Gamal Abdul Nasir
Gamal Abdel Nasser
Gamal Abdel Nasser (15 January 1918 - 28 September 1970) merupakan president pertama Egypt, dan boleh dianggap salah seorang daripada pemerintah negara Arab terpenting dalam sejarah.
Gamal Abdel Nasser dilahirkan di Alexandria dan aktif dalam gerakan Mesir menentang penjajahan asing ketika menuntut di Akademi Ketenteraan. Gamal Abdel Nasser terbabit dalam Peperangan Arab-Israil 1948 berpangkat Major.
Selama beberapa bulan pada akhir perperangan, Gamal Abdel Nasser dan orang-orangnya terperangkap dalam kawasan yang dikenali sebagai "Poket Faluja". Apabila perdamaian tercapai, Gamal Abdel Nasser dibenarkan kembali ke Mesir. Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser mengetuai rampasan kuasa ketenteraan untuk menggulingkan Raja Farouk 1.
Pada awal 1954, Gamal Abdel Nasser menangkap pemerintah Mesir ketika itu, general Muhammad Naguib, dan pada 25 February 1954 Gamal Abdel Nasser menjadi Yang Terutama Mesir. Dua tahun kemudian, Gamal Abdel Nasser menjadi calon tunggal dalam pilihan raya president dan dilantik menjadi president Mesir pertama.
Selepas kalah dalam Peperangan 6 hari dengan Israil, Gamal Abdel Nasser ingin menarik diri tetapi rakyat Mesir membantah. Gamal Abdel Nasser sekali lagi mengetuai rakyat Mesir dalam Peperangan Berlanjutan 1969-1970. Gamal Abdel Nasser meninggal akibat sakit jantung selepas dua minggu peperangan tamat pada 28 September 1970. Gamal Abdel Nasser digantikan oleh Anwar Sadat sebagai president Mesir.