Anwar Ibrahim

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Revisi sejak 21 Mei 2005 16.41 oleh Hayabusa future (bicara | kontrib) (rapikan & {{taknetral}})

Anwar Ibrahim adalah mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia. Dia dilahirkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan pada 10 Agustus 1947. Ia bersekolah di Sek Melayu Sungai Bakap, Sek Melayu Cherok Tokun dan Sek Ren Stowell, Bukit Mertajam. Setelah berhasil lulus dari SD dengat nilai yang yang sangat bagus, Anwar dipilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960.

Zaman persekolahan

Sejak zaman persekolahannya Anwar telah menampilkan sifat kepimpinan. Semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 Anwar telah melibatkan diri dalam berbagai kegiatan yang dianjurkan. Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan berdebat antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya, Anwar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK.

Anwar memasuki Universiti (universitas) Malaya pada tahun 1967. Semasa belajar di universitas, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah membentuk dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.

Pemimpin pelajar

Anwar Ibrahim telah bangun memimpin persatuan pelajar dalam usaha menggesa pemerintah Malaysia menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam ketika terjadinya peristiwa 13 Mei 1969. Beliau telah bertindak dan bergandeng bahu bersama Mahathir Mohammad yang 21 tahun lebih tua darinya, menentang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Keberanian Anwar dan semangat pengorbanan menentang kemiskinan masyarakat luar kota amat dikagumi oleh masyarakat Malaysia. Anwar berucap di dalam dan luar kampus dan beliau dikagumi kerana tidak ada pelajar instusi tinggi sebelumnya yang mempunyai semangat dan keberanian mengkritik pemerintah secara serius demi menegakkan keadilan.

Pada tahun 1971 Anwar menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Ketika di universitas, Anwar dikenal sebagai pemimpin gerakan pelajar yang memperjuangkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Pemimpin remaja

Pada tahun 1971, Anwar membentuk Angkatan Belia Islam Malaysia dan menjadi presiden organisasi itu hingga tahun 1982. Selain itu beliau aktif dalam kegiatan organisasi non-pemerintah termasuk Majlis Belia Malaysia.

Anwar dianggap pemimpin pelajar yang militan, anti-establishment dan radikal oleh sesetengah golongan. Beliau mempunyai tujuan perjuangan yang jelas dan pemerhatian yang tajam terhadap isu-isu terkini yang dihadapi oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu luar kota.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset dalam tahun 70an dan kejatuhan harga karet yang amat ketara Anwar telah bangun menangani isu kemiskinan dan telah memimpin demonstrasi anti-kemiskinan di Baling dalam tahun 1974 yang menyebabkannya ditahan dibawah ISA selama 2 tahun.

Kepimpinan dalam ABIM

Kemampuan Sdr Anwar sebagai seorang pemimpin yang komited dapat dilihat dari usaha beliau memebntuk dan memimpin [[Angkatan Belia Islam|Angkatan Belia Islam (ABIM)] sehingga menjadi sebuah organisasi remaja yang berpengaruh dan diterima oleh masyarakat dalam usahanya mendaulatkan Islam sebagai 'ad din - satu cari hidup. ABIM pada masa awal pembentukannya telah menarik minat seramai 50000 orang untuk menyertainya. Keanggotaan ABIM ini adalah yang kedua terbanyak setelah Pemuda UMNO.

Beliau mempunyai pikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya berpidato yang dikagumi banyak orang termasuk masyarakat internasional. Kepimpinan dan sumbangannya telah diakui di tingkat internasional sehingga menerima anugerah Medali Ulama Eqbal Seratus Tahun dari Presiden Zia Ul- Haq, Presiden Pakistan pada tahun 1970 dan mendapat penghormatan menjadi Anggota Kelompok Penasehat Muda PBB pada tahun 1973

ABIM di bawah kepimpinan Anwar telah muncul menjadi organisasi yang populer karena sikapnya menentang ketidakadilan dalam kerajaan dan juga di luar negara. Beliau telah menunjukkan sifat kepimpinannya dengan menyatukan beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dengan menjadi Pengurus bagi Jawatankuasa Penyelaras Akta Pertubuhan 1981 untuk menentang Akta Pindaan Pertubuhan 1981. Anwar telah berhasil menyatukan 48 organisasi dari berbagai aliran dan bangsa seperti Persatuan Pertubuhan Malaysia, Pusat Profesional Malaysia, ALIRAN, Persatuan Penggna Pulau Pinang dan Majlis Peguam Malaysia.

Anwar menentang rang undang-undang ini kerana ketidakadilan yang melanggar pinsip Islam dan demokrasi. Kebijaksanaan dan kekuatan dirinya telah menyebabkan pihak pemerintah terpaksa berunding dengan jawatankuasa tersebut dan mengkaji semula Akta Pertubuhan tersebut. Inilah kekuatan Anwar Ibrahim yang telah menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai strategi dan pendekatan yang berkesan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.

Pendirian terhadap isu internasional

Kepimpinan beliau yang tegas dan berani dapat dilihat apabila beliau bangkit dan menentang invasi Rusia terhadap Afghanistan dalam tahun 1980. ABIM telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri sejumlah 40000 orang untuk memnentang invasi dan bersetuju untuk menghantar utusan yang diketuai oleh Anwar ke kedutaan Rusia. Utusan itu berhasil meyakinkan pihak kedutaan Rusia akan kesan buruk tindakan mereka dan memberi perhatian serius pandangan negara-negara di seluruh dunia. Duta Rusia itu berjanji untuk membawa surat bantahan tersebut ke Moskwa dan menginginkan persahabatan dengan pemerintah Malaysia. Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian negara-negara lain terhadap ketokohan belia sebagai pemimpin.

Sikap berani Anwar telah membawa belia untuk mengunjungi perbatasan Rusia untuk mendapatkan penerangan yang tepat dan menyerahkan sebanyak RM50,000 kepada pejuang Afghanistan. Sementara itu kekuatan yang ada dalam diri Anwar telah mendorong beliau untuk bertemu dengan Nasionalis Afghanistan di perbatasan seperti Gulbudin Hekmatayar dan Burhanudin Rabani pemimpin Partai Jamiat El- Islami.

Anwar - pejuang anak bangsa

Pemimpin negara di dalam dan luar negeri mengakui ketokuhan dan kebolehan Anwar Ibrahim. Almarhum Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Perdana Menteri Malaysia kedua telah menawarkan jawatan untuk mewakili Belia Malaysia dalam Badan Dunia United Nation Council For Youth yang berkantor pusat di Bangkok. Anwar dengan hormat menolak tawaran lumayan tersebut.

Begitu juga apabila Almarhum Dato Mohd Asri Muda ketika menjawat jabatan Menteri Pembangunan Luar Kota telah menawarkan jabatan di kementerian beliau untuk Anwar. Tawaran ini juga telah ditolak oleh Anwar.

Anwar sadar bahawa kelemahan anak Melayu pada ketika itu disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi amat terbatas bagi anak-anak Melayu yang serba kekurangan. Dengan keinsafan dan jiwa yang cekal Sdr Anwar bersama rakan-rakan lain telah membuka sebuah sekolah persendirian di Kuala Lumpur - Yayasan Anda Akedemik. Walaupun pendapatan beliau amat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang memegang jawatan dalam Kerajaan, Sdr Anwar dan rakan-rakan di Yayasan Anda sanggup mengorbankan segala kemudahan tersebut demi mempertingkatkan anak bangsa.

Keberhasilan Yayasan Anda Akedemik dapat dilihat daripada jumlah lulusan dan penerimaan pelajarnya yang di terima masuk ke institusi pengajian tinggi. Kejayaan yang lebih ternilai daripada kejayaan ini adalah setiap pelajar Yayasan Anda telah dilatih sendiri oleh Anwar Ibrahim dengan dilengkapi oleh daya tahan dan keimanan.

Anwar - Kepimpinan dalam Kerajaan

Ketokohan Anwar Ibrahim telah menarik perhatian Mahathir Mohammad dan membawanya ke dalam pemerintah. Tugas politik beliau bermula pada tahun 1982 apabila dipilih sebagai Anggota Parlemen Permatang Pauh dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menjadi Anggota Jemaah Menteri pada tahun 1983 ketika dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian beliau menjawat beberapa jabatan kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Keuangan pada bulan Maret 1991.

Peranan penting beliau pada permulaan kemasukannya ke dalam pemerintah Barisan National ialah membantu terbentuknya Bank Islam. Beliau telah diamanatkan oleh Perdana Menteri untuk mensyorkan dalam jawatankuasa cadangan idea. Amanat ini menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan beliau. Beliau telah menghabiskan banyak masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kejayaan Bank ini. Anwar telah mendapatkan bantuan dan dukungan dari negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi terhadap penubuhan Bank Islam ini.

Konsep kepemimpinan - sudut pandang Anwar

Pak Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kesahjahteraan manusia dan keperluan mewujudkan kaedah-kaedah yang adil dalam proses kepimpinan. Dalam kepimpinan menurut Sdr Anwar Ibrahim ia haruslah peka dan prihatin terhadap suara dan aspirasi rakyat serta merumuskan cara dan pendekatan yang melibatkan penyertaan rakyat dengan lebih berkesan (Anwar Ibrahim , Menangani Perubahan). Beliau menekan dan mementingkan konsep syura dalam Islam dan Demokrasi Penyertaan. Bagi Anwar, pemimpin bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna dan adil.

Dalam aspek kuasa Sdr Anwar berpendapat kuasa yang dimiliki oleh pemimpin adalah elemen penting dalam usaha untuk membuat sesuatu. Sekalipun orang itu mempunyai idea dan pendapat yang baik tetepi jika tidak mempunyai kuasa dan kedudukan ia akan menyukarkan pelaksanaan idea tersebut. Dari segi perbandingan kuasa dan idea pula beliau berpendapat idea lebih penting dari kuasa dan kedudukan kerana kuasa ini hanyalah saluran yang berkesan untuk menyalurkan idea tersebut.

Anwar Ibrahim menekan kepentingan pemimpin dan masyarakat keseluruhan memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan berkeupayaan mempraktikkan ilmu yang baik itu dalam kehidupan. Menurut Sdr Anwar sesuatu bangsa itu telah dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat kerana pengaruh dan kekuatan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Bagaimanapun Sdr Anwar Ibrahim berpendapat ilmu pengetahuan itu harus memberi makna kepada diri manusia dan kemanusiaan

Anwar adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayainya betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prinsip yang dipegangnya. Beliau akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dicapai pada matlamat yang digariskan olehnya. Prinsip ini dapat dilihat dari tindakan beliau menentang kerajaan yang dianggapnya tidak adil dan gagal dalam membantu orang Melayu sehingga beliau sanggup ditahan dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 2 tahun berikutan penglibatannya dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan akibat peristiwa kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974.

Dalam usaha menangani perubahan bagi Sdr Anwar pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Bagaimanapun perubahan harus berlandaskan nilai universal yang mutlak yang diakui oleh Islam dan agama lain sebagai baik dan mampu memberi kesahjeteraan kepada manusia.

Selain kegiatannya yang cukup menonjol dalam bidang politik, Anwar turut membahaskan berbagai-bagai gagasan termasuk masyarakat madani. Beliau menghasilkan dua buah buku berjudul Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia.

Di peringkat antarabangsa, Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UNESCO (1989-1991) dan menjadi salah seorang pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Washington.

Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan November 1993 setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun itu.

Anwar Ibrahim dipecat secara tidak hormat pada 2 September, 1998.

Pada tanggal 2 September 2004, ia dibebaskan lagi.

Sumber

Pranala luar