Lompat ke isi

Kelantan

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 30 April 2008 21.44 oleh Loveless (bicara | kontrib) (bot Menambah: mk:Келантан)
كلنتن دار النّعيم Kelantan Darul Naim
Berkas:Kelantan.jpg
Bendera Negeri Lambang
Moto Negeri:
Peta Kelantan di Semenanjung Malaysia
Peta Kelantan di Semenanjung Malaysia
Ibu negeri Kota Bharu
Sultan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra
Menteri Besar Tuan Guru Dato' Haji Nik Aziz Nik Mat
Wilayah 14,922 km²
Penduduk


1.4 juta orang: 95% Melayu, 3% Thai, 1.9% Tionghoa, 0.1% Lain-lain

Lagu negeri

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negara bagian dari 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Mempunyai wilayah lebih kurang 14.922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan berbatasan dengan Thailand.

Sejarah

Politik

Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri "tradisional" orang Melayu. Ia merupakan satu-satunya negeri yang tidak diperintah oleh partai pemerintah Barisan Nasional. Partia PAS telah berjaya memenangkan pemilu DUN pada 1990, dan berhasil mengekalkan kekuasaan hingga kini.

Sultan Kelantan sejak 1979 ialah Sultan Ismail Petra manakala Menteri Besarnya ialah Mursyidul Am PAS, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Daerah

Kelantan Darul Naim terdiri dari 10 daerah yaitu :-

Bandar bandar utama di negeri Kelantan termasuk Kota Bharu (ibu negeri), Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Geografi

Negeri Kelantan menikmati iklim tropis yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seling mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21°C

Budaya

Kelantan merupakan negeri yang berbatasan dengan wilayah - wilayah selatan Thailand yang dulu dikenal sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa. Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri Yala, Narathiwat, Patani dan Songkla.

Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia dan negeri-negeri Patani di bawah Thailand.

Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu.

Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenalisebagai budu.

Lihat pula

Pranala luar