Lompat ke isi

Rute Kelana Jaya

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 17 Februari 2017 04.29 oleh Alldinna Rui (bicara | kontrib) (←Membuat halaman berisi '{{Infobox rail line | box_width = 300px | name = LRT Jalur Kelana Jaya | native_name = ''LRT Jalur Kelana Jaya'' | color = {{KLRT color|5}} | logo...')
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)
LRT Jalur Kelana Jaya
Ikhtisar
Nama asliLRT Jalur Kelana Jaya
JenisAlihan laju - Transit aliran ringan
SistemLRT2 - THALES SelTrac CBTC
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminus KJ1  Terminal PUTRA
 KJ24  Kelana Jaya
Stasiun37 [2]
LayananGombak - Ara Damansara
Gombak - Ara Damansara - Putra Heights
Penumpang harian225,053 (2015)
Penumpang82.144 juta (2015)[1]
(Kenaikan 0.2%)
Nomor lintas 5  (Magenta)
Situs webmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka01 September 1998 (1998-09-01) (Disambungkan 30 Juni 2016 (2016-06-30))
PemilikPrasarana Malaysia
OperatorRapid Rail
Karakteristik lintasLandasan bertingkat, bawah tanah, dan aras tanah
DepoDepot Subang
RangkaianSet tren INNOVIA ART 200 Mark II 2-gerabak & 4-gerabak
Perbezaan panjang tren
Data teknis
Panjang lintas464 km (288 mi)
Lebar sepur1.435 mm (4 ft 8+12 in) sepur standar
ElektrifikasiLandasan keempat
Kecepatan operasi80 km/h (50 mph)
Peta rute

Templat:Kelana Jaya Line

Peta Transit Rel Lembah Klang
Sumber: SPAD seperti pada Julai 2016

Jalur Kelana Jaya (bahasa Inggris: Kelana Jaya Line) merupakan salah satu dari dua jalur transit aliran ringan di Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Rapid Rail, di samping Jalur Ampang.

Jalur Kelana Jaya lebih dikenal sebagai PUTRA LRT ("PUTRA" merupakan singkatan dari Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, perusahaan yang membina sistem ini). Berikutan dengan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, jalur ini kini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh anak perusahaannya iaitu Rapid Rail.

Sejarah

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diresmikan.
  • 1 September 1998 – Seksi 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mulai beroperasi.
  • 1 Juni 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksi 2 dari Pasar Seni ke Terminal PUTRA yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Juli 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Aliran Kelana Jaya.
  • 24 Juli 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Agustus 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Aliran Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Aliran Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Aliran Kelana Jaya (dan Aliran Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
  • 24 Disember 2010 – Stasiun LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
  • 22 Julai 2015 – Dua set kereta api Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerbong terbakar, satu berhampiran stasiun Setiawangsa menuju ke stasiun Terminal PUTRA pada jam 8:12 pagi, manakala satu lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca dari kegagalan brek. Tidak ada kecederaan dilaporkan.

Sistem

Landasan dan stesen

Stasiun KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.
Stesen LRT Kuala Lumpur Sentral.
Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Kelana Jaya hingga ke Gombak yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 29 km ini ialah sistem alihan laju tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km).

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya ternaik, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur ternaik dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berperon tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua peron sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Kereta Api tidak melangkau stasiun.
  • Stasiun dibangun dengan peron lurus.
  • Lima stasiun bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Semua Stasiun di Jalur Kelana Jaya juga dilengkapi CCTV terhad untuk menjaga keselamatan.

Daftar Stasiun

Berikut adalah stasiun yang telah dibangun dan telah beroperasi sejak 1999

Nombor Stesen Nama Jenis platform Pertukaran Nota
 KJ1  Terminal PUTRA Tengah, terminal Sebelum ini dikenali sebagai Terminal PUTRA
 KJ2  Taman Melati Sisi
 KJ3  Wangsa Maju Tengah
 KJ4  Sri Rampai Sisi Dibuka pada 24 Disember 2010 selepas ditutup ketika mula operasi
 KJ5  Setiawangsa Tengah
 KJ6  Jelatek Sisi
 KJ7  Dato' Keramat
 KJ8  Damai Tengah
 KJ9  Ampang Park  11  Laluan Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya ( SSP16 ) Bawah tanah
 KJ10  KLCC
(Pusat Bandaraya Kuala Lumpur)
Hab bas RapidKL Bawah tanah
 KJ11  Kampung Baru Bawah tanah
 KJ12  Dang Wangi Berjalan 200 meter untuk ke  8  Laluan Monorel ( MR8  Bukit Nanas) Bawah tanah
 KJ13  Masjid Jamek  3   4  Laluan Ampang ( ST5 ) Bawah tanah
 KJ14  Pasar Seni
 KJ15  KL Sentral Sisi
 KJ16  Bank Rakyat - Bangsar
 KJ17  Abdullah Hukum
 KJ18  Kerinchi
 KJ19  KL Gateway" - Universiti Tengah Hab bas RapidKL
 KJ20  Taman Jaya Sisi
 KJ21  Asia Jaya Tengah
 KJ22  Taman Paramount Sisi
 KJ23  Taman Bahagia
 KJ24  Kelana Jaya Terminal Halte Bus RapidKL

Stok kereta api

Jalur ini menggunakan tren berteknologi Bombardier Advanced Rapid Transit (Mark II) yang menggunakan motor linear.

Galeri

Rujukan

  1. ^ "JADUAL 2.9 : BILANGAN PENUMPANG BAGI PERKHIDMATAN SISTEM ALIRAN RINGAN, SUKU KEEMPAT, 2015" (PDF) (dalam bahasa Malay and English). Ministry of Transport, Malaysia. Diakses tanggal 31 March 2016. 
  2. ^ "Kelana Jaya Line". RapidKL. Diakses tanggal 2015-04-21. 
  3. ^ Bombardier Press release on 71 Million Euro Order by SPNB
  4. ^ Nik Anis & Dharmender Singh (2009-07-28). "Targets set for the six Key Result Areas". The Star. 
  5. ^ [ http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/37652-new-lrt-line-extensions-on-display-from-tomorrow New LRT Line Extensions on Display from Tomorrow]
  6. ^ [ http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090914120418/Article/index_html Public May Give Feedback on LRT Extension Project]

Pautan luar

Rangkaian Transit Rapid KL

Templat:Pengangkutan rel di Malaysia Templat:Klang Valley train stations