Lompat ke isi

Malaysia Barat

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 12 Juli 2017 04.10 oleh HsfBot (bicara | kontrib) (Bot: Perubahan kosmetika)
Video ini memaparkan limpahan cahaya malam di seluruh Malaysia Barat. Video asal ini telah diambil oleh anak kapal ekspedisi angkasa lepas NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Ekspedisi tersebut digelar "Expedition 28".

Malaysia Barat, Semenanjung Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan 11 buah negeri (ketika itu) yang membentuk Persekutuan Malaysia. Semenanjung Malaysia kini, terdiri daripada 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri tersebut ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia bersempadanan dengan Thailand di bahagian utara dan Singapura di bahagian selatan. Manakala di sebelah baratnya,yang merentasi Selat Melaka, ialah pulau Sumatera, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.

Kesemua negeri di Semenanjung Malaysia diketuai oleh sultan atau raja kecuali Wilayah Persekutuan, Melaka, dan Pulau Pinang.

Topografi Malaysia Barat.

Lihat pula