Lompat ke isi

Salat Fardu

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 14 April 2004 17.44 oleh Meursault2004 (bicara | kontrib)
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan keatas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu adalah :-

  1. solat Subuh - 2 rakaat
  2. solat Zohor - 4 rakaat
  3. solat Asar - 4 rakaat
  4. solat Maghrib - 3 rakaat
  5. solat Isyak - 4 rakaat

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut ugama Islam percaya bahwa di akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain.Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain .

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras.Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.