Lompat ke isi

Yahoo! Messenger

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 9 Februari 2012 09.00 oleh Namirshah (bicara | kontrib)

Yahoo! Messenger atau lebih dikenali dan disebut sebagai 'YM' merupakan satu perisian 'Chating' yang pada mulanya membenarkan pemilik-pemilik akaun Yahoo! berhubung secara teks seperti MiRC, GTalk dan lain-lain yang juga menawarkan perkhidmatan yang sama. YM popular kerana pengguna dapat menggunakan akaun emel Yahoo! sebagai log masuk dan seterusnya membolehkan pengguna YM bukan saja dapat menaip teks tetapi juga ber'webcam' dan bercakap secara 'real-time' seperti Skype. Status emel Yahoo! juga dapat disemak dan dilog masuk terus daripada YM. Perkhidmatan tambahan terkini, YM kini membenarkan penggunanya menghubungi rakan-rakan di Facebook (FB)yang juga sedang 'online'. Terdapat banyak lagi fungsi-fungsi tambahan dalam YM seperti 'Games' telah diwujudkan bagi menyaingi FB yang kini peneraju dalam kaedah perhubungan sosial di alam maya. Namun, peminat dan pengguna YM masih ramai memandangkan ramai yang masih melanggan dan menggunakan perkhidmatan emel Yahoo!

Yahoo! telah mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk bergabung dalam jaringan "instant messenger". Hal ini mengakibatkan Yahoo! Messenger dapat berhubungan dengan layanan .NET Messenger milik Microsoft seterusnya membolehkan Microsoft's Windows Live Messenger dapat berhubung dengan pengguna YM sejak 13 Julai 2006. Pada asalnya, YM dilancarkan sebagai Yahoo! Pager pada 9 Mac 1998. Pada Februari 2012, versi terbaru Yahoo! Messenger untuk Microsoft Windows adalah 11.5.