Lompat ke isi

Morfologi (disambiguasi)

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Morfologi, adalah :

  1. Ilmu tentang morfem-morfem dalam sebuah bahasa.
  2. Ilmu tentang bentuk tubuh hewan dan manusia.
  3. Ilmu tentang bebatuan dan bentuk luar bumi

Lihat pula:



Pembentukan Kata Dalam seni kata Lagu-lagu bahasa Iban Oleh Subandi Kasidan Maktab Perguruan Rajang Sarawak, Malaysia

Penciptaan seni kata lagu dalam bahasa Iban merupakan penghasilan yang tercetus daripada idea dan pemikiran yang tajam . Perkara ini juga merupakan kehalusan memilih kata-kata yang indah dan menyusunnya bagi melahirkan idea yang mantap dan menarik. Susunan kata-kata yang sedemikian bagi menghasilkan keindahan rima malah susunan tersebut dapat menimbulkan kekuatan bahasa kerana dapat mempengaruhi pendengar.

Lahirnya lagu-lagu dalam bahasa Iban adalah kerana masyarakat tersebut minat dan suka menghayati puisi atau menghayati kata-kata yang indah melalui lagu. Penggunaan bahasa yang indah-indah dan bersopan santun dapat mengambarkan nilai dan budi masyarakat tersebut.

Dalam kajian pembentukan kata seni kata lagu-lagu bahasa Iban yang telah dikaji, penulis mendapati hanya terdapat tiga bentuk kata tunggal yang mengandungi satu, dua, tiga dan empat suku kata. Kata tunggal satu dan empat suku kata begitu kurang digunakan berbanding kata tunggal dua dan tiga suku kata. Penulis seni kata banyak menggunakan kata tunggal dua suku kata dan kata tunggal tiga suku kata kerana seni kata dalam lagu harus senang disebut dan sedap didengar bagi menampakkan ciri-ciri keindahannya.

Penulis pendapati penggunaan kata terbitan yang terdapat dal;am seni kata menggunakan imbuhan awalan. Kata terbitan akiran, awalan … akhiran dan sisipan tidak digunakan. Kata terbitan yang sering digunakan meliputi pengimbuhan kata nama, pengimbuhan kata kerja dan pengimbuhan kata adjektif. Selain itu, terdapat juga imbuhan yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu tetapi terdapat terdapat dalam bahasa Iban seperyti imbuhan ‘nge-’ . Imbuhan ini boleh berubah bentuk menjadi imbuhan ‘me-’ dan ‘se-’ apabila ditafsir dalam bahasa Melayu.

Pengkaji mendapati bahawa awalan kata nama seperti ‘pem-, penge-, pel-, per-, ke- juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dan dwi- penggunaannya dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban tidak produktif.

Awalan ‘pe-, pen- dan peng-, iaitu awalan kata nama sangat produktif digunakan . Fungsi imbuhan tersebut adalah bagi menjelaskan orang yang menanggung kerja atau sebagai nama alat.

Penggandaan separa dalam awalan kata nama seperti yang berfungsi bagi menunjukkan benda sangat sedikit digunakan . Penulis hanya menjumpai perkataan ‘lelaki dan lelayang’ dalam seni kata lagu yang dikaji. Penggandaan separa yang kata awalnya berimbuhan ‘ber-, me-, te- dan se-’ digunakan. Contoh perkataan seperti ‘berpeling-peling’ banyak digunakan.

Awalan kata nama yang kerap digunakan untuk digabungkan dengan kata dasar seperti imbuhan ‘pe-, pen-, dan peng-’. Imbuhan tersebut digunakan bagi menjelaskan kata kerja menjadi kata nama. Imbuhan ‘peng-’ yang terdapat dalam seni kata lagu tersebut menjadikan imbuhan dan perkataan sebagai kata nama. Penggandaan separa yang terdapat dalam kata nama sangat kurang digunakan . Berdasarkan sumber kajian penulis hanya menjumpai dua perkataan sahaja yang ditambah dengan imbuhan ‘ber-, me-, te-, dan se-’ dan ditambah dengan penggandaan penuh dan menjadikan perkataan itu penggandaan separa. Terdapat juga kata nama tunggal yang ditambahn imbuhan ‘se-’ bagi mewujudkan penjodoh bilangan dalam perkataan yang digunakan.

Penggunaan awalan kata kerja dalam seni kata lagu yang dikaji sangat sedikit jumlahnya . Awalan kata kerja yang terdapat dalam seni kata lagu itu hanyalah awalan ‘me-, ber-, be-, ter-, te-, di- dan diper-’. Awalan seperti ‘mem-, men-, meng-, memper- ,bel- tidak terdapat dalam seni kata lagu yang dikaji.

Kata kerja majmuk yang melibatkan proses penggandaan penuh dan penggandaan separa banyak digunakan dalam pemilihan kata dalam seni kata lagu-lagu bahasa Iban. Penggandaan ini merupakan pengulangan pelaku yang dikisahkan dalam lagu tersebut. Pengulangan ini menyebabkan kata-kata yang digunakan menjadikan lebih indah . Penulis seni kata lagu tidak mengadunkan penggandaan berentak dalam mana-mana seni kata lagu yang dihasilkan.

Awalan kata adjektif seperti ‘te-, dan se-’ amat terhad. Imbuhan ini digunakan oleh penulis bagi menjelaskan keadaan paling , bagi menjelaskan yang tidak sengaja dan membuat perbandingan.

Kata adjektif ganda yang diterbitkan dengan mengandakan seluruh kata bagi menghasilkan kata adjektif tunggal dan memberi makna menyeluruh banyak digunakan. Penggandaan berentak dengan imbuhan ‘be-, dan se-’ bagi menerangkan keadaan terdapat dalam seni kata lagu tetapi kurang prodektif. Imbuhan ‘ter-’ seperti dalam penggunaan imbuhan bahasa Melayu tidak terdapat dalam seni kata lagu yang dikaji.

Cadangan.

Berdasarkan kajian yang dibuat melalui penelitian buku-buku di perpustakaan pengkaji mendapati belum ada penyelidik yang pernah mengkaji seni kata lagu-lagu bahasa Iban berdasarkan skop kajian morfologi. Biasanya kajian hanya dibuat pengumpulan karya puisi tradisional.

Semasa membuat kajian penulis amat sukar mendapat buku-buku rujukan yang menyentuh aspek linguistik dalam kajian seni kata lagu-lagu bahasa Iban. Penulisan ini merupakan kajian yang pertama kalinya dibuat oleh penulis berdasarkan bahan iaitu seni kata lagu-lagu bahasa Iban .

Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan supaya pada masa hadapan pengkaji-pengkaji bahasa yang lain berminat membuat kajian linguistik terhadap bahasa-bahasa sukuan yang banyak terdapat di negeri Sarawak Mereka boleh mengkaji bahagian morfologi lain seperti aspek struktur, bentuk , pengolongan kata , adverba, sintaksis dan semantik. Kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan diharap dapat memperbanyakkan lagi khazanah ilmu dalam kajian bahasa sukuan Sarawak. Oleh yang demikian, bahan-bahan tersebut dapat memberi bantuan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ini pada masa akan datang.

Bibliografi

Basil Temenggong, 1949. "Dayak Belief" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. V, No. 1 (New Series), No. 16 (Old Series), hlm. 59 - 68.

Benedict Sandin, 1956. "The Westward Migration of the Sea Dayaks" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. VII, No. 7 (New Series), No. 22 (Old Series), hlm. 54 - 69.

________, 1964. Pengap Gawai Tajau. Kuching : Borneo Literature Bureau.

________, 1968. Pengap Gawai Batu. Kuching : Borneo Literature Bureau.

________, 1969. Pengap Gawai Sakit. Kuching : Borneo Literature Bureau.

________, 1978. "Iban" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. 21, No. 42, hlm. 52 - 107.

Bernard S. Cayne. 1982. The New Lexicon Websters Distionary of The English Language, New York: Lexicon Publications.

Birai Dap, 1949. "Two Dayak Chants" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. 5, No. 1 (New Series), No. 16 (Old Series), hlm. 73-76. Burniah Jamari ,1981. Nilai Estatika Dalam Lagu-Lagu popular Tahun 70-an. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Della Summers, 1992. Longman Dictionary of English Language and Culture. Harloe England : Longman House, Burnt Mill.

Dickson M.G., 1951. "Four Saribas Dayak Songs" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. V, No. 3 (New Series), No. 18 (Old Series), hlm. 457 - 461.

Dussek O.T., 1918. Teka Teki. Singapura : Methodist Publication House.

Freeman D., 1970. Report on the Iban. New York : Humanities Press Inc.

________, 1975. "Book Reviews : The Iban of Sarawak and their Religion" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. XXIII, No. 44 (New Series), hlm. 275 - 287.

________, 1981. Some Reflections on the Nature of Iban Society. Australia : The Australian University.

George Jamuh, 1949. "Tanong Umor" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. 5, No. 1 (New Series), No. 16 (Old Series), hlm. 69 -73.

Georgie E., 1959. "A Dayak (Love) Song for Bachelor and Lady when they meet each other at bed time" dalam. The Sarawak Museum Journal. Vol. IX, No. 13-14 (New Series), hlm. 20 - 24.

Gerunsin Lembat Maja, 1989. "Iban Traditional Society (From Aspect of Tusun Tunggu)" dalam. The Sarawak Museum Journal. Vol. XL, No. 61, hlm. 39.

Gifford, Barry W.R., 1914. "A Dayak Song" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. II (Part II), No.6, hlm. 187 - 189.

Harun Aminurrashid, 1963. Kajian Puisi Melayu. Singapura : Pustaka Melayu.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hooykas G., 1965. Perintis Sastera (terj. Raihoel Amar Gelar Datoek Besar). Edisi Baru. Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Hornby, A.S, et. al. 1972. The Advanced Learner’s Dictionary of Current English. London: Oxford Universiti Press.

Howell W., 1911. "A Sea-Dayak Dirge" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. I, No. 1, hlm. 5 - 73. Idrus, 1958. Persuratan Melayu II - Puisi. Singapura : Qalam. James Jemut Masing, 1989. "Iban and their Symbols (Language and Oral Tradition)" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. XL, No. 61, hlm. 59 - 67.

Jensen, 1964. "Towards an Iban Fowler - The Language of the Iban" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. XI, No. 23 - 24 (New Series), hlm. 544 - 549.

________, 1966. "The Iban World" dlm. The Sarawak Museum Journal. Vol. XIII, No. 27, hlm. 2 - 31.

King V.T., 1985. The Maloh of West Kalimantan : An Ethnographic Study of Sosiety Inequality and Social Change Among an Indonesian People. Dordrecht - Holland : Foris Publications.

Krohn W.O., 1991. In Borneo Jungles : Among The Dyaks Headhunters. Oxford : Oxford University Press.