Lompat ke isi

Pengguna:IVP/Bak pasir/2

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 21 Mei 2009 01.57 oleh Borgxbot (bicara | kontrib) (Bot: Penggantian teks otomatis (-Amerika Syarikat +Amerika Serikat))
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)
Mohon jangan gunakan templat "{{Infobox television}}" di ruang nama pengguna Anda. Gunakan {{Infobox pengguna}}.

One in a Million merupakan program realiti berbentuk pertandingan menyanyi di 8TV yang menawarkan RM 1,000,000 kepada juaranya untuk tujuan pembangunan kerjaya si juara sebagai artis. Pada musim pertama (tahun 2006), hadiah tunai tersebut didapatkan oleh Suki Low Sook Yee, manakala naib juaranya iyalah Ahmad Faizal Mohd Tahir dan Muhammad Alif bin Mohd Satar. Suki dan Faizal menyertai Monkey Bone Records yang dibentuk oleh Ahmad Izham Omar, ketua pegawai operasi 8TV.

Dibintangi oleh[sunting | sunting sumber]

Juri[sunting | sunting sumber]

Syafinaz Selamat[sunting | sunting sumber]

Popular dengan persembahan beliau dalam persada musik klasik dan kontemporari, dan juga seorang penerima ijazah muzik dari Universiti Teknologi MARA dan juga pensyarah di universiti tersebut serta juga di Akademi Seni Negara. Beliau juga menimba pengalaman menjadi pengkritik program pertandingan menyanyi yang lain seperti musim ketiga dan keempat Akademi Fantasia.

Paul Moss[sunting | sunting sumber]

Paul Moss dikenali sebagai juri Malaysian Idol yang amat terus terang ketika meluahkan pendapat mengenai peserta program realiti, pengalaman beliau dalam industri muzik bermula pada zaman 1980-an dengan menjadi ahli kumpulan Aishah and The Fan Club di tanah air beliau New Zealand. Beliau pernah menjadi seorang penerbit muzik di Positive Tone dan kini menjadi Pengurus Jenama 8TV.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Awal Ashaari[sunting | sunting sumber]

Beliau menimba pengalaman mengacarakan beberapa rancangan dan juga pernah muncul dalam sebilangan siri drama seperti Misi XX Ray dan filem. Sebenarnya, Awal juga berpengalaman menyertai rancangan realiti TV, iaitu mencapai pusingan ketiga pada musim pertama Malaysian Idol.

Marion Caunter[sunting | sunting sumber]

Anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah menuntut di Universiti Marquette di Amerika Serikat ini pernah menyandang jawatan sebagai hos 8TV Quickie dan kini bertugas di Channel [V] juga sebagai pengacara televisyen.


Format[sunting | sunting sumber]

One in a Million terbuka kepada seluruh penduduk Malaysia berusia antara 16 hingga 32 ketika musim pertama sebelum had usia minimumnya dinaikkan ke 18 untuk musim kedua. Tidak seperti rancangan pertandingan nyanyian lain, One in a Million terbuka kepada artis di bawah naungan syarikat rakaman.

Para peserta tidak bolehlah merupakan kakitangan kekal dan/atau kontrak stesen televisyen 8TV atau mana-mana syarikat naungan Media Prima. para peserta juga tidak boleh merupakan wakil, kakitangan, pembantu dan/atau agen mana-mana pembekal perkhidmatan pengiklanan atau promosi 8TV, ahli keluarga terdekat mereka; dan/atau orang muflis yang tidak berbayar. Jika seseorang peserta atau mana-mana ahli keluarganya yang terdekat digaji oleh pembkal hadiah; dan/atau sesiapa atau mana-mana entiti yang terlibat atau menyertai rancangan ini dan penerbitannya termasuk panel juri, maka dia juga tidak layak.[1]

Ujibakat[sunting | sunting sumber]

Penerbit rancangan mengadakan ujibakat awam "terbuka" di lokasi terpilih di seluruh negara, yang mana sesiapa yang layak boleh menghadirinya. Satu seleksi ujibakat di hadapan para juri – biasanya yang terbaik, terburuk dan paling pelik – disiarkan sepanjang minggu-minggu terawal rancangan. Setiap peserta memasuki bilik ujibakat, selalunya setelah berjam-jam menunggu, lalu menyanyi sama ada secara a cappella atau diiringi alat muzik. jika sekurang-kurangnya seorang daripada dua penilai berkata "ya", maka peserta itu layak ke peringkat seterusnya, jika tidak dia akan diminta pulang. Peserta juga boleh diletakkan dalam kelompok "mungkin" jika para penilai tidak pasti sama ada untuk melayakkan mereka. Mereka akan diminta agar menyanyi lagi di hadapan para juri sama ada selepas waktu selang yang singkat atau pada akhir hari ujibakat.

berikut adalah senarai lokasi-lokasi ujibakat.

Musim Tahun Bandaraya Tempat
Pertama 2006 Kota Kinabalu, Sabah Hotel Le Meridien
Kuala Lumpur Berjaya Times Square
Ke-2 2007 Kota Kinabalu, Sabah Hotel Le Meridien
Sungai Petani, Kedah Cinta Sayang Resort
Johor Bahru, Johore Persada Johor
Kuala Lumpur Berjaya Times Square

Penyingkiran pusat dan kalah mati[sunting | sunting sumber]

Para peserta yang lulus dalam ujibakat akan dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam punsingan "Central Elimination" (Penyingkiran Pusat). Mereka akan diminta untuk menyanyi di hadapan para juri lagi lalu bilangan mereka dikurangkan menjadi 40 orang.

Kemudian, 40 peserta itu menjalani 'Blind Test' dan 'Style/Presentation Test'. Dalam 'Blind Test', para peserta perlu membuat persembahan di sebalik adang-adang. Dalam 'Style/Presentation Test' pula, dua juri undangan turut menilai gaya dan persembahan setiap peserta. Dari sini, hanya 20 orang peserta layak ke pusingan kalah mati.

20 peserta yang layak itu diberi kedudukan mengikut mutu persembahan. Mereka yang berada dalam kedudukan 10 teratas perlu memilih seorang lawan di kalangan peserta 10 terbawah. Hanya seorang peserta dari setiap pasangan boleh mara seperti yang ditentukan para juri. 10 peseta yang disingkirkan diberi peluang kedua dalam The Second Chance Show, iaitu episod pertama yang dihadiri audiens studio. Bagaimanapun, episod ini dirakam awal beberapa minggu sebelum tarikh penyiarannya dan tidak disiarkan secara langsung. namun, mulai titik inilah dalam pertandingan bahawa para penonton boleh mula mengundi peserta kegemaran mereka. Dua orang peserta dari The Second Chance Show akan dilayakkan ke peringkat seterusnya, iaitu seorang pilihan juri dan seorang lagi pilihan penonton.

Peringkat akhir[sunting | sunting sumber]

Sepuluh minggu terakhir menyaksikan setiap daripada 12 finalis menyanyi sekurang-kurangnya sebuah lagu setiap minggu. Apabila bilangan peserta yang tinggal cukup sedikit, maka mereka akan menyanyi dua lagu. Sebaik sahaja setiap peserta habis menyanyi, para juri menilai persembahannya, lazimnya menumpu kepada kebolehan vokal dan persembahan pentas. Sebaik sahaja semua peserta sudah naik pentah, talian undian dibuka pada akhir rancangan dan para penonton boleh mengundi peserta yang hendak dikekalkan dalam pertandingan oleh mereka. Para juri, dari titik ini, sekadar memainkan peranan penasihat tanpa pengaruh langusng terhadap keputusan.

Keputusan hanya diumumkan seminggu kemudian pada episod berikutnya sebelum persembahan,yang mana keputusan diumumkan dalam satu rancangan khas yang disiarkan sehari dua kemudian. Penyingkiran pertama melibatkan dua peserta manakala penyingkiran seterusnya hanya melibatkan seorang setiap minggu. Bagaimanapun, pada musim pertama adanya pengecualian, iaitu para penerbit merancangkan satu kejutan yang mana tiada berlakuny penyingkiran pada Final 3. Maka, bukan dua tetapi tiga orang bertanding pada Grand Finalé untuk meraih undian penonton yang menentukan juara keseluruhan.

Juara keseluruhan meraih wang tunai RM 1 juta untuk membiayai kerjaya muziknya dan akan bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Musim Pertama[sunting | sunting sumber]

Musim pertama bermula dengan ujibakat di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur pada April 2006. One in a Million digambar-gemburkan terutamanya dengan iklan yang banyak menekankan hadiah wang tunai RM1,000,000. Rancangan ini berjaya barangkalinya kerana dilihat sebagai ganti untuk siri Malaysian Idol - satu francais Pop Idol dari UK yang membentuk fenomena di merata dunia - yang dihentikan untuk masa yang tidak ditentukan.

Juara musim pertama, Suki Low Sook Yee, menyertai Monkey Bone, sebauh syarikat rakaman yang didirikan terutamanya untuk menguruskan kerjaya juara itu. Monkey Bone turut menyertakan naib juraanya, Faizal Tahir. Lagu-lagu Suki dan Faizal banyak dimainkan di radio serta beberapa rancangan khas televisyen. Single pertama Suki, Berdiri, dan Maha Karya Cinta nyanyian Faizal terus mengecapi kejayaan selepas pengeluarannya setelah habisnya musim pertama.

Faizal Tahir juga menjadi hos Gangstarz, satu lagi pertandingan menyanyi berkumpulan yang disiarkan di syarikat saudara 8TV iaitu TV3.

Finalis tempat kelima, Farah Asyikin binti Zulkifli yang juga pernah menyertai musim kedua Malaysian Idol (lalu mencapai tempat ketiga), mengeluarkan album sama nama yang menampilkan single hitnya Dari Sini Ke Bintang-bintang.

Berkitu merupakan penyingkiran yang berlaku sepanjang musim pertama One in a Million.

Tarikh Enam terbawah
28 Julai Anny Mimi Alia Azfar Farah Suki
Tarikh Lima terbawah
4 Ogos Ameen Alia (2) Lokman Zai Dayang
Tarikh Empat terbawah
11 Ogos Alia (3) Zai (2) Azfar (2) Farah (2)
18 Ogos Zai (3) Lokman (2) Azfar (3) Farah (3)
25 Ogos Lokman (3) Azfar (4) Farah (4) Faizal
Date Tiga terbawah
1 September Azfar (5) Farah (5) Alif
8 September Farah (6) Alif (2) Dayang (2)
Tarikh Dua terbawah
15 September Dayang (3) Alif (3)
22 September,

Peringkat akhir

Alif (4) Faizal (2)
Di kedudukan terbawah. Disingkirkan Di kedudukan terbawah. Di kedudukan terbawah. Meraih imuniti

Musim Kedua[sunting | sunting sumber]

Finalis[sunting | sunting sumber]

Persembahan dalam One in a Million[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ One in a Million - Season 2 Application Form