Lompat ke isi

Pengguna:Cik jiha

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Sawah Sungai Balang

[sunting | sunting sumber]
Terdapat dua blok iaitu blok timur dan barat

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Terdapat sembilan lokasi sawah padi di Johor merangkumi Sawah Sagil, Sawah Padang Endau, Sawah Kahang, Kesang Gate, Kesang Tasik, Pulau Penarek, Telok Rimba, Sawah Ring dan Sungai Balang. Sawah Sungai Balang adalah kawasan sawah padi kedua terbesar yang terletak di Daerah Muar, Johor. Sawah Sungai Balang didaftarkan di bawah Mukim Sungai Balang. Kawasan kampung yang berdekatan dengan Sawah Sungai Balang adalah Kg. Sungai Balang Besar dan Parit Subari atau Parit Yusof. Keluasan fizikal sawah Sungai Balang adalah seluaz 364.22 Ha manakala, luas tanaman adalah seluas 296.47 Ha Terdapat 277 lot sawah yang diusahakan oleh seramai 62 orang pesawah yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Daerah Muar. Blok sawah padi ini terbahagi kepada dua iaitu blok timur (sebanyak 9 blok) dan blok barat (sebanyak 5 blok). Sistem kelompok tani telah diperkenalkan kepada pesawah-pesawah di Sungai Balang pada tahun 2009.Namun begitu, sistem kelompok tani secara berjadual hanya diperkenalkan pada tahun 2021.