Wikipedia:Penyangkalan umum

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 16 Mei 2005 02.37 oleh Hayabusa future (bicara | kontrib) (dari :ms - blm diterjemahkan)
(beda) ← Revisi sebelumnya | Revisi terkini (beda) | Revisi selanjutnya → (beda)


Wikipedia adalah ensiklopedia online terbuka, di mana ia adalah hasil daripada gabungan penglibatan individu-individu dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang membangunkan satu sumber pengetahuan untuk rujukan orang ramai.

Strukturnya membolehkan setiap pengguna yang memiliki sambungan Internet dan pelayar web memajukan kandungan ensiklopedia ini. Justeru, anda dimaklumkan bahawa maklumat-maklumat di sini tidak semestinya telah dinilai kesahihannya oleh golongan yang profesional di dalam sebarang bidang yang berkaitan bagi ketepatan dan kesahan maklumat di dalam Wikipedia.

Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Wikipedia, ia hanyalah untuk menyatakan Wikipedia TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahan maklumat di sini. Ia mungkin baru sahaja dikemaskinikan, dirosakkan atau diubah oleh seseorang yang tidak menyetujui dengan tahap pengetahuan bidang berkenaan.

Kami sedang berusaha untuk memilih dan menyiarkan versi-versi artikel yang lebih diyakini, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Artikel-artikel begini lazimnya adalah Rencana Pilihan, walaupun begitu artikel-artikel yang disenaraikan tersebut berkemungkinan telahpun diubahsemula beberapa ketika sebelum anda membacanya.

Para penulis, penyumbang, penaja, pentadbir projek, pengendali sistem, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikipedia tidak boleh dipersalahkan dengan sebarang ralat maklumat sama ada di dalam halaman mahupun halaman-halaman yang dipautkan daripada tapak web luar.

Sila pastikan yang anda memahami bahawa maklumat-maklumat di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan, tiada sebarang perjanjian atau persetujuan di antara anda dengan pemilik tapak web ini dan pengguna-penggunanya, pemilik-pemilik server di mana ia disimpan, para penyumbang individu Wikipedia, pentadbir projek, pengendali sistem, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikipedia dan projek-projek kecilnya untuk menerima sebarang tuntutan daripada anda. Anda hanya diizinkan lesen terhad untuk membuat salinan sebarang bahan dari tapak web ini; kebenaran ini tidak menjadikan atau bermaksud kontrak atau kontrak penambahan yang akhirnya menjadi liabiliti kepada pihak Wikipedia atau sebarang agen-agennya, ahli-ahlinya, pengurusannya dan pengguna-pengguna lainnya.

Perhatikan maklumat-maklumat yang disediakan di sini berkemungkinan melanggar perundangan sesebuah negara di mana anda sedang membacanya. Wikipedia tidak menggalakkan pelanggaran undang-undang, namun begitu kerana maklumat-maklumat tersebut disimpan di dalam sebuah server di California, Amerika Syarikat, ia diuruskan dengan rujukan pada Pindaan Pertama (First Amendment) Perlembagaan Amerika Syarikat (United States Constitution) dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat "Universal Declaration of Human Rights" oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perundangan negara anda berkemungkinan tidak mengikhtiraf hak kebebasan bersuara sepertimana oleh perundangan di negara Amerika Syarikat dan PBB, dan sepertinya, maka Wikipedia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perlanggaran undang-undang negara anda, seandainya anda menghubungkan domain ini atau menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya dengan apa cara sekalipun.

Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Baca Penafian Risiko "Risk disclaimer", Penafian Perubatan "Medical disclaimer", dan Penafian Perundangan "Legal disclaimer" untuk penafian lain yang lebih khusus.
Wikipedia tidak dipantau secara berkala oleh sebarang perbadanan; di mana pembaca memperbaiki sebarang ralat atau memadam maksud yang salah, mereka tidak diwajibkan untuk melakukannya, oleh yang sedemikian, segala maklumat di sini adalah tanpa sebarang jaminan pengesahan untuk sebarang kegunaan pun.

Tiada gantirugi boleh dituntut daripada Wikipedia, kerana ia merupakan kumpulan individu-individu sukarelawan yang menyediakan pelbagai sumber bahan untuk tujuan pendidikan, kebudayaan dan maklumat-maklumat sebagainya secara terbuka. Perlepasan ini diberikan kepada anda dengan sendirinya dan tiada perjanjian di antara anda dengan Wikipedia berkenaan penggunaan anda atau perubahan maklumat-maklumat ini yang di luar Lesen dokumentasi Percuma GNU "GNU Free Documentation License"; tiada seseorangpun di Wikipedia boleh dipertanggungjawabkan sekiranya seseorang lain mengubahsuai, menyunting, menambah atau memadam sebarang maklumat yang anda telah masukkan ke dalam Wikipedia atau sebarang projek yang berkaitan dengannya.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca halaman ini, semoga anda mendapat pengalaman yang menyeronokkan di Wikipedia!