Lompat ke isi

Salazar Slytherin

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 2 Agustus 2007 12.18 oleh Fajarabp (bicara | kontrib)


Salazar Slytherin diterangkan sebagai "gila kuasa" oleh Topi Pengisih, dan datang dari "tanah rawa". Tanah Rawa dari Timur England adalah kawasan paya gambut sekitar Norfolk, Lincolnshire, Cambridgeshire dan menghubungan wilayah sekitarnya, walaupu tidak disebutkan secara tepat dari mana Slytherin datang. Slytherin merupakan seorang parselmouth, ahli sihir yang mampu bertutur dengan ular. Rumahnya di Hogwarts sering digambarkan dengan ular, dengan warna Rumah iaitu hijau dan perak.

Seperti Ravenclaw dan Gryffindor, Slytherin memilih dengan hati-hati pelajar yang akan memasuki Rumahnya. Menurut Albus Dumbledore, mutu yang dianugerahkannya termasuklah kepintaran, bersungguh-sungguh dan tidak terlalu mengendahkan peraturan, termasuk kebolehan bercakap parseltongue. Dia juga memilih pelajar yang licik, bercita-cita tinggi dan berdarah tulen.

Slytherin telah terpilih bagi "Ahli Sihir Bulanan" bagi Jun 2007 di laman web J.K. Rowling, yang digambarkan: "Salah seorang daripada empat Pengasas Hogwarts yang dikenali, Salazar Slytherin merupakan Parselmouth pertama yang direkodkan, Legilimens yang ulung, dan terkenal kerana kekuasan darah tulen."[1]

Pembaca diberitahu tentang Slytherin oleh Profesor Binns, pengajar Sejarah Sihir, dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia. Dia memberikan maklumat tentang penubuhan sekolah dan perpecahan antara Slytherin dan pengasas yang lain: yang kota istana itu dibina jauh daripada Muggle kerana ketika itu manusia biasa takutakn ahli sihir, dan menyiksa mereka. Dia kemudian menyatakan yang Slytherin berharap yang pemilihan kemasukan ke Hogwarts (ketika itu belum wujud lagi rumah; seperti yang dikatakan Topi Pengisih dalam Harry Potter dalam Piala Api and Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, Slytherin menggunakan darah tulen sebagai kunci pemilihan pelajar dari bermulanya Sekolah itu) — dia mahukan pembelajaran sihir hanya untuk keluarga sihir sahaja, dia percaya yang kelahiran Muggle tidak boleh dipercayai dan dia tidak mahu mengajar pelajar tersebut.

Salazar Slytherin di laman rasmi J. K. Rowling sebagai Ahli Sihir Bulan Jun 2007. Perhatikan loket yang dipakainya.

Menurut lagenda purba, Slytherin bertanggungjawab atas pembinaan di bawah sekolah iaitu Bilik Rahsia, rumah bagi makhluk ajaib basilisk. Ular diketahui oleh Slytherin mampu dikawal oleh keturunannya yang parselmouth, dan meninggalkannya untuk membasmi semua kelahiran Muggle disekolah. Ini berlaku sebaik selepas pertelingkahan antara empat pengasas dan Rumah (diterangkan oleh Topi Penyihir dalam Kumpulan Phoenix) berpecah dan menyebabkan Slytherin pergi dari Hogwarts. Waris Slytherin terakhir yang diketahui, Tom Marvolo Riddle, menemui Bilik tersebut dan melepaskan Basilisk, menyebabkan kematian seorang pelajar (Myrtle Mengerang). Penemuan Bilik tersebut oleh Harry Potter mengesahkan kewujudan bilik itu.

Slytherin memiliki seutas loket dihiasi huruf "S", yang menjadi tinggalan pusaka keturunannya yang terakhir, Keluarga Gaunts. Loket tersbeut dijual kepada Caractacus Burke oleh Merope Gaunt, kemudian dibeli oleh Hepzibah Smith, dan dicuri Voldemort. Voldemort menukarkan loket tersebut menjadi Horcrux, menyembunyikannya ke dalam gua yang pernah dilawatinya ketika muda. Loket tersebut kemudiannya dicuri oleh Regulus Black. Black, dengan bantuan pari-pari rumah Kreacher, memiliki loket tersebut, selepas Kreacher diarahkan pulang ke kediaman Black di London dan menyembunyikan loket tersebut. Selepas dicuri oleh Mundungus Fletcher untuk buat seketika, loket tersebut dimilik oleh penyihir Kementerian Sihir iaitu Dolores Umbridge, yang mendakwa itu adalah puasaka keluarganya. Loket tersebut kemudiannya diambil oleh Harry Potter, dan kemudian dimusnahkan oleh Ron Weasley dengan pedang perak kepunyaan Godric Gryffindor. Tindakan memusnahkan jiwa Voldemort yang berada di dalamnya juga.

Slytherin adalah satu-satunya yang diceritakan secara fisikal. Tugunya di dalam kamar Rahsia menunjukkan seorang lelaki "sangat tua dan rupanya seperti monyet, dengan janggut panjang tipis, hampir menyampai ujung jubah ."[HP2] Kemudian dalam , Marvolo Gaunt diterangkan hampir memiliki rupa yang serupa.

Rujukan

Pranala