Lompat ke isi

Nasi lemak

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia.

Nasi lemak adalah jenis makanan khas Malaysia. Makanan ini biasa dihidangkan untuk sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa gurih. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan berbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhadap kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Di Jakarta nasi lemak dikenal dengan nama nasi uduk sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet.

Asal makanan

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan memakan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada petani-petani padi maupun yang mengusahakan kebun seperti karet, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di sumatera, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, karena ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

Nasi lemak dan diet

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sehat untuk dimakan sehari-hari karena tingginya kalori dan lemaknya oleh pakar makanan. Malah di Malaysia nasi lemak kini dihadkan jualannya di sekolah-sekolah pada dua kali seminggi bagi megelak masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak.[1]

Lihat pula

Pranala luar