Lompat ke isi

Zhuangzi

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 25 Juli 2006 15.52 oleh Bacabaca~idwiki (bicara | kontrib)
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)
Zhuangzi (庄子/荘子)
Berkas:Zhuangzi01.jpg
Nama Tionghoa: 庄子(荘子)
Pinyin: Zhuāngzǐ
Wade-Giles: Chuang Tzu
Ejaan lain: -
Nama asli: Zhuāngzhōu, 庄周
Nama sopan: Zǐxiū, 子休
Nama almarhum: Laozhuang, 老莊
Nanhua Zhengren, 南 華 真 人

Zhuangzi (369S.M~286S.M), Tionghua:庄子, Pinyin:Zhuāngzǐ, merupakan ahli falsafat terpopuler pada pertengahan Zaman Negara Berperang Tiongkok serta tokoh yang amat penting dalam Taoisme selepas Laozi. Hasil karya beliau yang dinamakan selepas namanya ialah “Zhuangzi” atau “Nanhua Jing (南華真經)” oleh Raja Tang, 唐皇 [12].

Riwayat hidup

Menurut Shiji (史記), nama beriannya ialah Zhou (周) dan nama sopannya ialah Zixiu (子休). Beliau adalah keturunan Mong (蒙) (Sekarang: Timor Selatan Prefektur Sangqiu, 商丘县东北[7]; ada yang katakan Prefektur Anhuimong, 安徽蒙城县[1],Songguo, 宋國 (Sekarang:Propinsi Henan,河南省).

Catatan “Zhuangzi” mengatakan beliau pernah mengambil jawatan Chiyuan Shi [9], 漆園吏, dengan itu beliau juga diperkenalkan sebagai Ofisial Meng, 蒙吏. Zhuangzi kepunyaan zaman kehidupan sebaya dengan Mencius, tetapi tidak ada catatan yang menunjukkan mereka pernah berjumpa.atau mengadakan diskusi [3]. Huishi[10],惠施, merupakan rakan yang sering mengadakan diskusi dengannya.

Kitab “Zhuangzi”

Kitab “Zhuangzi” juga dikenali Nanhua Zhengjing, 南華真經, atau dipendekkan Nanhua Jing, 南華經, adalah kitab yang mengandungi pandangan dan ajaran beliau. Kitab ini diterbahagikan kepada tiga [5] bahagian utama iaitu Bahagian Asli, Bahagian Luaran serta Bahagian Umum; kesemuanya kepunyaan 33 judul. Bahagian Asli adalah hasil tulisan beliau sendiri, Bahagian Luaran adalah hasil pengikut yang mencatatkan kisah Zhuangzi dan Bahagian Umum adalah hasil pandang pengikut beliau.

Bahagian Asli

  1. Pengembaraan bebas〈 逍 遥 游 〉- Bebas mengembara tanpa berkelobaan, dan berketamakan kejayaan.
  2. Kesimultanan alam 〈 齐 物 论 〉- Kesemuaan benda di alam ini wujud bersama diri kita. Perbezaan yang terdapat antara satu dengan lain adalah dikarenakan nafsu kita. Jikalau nafsu ini tidak wujud, perbezaan dalam alam ini juga tidak wujud.
  3. Kesehatan sukma〈 养 生 主 〉- Kesehatan sukma lebih dipentingkan daripada tubuh badan kita. Kesehatan sukma perlu sentiasa diperbaiki untuk mencapai kesempurnaan sukma.
  4. Amalan manusia〈 人 间 世 〉- Manusia sampai bila-bila pun mengingatkan kemasyhuran, kekayaan dan kebendaan. Sifat-sifat inilah membawakan kecelakaan kepada manusia sendiri.
  5. Kelegaan〈 德 充 符 〉- Kelegaan perlu dicapai supaya kehidupan kita tidak terganggu oleh perasaan atau kedirian kita.
  6. Kealaman〈 大 宗 师 〉- Arti asli〈 大 宗 师 〉 adalah guru kehormat. Guru kehormat yang diartikan adalah Dao, kealaman. Pada peringkat akhir, kesemuanya kembali ke alam dengan semula jadi dengan Dao.
  7. Kerakyatan〈 应 帝 王 〉- Displomasi Negara perlu bergantung kepada keutamaan rakyat. Memperketatan atau memperbanyakkan undang-undang negara tidak membawakan kesejahteraan tetapi kebarahan.

Bahagian Luaran

1. Empu terlebih〈 骈 拇 〉
2. Kuku kuda〈 马 蹄 〉
3. Bagasi terbuka〈 胠 箧 〉
4. Kesabaran〈 在 宥 〉
5. Dunia〈 天 地 〉
6. Arus alamiah〈 天 道 〉
7. Gerakan alamiah〈 天 运 〉
8. Mempertabah〈 刻 意 〉
9. Memperbaiki diri〈 缮 性 〉
10. Air musim panas〈 秋 水 〉
11. Kebahagian tersempurna〈 至 乐 〉
12. Mencapai kevitalan〈 达 生 〉
13. Gunung dan kayu〈 山 木 〉
14. Yuzifang〈 田 子 方 〉 (Nama watak utama)
15. Pengembaraan utara Zhi〈 知 北 游 〉(perjumpaan Laozi dan Kong Hu Ci)

Bahagian Umum

1. Geng Sang Chu〈 庚 桑 楚 〉(Nama watak utama)
2. Xu Wu Gui〈 徐 无 鬼 〉(Nama watak utama)
3. Zeyang〈 则 阳 〉(Nama watak utama)
4. Kebendaan〈 外 物 〉
5. Misteri〈 寓 言 〉
6. Memperlepaskan takhta〈 让 王 〉
7. Daozhi〈 盗 跖 〉
8. Pedang〈 说 剑 〉
9. Nelayan 〈 渔 父 〉
10. Lie Yu Kuo 〈 列 御 寇 〉(Nama watak utama)
11. Dunia alam semesta〈 天 下 〉

Karakteristik Zhuangzi

Pada Zaman Negara Berperang, negaranya mengalami kekalahan dalam berperangan serta keruntuhan kuasa. Menurut “Zhuangzi”, kehidupannya adalah sukar, tidak berkaya-raya, bekerja sebagai tukang sandal jerami untuk menyara hidup. Pada suatu ketika, beliau dijemput untuk berjumpa dengan Raja Wei, 魏王, beliau berpakaian biasa yang telah ditampal-tampal. Raja Wei menyoalnya kenapa berpakaian jabil-jabil. Zhuangzi menjawab dengan jujurnya, “Saya tidak berlaku berjabil-jabil tetapi saya miskin, inilah rezeki yang dipunyai”.

Raja Chu, 楚王, kedengaran kesusilaan Zhuangzi dan menawarkannya beribu-ribu tahil emas serta pelbagai kebajikan untuk berhidmat sebagai menteri negaranya, tetapi ditolak terus. Zhuangzi lebih menginginkan kehidupan yang bebas; tanpa apa-apa kerisauan.

Sifat-sifat beliau yang tidak mengutamakan kekayaan dan kemasyhuran membawanya ketenteraman dan kesejahteraan. Pandangannya kepada Dao kepunyaan tiga keutamaan [3] iaitu:

  1. Kebiasaan – segala-gala yang wujud disekeliling kita dengan atau tanpa kesedaran.
  2. Keabadian – segala-gala berada dalam berubahan yang wujud permanennya.
  3. Kemuskilan – apa yang terlaku tanpa bisa diterangkan dengan patah-kata.

Sebaliknya, beliau tidak mendukung cadangan mengamalkan amalan-amalan yang diaturkan. Bahkan, cara bertutur, cara berduduk cara berpakaian dan lain-lain tidak patut dipertetapkan, ini patut dilakukan mengikut kebebasan, dengan hati terbuka tanpa terikat pada peraturan yang telah ditetapkan. Kesemua ini adalah Dao, peraliran sistim alami.


Lihat pula:
Taoisme
I Kuan Tao

Pranala luar (B.Tionghoa)

1. Zoranzi
2. Riwayat hidup Zhuangzi
3. Zhuangzi
4. Budaya Tionghua-Zhuangzi
5. Huraian Kitab Zhuangzi
6. Zhuangzi
7. Zhuangzi
8. Zhuangzi
9. Chiyuan Shi
10. Huishi
11. Huraian ringkas Bahagian Asli Nanhua Jing
12. Nanhua Zhengjing