Rentap
Rentap, (1800–1863), atau nama lengkapnya Libau anak Ningkan, adalah pahlawan Malaysia yang berasal dari Sarawak. Ia adalah salah satu pahlawan suku Dayak Iban, Malaysia.
Penjajahan Inggris
[sunting | sunting sumber]Sarawak dijajah Inggris melalui penguasaan tanah Sarawak sedikit demi sedikit oleh Raja Putih James Brooke yang mendapatkan kekuasaan tanah dari Kesultanan Brunai, sebagai balas jasa untuk James Brooke yang telah membantu memadamkan pemberontakan.
Perlawanan
[sunting | sunting sumber]Perlawanan Rentap berasal dari penentangannya terhadap aturan baru yang melarang segala jenis pungutan liar kepada perahu yang melayari Sungai Skrang.[1] Rentap sebagai kepala suku Dayak Iban merasa sangat dirugikan dengan aturan baru tersebut, karena dengan adanya "pajak" tersebut merupakan penghasilan para kepala suku di sana. Serangan pertamanya terhadap kubu pasukan pemerintahan Brooke adalah serangan pada 1844 di benteng tepi Sungai Skrang yang menewaskan di antaranya seorang komandan Inggris bernama Allan Lee, yang sekaligus mengangkat Rentap sebagai panglima terkenal waktu itu.
Beliau adalah salah seorang pahlawan kepada Orang Kaya Pemancha Dana ‘Bayang’ yang sering mengetuai serangan ‘ngayau’ di kawasan selatan Sarawak hingga ke kawasan muara Sungai Kapuas.
Apabila Orang Kaya Pemancha Dana, sudah terlalu tua, maka Rentap mengambil alih mengetuai beberapa serangan di kawasan Lautan Sambas dan Pontianak, Indonesia. Atas keberanian dan kepahlawanan beliau maka Rentap menjadi terkenal sebagai seorang pahlawan handal dan juga menentang pemerintahan Rajah James Brooke.
Menurut buku yang ditulis oleh Kapten Henry Keppel (4) pada 4 Jun 1843, Rajah Brooke dan Keppel mengatur satu ekspedisi untuk menyerang kaum Dayak yang diketuai oleh Orang Kaya Pemancha Dana yang dikatakan sering membuat huru-hara di Sungai Saribas.
Pada 11 Jun 1843 tentara Rajah Brooke membakar rumah panjang Orang Kaya Pemancha Dana di Nanga Padeh, Saribas. Pada 14 Jun 1843, askar Rajah Brooke, menyerang sebuah lagi rumah panjang Linggi ‘Mali Lebu’ di Kerangan Pinggai, Paku.
Seterusnya pada 17 Juni 1843, mereka menyerang rumah panjang Rekaya Antau ‘Linggang Neneri’ dan Rekaya Gun ‘Mangku Bumi’ di Sungai Tawai, Rimbas.
Rajah Brooke telah mengarahkan Orang Kaya Pemancha Dana, Linggi dan seorang lagi pengikut Linggi untuk menyerahkan Rentap supaya membuat perjanjian perdamaian dan tidak menjalankan aktivitas ngayau lagi. Namun Rentap enggan berbuat demikian.
Pada 19 Agustus 1844, tentara Rajah Brooke yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali menyerang tempat kediaman Rentap di Kerangan Peris Skrang, namun serangan ini berhasil dipatahkan oleh Rentap.
Rajah Brooke kemudian mendirikan kubu (Fort Of James) di Nanga Sungai Skrang untuk menghalangi pergerakan Rentap melalui daerah ini. Rentap dan pengikutnya menyerang Fort Of James pada tahun 1853.
Bulan Desember 1853, Rajah Brooke pergi ke hulu Sungai Skrang untuk mengadakan rundingan perdamaian namun ditolak oleh Rentap.
Pada tahun 1854, Rajah Brooke menghantar sebanyak 7,000 pasukan dari Kuching yang terdiri daripada orang Dayak dan Melayu untuk menyerang Rentap di Sungai Lang, Skrang. Rentap dan pengikutnya berusaha mempertahankan kubu mereka daripada diserang.
Rentap dan pengikutnya kemudian memperkuatkan kedudukan mereka di Bukit Sadok dengan mengumpul pengikut yang setia kepada beliau di sepanjang Sungai Skrang dan hulu Sungai Saribas. Rentap yang juga diberi gelaran sebagai ‘Raja Bukit’ kemudian membina kubu di kawasan curam Bukit Sadok yang ketinggiannya 2,725 kaki (830 meter) dan sukar untuk didaki oleh pihak musuh. Untuk menumpas Rentap, James Brooke dan keponakanya Charles Brooke (Raja Putih ke 2), sampai-sampai memimpin sendiri serangan ke Bukit Sadok, dengan mengerahkan lebih dari 3000 pasukan dan banyak sekali meriam. Pada 15 Jun 1857, Tuan Muda Charles Brooke mengadakan ekspedisi pertama bersama askarnya iaitu 3,500 Dayak dan 500 Melayu untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Rentap dan pengikutnya membalas dengan menggunakan sebuah meriam (1515) ‘Bujang Timpang Berang’ yang mereka perolehi selepas membunuh penjaga kubu di Lintang Batang, Alan Lee, pada tahun 1853. Rentap dan pengikutnya akhirnya menumpaskan laskar Tuan Muda Charles.
Pada tahun 1858, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi kedua dengan membawa rombongan yang lebih besar untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Mereka menyerang dan membakar rumah panjang di kawasan Sungai Saribas yang menyebelahi Rentap. Di samping itu, askar Tuan Muda Charles juga membakar rumah panjang pengikut Rentap di kawasan hulu Julau.
Sekembali dari kawasan Julau, rombongan askar Tuan Muda Charles menuju ke Bukit Sadok untuk menyerang Rentap. Namun serangan askar Tuan Muda Charles ini juga dipatahkan Rentap dan pengikutnya. Ramai askar Tuan Muda Charles yang melarikan diri. Kemenangan ini menyebabkan Rentap semakin terkenal dan semakin ditakuti oleh pihak musuh ketika itu.
Pada 16 Oktober 1861, Tuan Muda Charles mengadakan ekspedisi ketiga untuk menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pada ekspedisi kali ini, sebanyak 12 meriam telah dibawa termasuk sebuah meriam yang digelar ‘Bujang Sadok’ yang kini masih disimpan di Musium Negeri Sarawak.
Tuan Muda Charles menawarkan ‘Tajau Rusa’ kepada Nanang dan Luyoh iaitu anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana yang merupakan pengikut Rentap supaya mengadakan perundingan dengannya. perundingan ini telah dibuat tanpa pengetahuan Rentap.
Nanang dan Luyoh berjanji setia kepada pemerintahan Rajah Brooke. Ini menyebabkan Rentap marah dan memusnahkan kubu yang dibina oleh Nanang dan Luyoh di kaki Bukit Sadok.
Pada 28 Oktober 1861, meriam ‘Bujang Sadok’ melepaskan 17 das tembakan dan merusakkan sebagian daripada kubu Rentap. Rentap pula membalas tembakan dengan menggunakan meriam ‘Bujang Timpang Berang’ (kini disimpan di Pejabat Daerah Betong). Namun penembak meriam Rentap telah terkena tembakan menyebabkan darahnya terkena belerang dan akhirnya meriam ini tidak berfungsi lagi.
Apabila Rentap menyedari keadaan ini, beliau mengarahkan pengikutnya berundur dan mempertahankan kubu di kawasan dinding batu berdekatan dengan kubu.
Kubu Rentap telah dibakar namun beliau tetap tidak mahu menyerahkan diri dan berundur ke hulu Sungai Skrang di kawasan Bukit Lanjak Entimau, Lemanak dan Engkari.
Selepas itu Rentap berpindah ke Ulu Entabai, di kawasan Kanowit dan Julau.
Di sini, beliau mendirikan kubu di Bukit Stulak. Beberapa tahun kemudian beliau berpindah ke Karangan Panggil di Ulu Wak dan meninggal dunia pada 1870.
‘Lumbung’ (kubur) Rentap masih terdapat di Bukit Sibau di kawasan Sungai Hulu Budu/Kabo Saratok dan Sungai Wak Julau.
Kepahlawanan Rentap semasa melawan pemerintahan Rajah Brooke telah menjadi inspirasi kepada pejuang Dayak semasa zaman darurat Komunis. Ini termasuk Kanang Anak Langkau, Awang Anak Raweng dan ramai lagi.
Salah satu meriam Brooke yang terkenal dan masih tersimpan sampai saat ini bernama "Bujang Sadok". Peperangan Rentap dengan Inggris berlangsung semenjak 1844 hingga 1863 (tahun kejatuhan pertahanan terakhir Rentap), hingga kematian Rentap pada usia 70 tahun pada tahun 1863 (Sumber lain menyebut tahun 1870), dan Rentap tidak pernah tertangkap oleh pihak Inggris.
Rentap adalah seorang petarung yang pantang menyerah walau berkali-kali benteng yang dibangunnya direbut atau dihancurkan oleh pasukan James Brooke.[1]
Dia terkenal dengan semboyan perlawanannya, "Agi Idup, Agi Nelaban", yang artinya, "Selagi masih hidup, Selagi itu pula aku melawan".
Referensi
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Rentap, Pejuang Kebebasan Bumi Kenyalang". thepatriots.my (dalam bahasa Inggris). Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016-03-14. Diakses tanggal 14 Maret 2016.