Khalid dari Arab Saudi
Khalid dari Arab Saudi | |
---|---|
Raja Arab Saudi | |
Berkuasa | 25 Maret 1975 - 13 Juni 1982 |
Baiat | 25 Maret 1975 |
Pendahulu | Faisal |
Penerus | Fahd |
Kelahiran | Riyadh, Nejd (kini Arab Saudi) | 13 Februari 1913
Kematian | 13 Juni 1982 Ta'if,Arab Saudi | (umur 69)
Wangsa | Wangsa Saud |
Ayah | Raja Abdulaziz |
Ibu | Al Jawhara bint Musaed Al Jiwuli |
Agama | Islam |
Khalid bin 'Abd al 'Aziz Al Su'ud (13 Februari 1913 - 13 Juni 1982) (bahasa Arab: خالد بن عبد العزيز) ialah Raja Arab Saudi selepas peristiwa pembunuhan Raja Faisal yaitu pada tahun 1975 sampai ia meninggal dunia pada tahun 1982.
Khalid dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 1965 selepas kakaknya (kakak kandung) yaitu Muhammad bin Abdul Aziz Al Su'ud menolak untuk menjadi raja. Ia tidak begitu berminat dengan politik dan memberikan kekuasaan pemerintahan kepada adik tirinya yaitu Putera Mahkota Fahd.
Untuk memperingati penyusunan kembali Majelis Menteri-Menteri pada tahun 1975, Raja Khalid mengangkat Putera Mahkota Fahd sebagai Wakil Perdana Menteri. Pada tahun 1976, Raja Khalid terpaksa pergi ke Amerika Serikat untuk mendapatkan perawatan disebabkan masalah jantung. Raja Khalid menanyakan kepada Presiden Jimmy Carter, Presiden Amerika Serikat ketika itu untuk menjual pesawat pejuang kepada Arab Saudi untuk memberantas kegiatan komunis di sana. Pengantaran pertama enam belas buah pesawat pejuang F-15 di bawah perjanjian dengan Presiden Carter tiba pada tahun 1982. Sebagian pemerhati luar menggangap senjata tradisional dan lama tidak lagi sesuai digunakan di Arab Saudi. Pendapat ini ternyata tepat saat sekurang-kurangnya 500 teroris menawan Masjidil Haram di Mekkah pada 20 November 1979.
Ia membuat keputusan untuk membawa masuk buruh asing ke dalam negara untuk membantu pembangunan negara. Raja Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung. Ia digantikan oleh Putera Mahkota Fahd.
Didahului oleh: Faisal |
Raja Arab Saudi 1975–1982 |
Diteruskan oleh: Fahd |