Awang Sariyan

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Dr. Awang Sariyan (lahir 20 Oktober 1953) ialah ahli bahasa Malaysia yang terkenal dan yang telah banyak menulis buku ilmiah, buku umum, buku teks, buku kumpulan puisi dan kamus serta ratusan rencana bahasa, pendidikan, kesusasteraan, kebudayaan, falsafah dan yang lain dalam jurnal, majalah, akhbar, ensiklopedia dan bab dalam buku. Bidang pengajaran di universiti, penelitian dan penulisannya ialah linguistik (tatabahasa, retorik, stilistik, sosiolinguistik, perancangan bahasa), pendidikan bahasa, tamadun alam Melayu dan kesusasteraan. Ia pernah menjadi profesor di enam buah universiti, termasuk di luar negara, iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Beijing Foreign Studies University. Ia pernah juga menjadi profesor tamu di Universiti Goethe, Frankfurt Jerman dan di Universitas Sumatera Utara, Indonesia, selain pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam.

Syarahan dan kertas seminar yang berjumlah lebih 200 buah judul telah disampaikannya di belasan negara sedunia, selain di Malaysia, iaitu di Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Netherlands, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom.

Antaranya buku tulisannya yang terkenal termasuklah Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia (2023), Islam di China (2023), Teras Pendidikan Bahasa Melayu (2018), Pemikiran Awang Sariyan dalam Pemartabatan Bahasa Melayu (2017), Mencari Makna Diri Melayu untuk Renungan Bangsaku (2016), Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu (2016), ,Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2015), Ceritera Bahasa (2015), Perkembangan Falsafah dan Pemikiran dalam Linguistik (2007) dan dua buah buku kumpulan puisi Mencari Makna Diri (2012,2013) dan Di Denai Kehidupan (2015).

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah penghargaan-penghargaan yang diperoleh oleh Dr. Awang, antara lain:

  • Hadiah Persuratan 10 Tahun UKM (1980)
  • Anugerah Khidmat Cemerlang DBP (1985)
  • Hadiah Bahasa PLM-Public Bank (1986)
  • Hadiah Tinta Kencana (Kategori Makalah Ilmiah) DBP (2000)
  • Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan, Beijing Foreign Studies University (2012)
  • Anugerah Wira Cendekia Majlis Munsyi Dewan (2012)
  • Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan, World Academy of Arts California (2013)
  • Anugerah Patria NUMERA (2014)
  • Anugerah Pejuang Bahasa Persatuan Linguistik Malaysia (2016)
  • Anugerah Tokoh Buku Negara UNESCO-KLWBC (2021)
  • Anugerah Peringatan Rabindanath Tagore, Motivational Strips Oman (2021)
  • Anugerah Tokoh Penggiat Sastera Johor (2021)
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bidang Persuratan, Kerajaan Gujerat (Bersempena dengan Kemerdekaan Ke-75 India, 2022)
  • Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (2023)
  • Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Sultan Zainal Abidin (2023)
  • Profesor Emeritus Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (2023)
  • Anugerah kebesaran negara: Kesatria Mangku Negara (2003); Panglima Jasa Negara bergelar Datuk (2013); Darjah Setia Seri Negeri Pulau Pinang bergelar Dato' (2003); Seri Mahkota Wilayah bergelar Datuk Seri (2021)

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Psanala luar[sunting | sunting sumber]