Lompat ke isi

Cicakman 2 - Planet Hitam

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 7 Januari 2008 02.37 oleh IVP (bicara | kontrib)

Templat:Future film Cicak Man 2 — Planet Hitam merupakan sambungan dari Cicak-Man yang ditayangkan pada Desember 2008 oleh KRU Films dengan kerjasama Grand Brilliance.

Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, film komedi-aksi ini akan mengembalikan watak terdahulu juga tokoh baru akan diperkenalkan.

Tokoh Cicak Man/Hairi masih dipegang oleh Saiful Apek dan yang lain termasuk Fasha Sandha (Tania), Aznil Nawawi (Profesor Klon), Adlin Aman Ramlie (Ginger Ghost 1), AC Mizal (Ginger Ghost 2), Sharifah Amani (Iman), Louisa Chong (Miss Cheef) dan kemunculan istimewa tokoh Indonesia Tamara Blezensky yang memainkan tokoh Rrama, musuh Cicak Man.

Plot

Templat:Spoiler

Bandar Metrofulus dalam keadaan kucar-kacir kerana mengalami krisis pencemaran air yang teruk akibat rencana Planet Hitam Professor Klon. Rencana ini menguasai bekalan air mentah Metrofulus — jelas sekali Profesor Klon masih merajalela.

Profesor Klon juga mengupah Rrama — seorang wanita yang kuat — menghapuskan semua musuh Profesor Klon, terutamanya Cicak Man. Sementara itu, Ginger Ghosts 1 dan 2 kembali untuk membalas kematian mereka. Cicak Man sibuk dalam mengawal keamanan Metrofulus dan melawan musuh.

Hairi juga mengalami dilema peribadi — mencari kerja bukannya senang semasa menangani kejahatan. Tambahan lagi, Tania kini seorang wartawan yang berusaha membongkar individu sebenar di sebalik Cicak Man dan ada seorang wanita buta dalam hidupnya yang bernama Iman. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Rrama menjadikan Iman sebagai tebusan!

Templat:Endspoiler

Lokasi Penggambaran

Rujukan