diundang menjadi juri pertandingan nyanyian berkata, apa yang dinikmati sekarang adalah berkat usahanya.[6]

Diskografi

Album kompilasi

Pencapaian

Anugerah Juara Lagu

Tahun Judul Lagu Penyanyi Komposer Penulis lirik Keputusan
1991 Setelah Aku Kau Miliki Shima Saari Amri Azida NS Naib Juara
Penantian Blackrose Saari Amri Mario Nominasi
1992 Madah Berhelah Ziana Zain Saari Amri Saari Amri Nominasi
1995 Lamunan Terhenti Aris Ariwatan Saari Amri Saari Amri Nominasi
1996 Gerimis Mengundang Slam Saari Amri Saari Amri Nominasi
2000 Pasrah Erra Fazira Saari Amri Yusof Kelana Nominasi

Rujukan

  1. ^ "Luahan lirik, lagu Saari". KOSMO!. 2 Mac 2011. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  2. ^ a b c Norliza Mohamad Zakaria (21 November 2009). "Saari Amri kembali berkarya". Hiburan. Utusan Malaysia. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  3. ^ a b c "Saari nekad selamatkan Menora". Hiburan. Utusan Malaysia. 18 Julai 1999. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  4. ^ "Masih aktif cipta lagu". Hiburan. Harian Metro. 6 November 2017. Diakses tanggal 6 November 2017. 
  5. ^ a b Niezam Abdullah (7 Jun 2010). "Saari Amri bengang mulut celupar Ajai". mSTAR Online. Diakses tanggal 16 November 2015. 
  6. ^ Komposer Saar Amri sudah tidak diendahkan lagi Berita MediaCorp (20 Januari 2016). Dicapai pada 14 Ogos 2016.
  7. ^ "Saari Amri - Koleksi Terbaik Ciptaan Vol II [1993]". Diakses tanggal 2019-07-31. 
  8. ^ Tajam Berbisa

Pautan luar