Tenaga dalam
artikel ini perlu dirapikan agar memenuhi standar Wikipedia. |
TENAGA DALAM
Tenaga Dalam adalah suatu konsep yang popular di dalam masyarakat Melayu di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia dan Malaysia.
Tenaga Dalam dianggap suatu tenaga manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa. Ia dibezakan dengan tenaga luar manusia(yang biasanya disebut secara ringkas sebagai "tenaga" sahaja) yang berbentuk tenaga fizikal seperti kekuatan otot tangan mengangkat barang.
Tenaga Dalam biasanya dikaitkan dengan aliran seni bela diri masyarakat Melayu. Dipercayai Tenaga Dalam ada pada diri semua manusia namun ia perlu dibangkitkan dengan kaedah-kaedah tertentu jika ingin memanfaatkan Tenaga Dalam. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah seperti berikut:
1. Senaman pernafasan. 2. Meditasi. 3. Latihan jurus. 4. Amalan zikir.
Tujuan-tujuan membangkitkan Tenaga Dalam, di antara lain, adalah seperti berikut:
1. Untuk kesihatan mental dan fizikal. 2. Untuk bela diri jarak jauh. 3. Untuk rawatan penyakit terutama penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden.
Sebahagian pengamal ilmu Tenaga Dalam mengatakan bahawa Tenaga Dalam boleh dihuraikan secara saintifik. Namun setakat yang diketahui, belum ada kajian yang jelas secara ujian saintifik berkenaan tenaga dalam dan manfaatnya.
ANTARA SUMBER RUJUKAN
Joko Subroto & Masruri, Dialog Seputar Kekuatan Gaib (Solo: CV. ANEKA, 1996), Website Silat Rohani Indonesia