Lompat ke isi

Azhar Mansor

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Azhar Mansor

Datuk Azhar Mansor merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Pada mulanya Datuk Azhar Mansor bercadang untuk melakukan pelayaran tersebut dalam tempoh kurang 100 hari, tetapi beliau telah menghadapi masalah berkaitan tiang layar yang patah ketika berada di Cape Horn, Amerika Selatan. Bagaimanapun Datuk Azhar Mansor telah berjaya melakukannya dalam masa 190 hari. Kegigihan Datuk Azhar Mansor adalah contoh unggul Semangat Malaysia Baru. Datuk Azhar Mansor yang berusia 41 tahun ketika berangkat pada 2 Februari 1999 itu telah belayar dengan kapal layarnya bernama Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta.

Pelayaran Datuk Azhar meliputi 21,600 batu nautika. Pada 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor selamat tiba di Awana Porto Malai Resort, Langkawi dan telah disambut sebagai seorang wira negara oleh rakyat Malaysia diketuai oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Keperwiraan Datuk Azhar Mansor adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Baginya, usaha dan kegigihannya dalam mengharungi badai dan ombak adalah sebagai sumbangannya sebagai anak merdeka yang tidak berpeluang merasai pahit jerih rakyat yang hidup pada zaman sebelum merdeka.