Perang Vietnam
Perang Vietnam | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bagian dari Perang Dingin | |||||||||
Desa Viet Cong setelah diserang. Desa Viet Cong setelah diserang. | |||||||||
| |||||||||
Pihak terlibat | |||||||||
Republik Vietnam Amerika Serikat Korea Selatan Thailand Australia Selandia Baru Filipina |
Republik Demokratik Vietnam Front Nasional Kemerdekaan Vietnam Selatan Tiongkok Korea Utara | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
~1.200.000 (1968) | ~520.000 (1968) | ||||||||
Korban | |||||||||
RV tewas: 230.000 terluka: 300.000 Amerika Serikat tewas: 58.209 terluka: 153.303 Korea Selatan tewas: 5.000 terluka: 11.000 Australia tewas: 520 |
RDV/FNKV tewas: 600.000 terluka: 600.000 Tiongkok tewas: 1.100 terluka: 4.200 | ||||||||
Sipil (warga Vietnam): 1.000.000 |
Perang Vietnam, juga disebut Perang Indochina Kedua, adalah sebuah perang yang terjadi antara 1957 dan 1975 di Vietnam. Perang ini merupakan bagian dari Perang Dingin.
Dua kubu yang saling berperang adalah Republik Vietnam (Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Amerika Serikat, Korea Selatan, Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina bersekutu dengan Vietnam Selatan, sedangkan USSR dan Tiongkok mendukung Vietnam Utara yang merupakan negara komunis.
Jumlah korban yang meninggal diperkirakan adalah 280.000 di pihak Selatan dan 1.000.000 di pihak Utara.
Perang ini mengakibatkan eksodus besar-besaran warga Vietnam ke negara lain, terutamanya Amerika Serikat, Australia dan negara-negara Barat lainnya, sehingga di negara-negara tersebut bisa ditemukan komunitas Vietnam yang cukup besar.
Setalah berakhirnya perang ini, kedua Vietnam tersebut pun bersatu pada tahun 1976.
Salah satu korban paling terkenal dari Perang Vietnam adalah Kim Phuc
Latar belakang
Vietnam dijajah oleh Tiongkok sejak tahun 110 SM sampai mencapai kemerdekaan pada tahun 938. Setelah bebas dari belenggu penjajahan Tiongkok, Vietnam tidak berhenti menentang serangan pihak asing.
Pada abad ke-19, Vietnam menjadi wilayah jajahan Perancis. Perancis menguasai Vietnam setelah melakukan beberapa perang kolonial di Indochina mulai dari tahun 1840-an. Ekspansi kekuasaan Perancis disebabkan keinginan untuk menyaingi kebangkitan Britania Raya dan kebutuhan untuk mendapatkan hasil bumi seperti rempah-rempah untuk menggerakkan industri di Perancis untuk menyaingi penguasaan industri Britania Raya.
Semasa pemerintahan Perancis, golongan rakyat Vietnam dibakar semangat nasionalisme dan ingin kemerdekaan dari Perancis. Beberapa pemberontakan dilakukan oleh banyak kelompok-kelompok nasionalis, tetapi usaha mereka gagal. Pada tahun 1919, semasa Perjanjian Versailles dirundingkan, Ho Chi Minh meminta untuk bersama-sama membuat perundingan agar Vietnam dapat merdeka. Permintaannya ditolak dan Vietnam dan seluruh Indochina terus menjadi jajahan Perancis.
Kelompok Viet Minh akhirnya mendapat dukungan populer dan berhasil mengusir Perancis dari Vietnam. Selama Perang Dunia II, Vietnam dikuasai oleh Jepang. Pemerintah Perancis Vichy bekerjasama dengan Jepang yang mengantar tentara ke Indochina sebagai pasukan yang berkuasa secara de facto di kawasan tersebut. Pemerintah Perancis Vichy tetap menjalankan pemerintahan seperti biasa sampai tahun 1944 ketika Perancis Vichy jatuh setelah tentara sekutu menaklukan Perancis dan jendral Charles de Gaulle diangkat sebagai pemimpin Perancis.
Setelah pemerintah Perancis Vichy tumbang, pemerintah Jepang menggalakkan kebangkitan pergerakan nasionalis di kalangan rakyat Vietnam. Pada akhir Perang Dunia II, Vietnam diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepang. Ho Chí Minh kembali ke Vietnam untuk membebaskan negaranya agar tidak dijajah oleh kekuasaan asing. Ia menerima bantuan kelompok OSS (yang akan berubah menjadi CIA nantinya).
Pada akhir Perang Dunia II, pergerakan Viet Minh di bawah pimpinan Ho Chí Minh berhasil membebaskan Vietnam dari tangan penjajah, tetapi keberhasilan itu hanya untuk masa yang singkat saja. Pihak Jepang menangkap pemerintah Perancis dan memberikan Vietnam satu bentuk “kemerdekaan” sebagai sebagian dari rancangan Jepang untuk "membebaskan" bumi Asia dari penjajahan barat. Banyak bangunan diserahkan kepada kelompok-kelompok nasionalis.
Latar belakang
Vietnam dijajah oleh negeri China sejak tahun 110 S.M. sehinggalah mencapai kemerdekaan dalam tahun 938. Selepas bebas dari belenggu dan kongkongan China, Vietnam tidak henti-henti menentang keganasan oleh kuasa-kuasa luar.
Dalam abad ke-19, Vietnam menjadi wilayah jajahan Perancis. Perancis menguasai Vietnam selepas mengadakan beberapa siri peperangan kolonial di Indochina mulai tahun-tahun 1840-an hingga ke tahun-tahun 1840-an. Pengluasan pengaruh Perancis disebabkan hasrat untuk menyaingi kebangkitan Empayar British dan keperluan mendapatkan hasil mentah seperti getah dan bijih bagi maksud menggerakkan perindustrian di Perancis untuk bersaing dengan penguasaan menyeluruh oleh industri British.
Semasa pemerintahan Perancis, segolongan rakyat Vietnam dibakar semangat nationalisme dan mahukan kemerdekaan daripada penjajahan Perancis. Beberapa pemberontakan dan tentangan dibuat oleh banyak kumpulan-kumpulan nationalis, tetapi usaha mereka gagal. Dalam tahun 1919, semasa Perjanjian Versailles sedang dirundingkan, Ho Chi Minh meminta untuk bersama-sama membuat perundingan supaya boleh menghujahkan kemerdekaan untuk Vietnam. Permintaannya ditolak dan Vietnam dan seluruh takluk Indochina terus kekal sebagai tanah jajahan Perancis.
Kumpulan penentang Viet Minh akhirnya berjaya mendapat sokongan popular dan berjaya mengusir penjajah Perancis dari bumi Vietnam. Semasa Perang Dunia II, Vietnam dikuasai oleh Tentera Jepun. Kerajaan Vichy Perancis berkerjasama dengan pihak Jepun yang menghantar bala tentera ke Indo-China sebagai pasukan berkuasa di kawasan tersebut. Kerajaan Vichy Perancis menjadi kerajaan boneka kerana kuasa pemerintahan sebenarnya di tangan pihak Jepun. Pemerintah Vichy Perancis mentadbir Indochina sehingga tahun 1944 apabila Kerajaan Vichy Peranchis tumbang selepas Tentera Berikat menakluki Perancis dan Jeneral Charles de Gaulle diangkat sebagai Pemimpin Perancis.
Setelah kerajaan Vichy Perancis tumbang, pemerintah Jepun menahan Pentadbir-pentadbir Perancis dan memalukan pembesar-pembesar kolonial di khalayak ramai. Pihak Jepun kemudiannya menggalakkan kebangkitan pergerakan nasionalis di kalangan rakyat Vietnam. Pada pengakhir Perang Dunia II, Vietnam diberikan kemerdekaan oleh pihak Jepun. Ho Chí Minh kembali ke Vietnam untuk membebaskan negaranya daripada dijajah oleh kuasa asing. Dia menubuhkan pergerakan penentang, dan menerima bantuan kumpulan OSS (yang akan berubah menjadi CIA kelak).
Pada penghujung Perang Dunia II, pergerakan Viet Minh di bawah pimpinan Ho Chí Minh berjaya membebaskan Vietnam daripada belenggu penjajah, Tetapi kejayaan itu untuk masa yang singkat sahaja. Pihak Tentera Jepun telah menawan pemerintah Perancis dan memberikan Vietnam satu bentuk “kemerdekaan” sebagai sebahagian daripada rancangan Jepun "membebaskan" bumi Asia daripada penjajahan Barat. Banyak bangunan awam diserahkan kepada kumpulan-kumpulan nasionalis.
Ho Chi Minh Berkuasa
Di Persidangan Potsdam, pihak Berikat memutuskan Vietnam ditadbir oleh Tentera British dan China yang akan menyelia penyerahan senjata Tentera Jepun dan kepulangan mereka pulang ke Jepun. Kumpulan Viet Minh pimpinan Ho Chi Minh sebelumnya dibantu pihak Jepun di Indochina apabila para pentadbir dan pemerintah rakyat Perancis dipenjarakan. Bangunan awam juga diserahkan oleh pihak Jepun kepada kawalan oleh Viet Minh. Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan nasionalis Vietnam, kumpulan Komunis dan lain-lain kumpulan mengambilalih pentadbiran negeri.
Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan baru Vietnam di bawah pimpinan beliau. Dalam ucapannya, beliau memetik Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan sebuah pancaragam memainkan lagu "The Star Spangled Banner." Ho Chi Minh yang menjadi agen Komunis Antarabangsa Ketiga sejak awal tahun 1920-an mengharapkan kerajaan Amerika Syarikat akan menyokong kerajaan baru di Vietnam, walaupun kerajaan baru itu sebuah kerajaan di bawah pengaruh Komunis. Harapan beliau Amerika Syarikat akan mengkotakan ucapan-ucapan Franklin D. Roosevelt yang menentang kolonialisme Eropah selepas Perang Dunia II. Franklin D. Roosevelt mahukan rakyat negara-negara Dunia Ketiga menentukan nasib mereka sendiri. Akhirnya, di bawah pimpinan Harry S. Truman, Amerika Syarikat menukar rentak dan tidak membantah Perancis menduduki semula tanah-tanah jajahannya, termasuk Vietnam, selepas tamat perang.
Kumpulan pimpinan Ho Chí Minh mengumumkan penubuhan sebuah kerajaan Vietnam, dan Maharaja Bao Dai dipaksa turun takhta. Namun demikian, kerajaan itu dapat bertahan beberapa hari sahaja. Dengan ketibaan tentera China, kerajaan pimpinan Ho Chi Minh tiada berkuasa lagi. Apabila pemerintah Perancis dibebaskan selepas Jepun menyerah diri, kuasa penjajah bertapak semula, khususnya di kawasan selatan Vietnam. Tentera Perancis mendarat semula di bahagian utara Vietnam.
Pihak mana yang berkuasa di Vietnam menjadi rumit apabila Tentera Bersekutu kembali ke Vietnam selepas bulan September 1945. Indochina dibahagikan kepada zon-zon kependudukan oleh Tentera Bitish dan Tentera China. Tentera China masuk ke kawasan Vietnam Utara selang beberapa hari selepas ucapan Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam. Tentera China menduduki kawasan di sebelah utara Garisan 16 darjah garis lintang (16th parallel). Pasukan Tentera British sampai dalam bulan Oktober 1945 dan menguasai kawasan-kawasan di selatan garisan lintang tersebut.
Di bahagian selatan, pihak Perancis berjaya memujuk Tentera British untuk mengembalikan kuasa kepada pihak Perancis. Pegawai-pegawai Perancis yang dibebaskan daripada penahanan Jepun dalam bulan September 1945 diambil semula sebagai pentadbir. Perancis gembira dengan Keadaan di selatan Vietnam. Di sebelah utara, kerajaan Perancis menrundingkan dengan Kerajaan Nasionalis China dan juga dengan Kumpulan Viet Minh di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pihak Perancis bersetuju meninggalkan Shanghai sekiranya Kerajaan Nasionalis China membenarkan Perancis menguasai semula Vietnam Utara. Ho Chi Minh dan Viet Minh bersetuju pihak Perancis kembali menduduki Hanoi sekiranya Perancis memberikan pengiktirafan kepada kemerdekaan Vietnam di dalam satu Kesatuan Perancis.
Dalam masa perundingan dijalankan, Ho Chi Minh mengambil kesempatan menghapuskan lain-lain kumpulan nasionalis Vietnam. Setelah beberapa lama berunding, tiada penyelesaian dicapai mengenai pembahagian kuasa antara Perancis dan Viet Minh. Tentera China berundur ke sempadan sendiri dan tentera Perancis masuk menguasai Hanoi. Kumpulan Viet Minh melarikan diri ke kawasan pendalaman dan pergunungan. Di sana Viet Minh menyusun satu insurgensi yang membawa kepada Perang Indochina. Perancis berperang dengan Viet Minh untuk mengembalikan penguasaan wilayah Vietnam kepada kolinialisme Perancis.
Ho Chí Minh mendapat bantuan China apabila pihak Komunis bertapak di negeri China, dan dibekalkan dengan persenjataan dan bekalan yang diperlukan oleh Ho Chi Minh untuk menjadikan pasukan gerilanya menjadi satu pasukan tentera regular.
Pasukan Viet Minh akhirnya berjaya menang besar mengalahkan tentera Perancis di pertempuran Dien Bien Phu dan pihak Perancis terpaksa merundingkan pengunduran mereka dari bumi Vietnam. Vietnam Utara yang berada di bawah Ho Chí Minh dijadikan sebuah kerajaan Komunis.
Pembagian Vietnam Kepada Utara dan Selatan
Viet Minh secara berperingkat bertukar menjadi satu pasukan tentera konvensional yang berkelengkapan moden. Proses perubahan ini dicepatkan apabila Republik Rakyat China berjaya mengambilalih pemerintahan negeri China. Pada mulanya Viet Minh tidak berupaya menewaskan tentera Perancis di kawasan berpenduduk di Vietnam Utara, pasukan tersebut berjaya bertapak di kawasan-kawasan yang bersempadan dengan China dan juga di kawasan pendalaman seperti di Laos. Akhirnya Viet Minh berjaya menumpaskan tentera Perancis di Dien Bien Phu, dan pihak Perancis terpaksa berundur dari Vietnam. Seluruh Indochina diberikan kemerdekaan, termasuk Laos dan Kemboja. Tetapi Vietnam dibahagikan kepada 2 bahagian berbeza, dengan garis lintang 17 darjah utara (17th parallel) sebagai garis pemisah.
Vietnam terbahagi dua – Vietnam Utara sebagai sebuah negara Komunis dipisahkan oleh sebuah kawasan bebas tentera (demilitarised zone) dengan Vietnam Selatan. Kerajaan Vietnam Selatan yang didokong oleh Amerika Syarikat, enggan mengadakan pilihanraya yang bertujuan mencantumkan semula Vietnam seperti yang dipersetujui di Persidangan Geneva 1954.
Di sebelah utara, wujud Republik Demokratik Vietnam di bawah Viet Minh, dan di selatan pula wujud Vietnam, sebuah kerajaan bukan Komunis di bawah Maharaja Bao Dai. Tidak lama selepas itu, Bao Dai digulingkan oleh Ngo Dinh Diem, yang kemudiannya menubuhkan Republik Vietnam atau lebih dikenali sebagai Vietnam Selatan. Seperti ditetapkan samasa Perjanjian Geneva 1954, pembahagian kepada dua bahagian ini adalah sementara sahaja, sementara menunggu keputusan satu pilihanraya untuk memilih ketua negara yang akan diadakan dalam tahun 1956.
Dalam tahun 1955, Ho Chi Minh melancarkan kempen untuk memusnahkan kumpulan anti-revolusioner di Vietnam Utara. Pemilik tanah dan lain-lain anti-revolusioner ditahan dan dibunuh. Bilangan mereka yang dibunuh dianggarkan oleh Stanley Karnow seramai 6,000 orang. Manakala, R.J. Rummel pula menganggarkan kematian seramai 200,000 orang.
Melihat dasar kerajaan Vietnam Utara ini, kerajaan Ngo Dinh Diem enggan merundingkan pilihan raya yang ditetapkan, dan keputusan ini disokong oleh Amerika Syarikat yang risaukan kemenangan puak Komunis. Ngo Dinh Diem juga mempersoalkan kewibawaan pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Vietnam Utara. Kerajaan Ngo Dinh Diem tidak menandatangani Perjanjian Geneva, ia ditandatangani oleh bekas maharaja Bao Dai. Dengan itu, Ngo Dinh Diem merasakan tiada salah jika kerajaannya tidak menurut peruntukan Perjanjian tersebut.
Pihak Komunis memang bersiap sedia untuk menyerang Vietnam Selatan, sejak sebelum Perjanjian Geneva ditandatangani. Persiapan ini dibuat sekiranya penyatuan tidak dapat dicapai melalui kemenangan dalam pilihanraya. Ho Chi Minh memerintahkan beribu-ribu orang agen Komunis untuk menyusup masuk ke Vietnam Selatan, dan menyediakan tempat tersembunyi untuk simpanan senjata.
Dalam musim panas 1955, Ngo Dinh Diem melancarkan kempen mengecam Komunis, bila mana anasir Komunis dan anasir-anasir anti kerajaan telah ditahan ataupun dibunuh. Dalam masa ini, penghijrahan besar-besaran berlaku. Dianggarkan 100,000 orang berhijrah daripada kawasan selatan ke Vietnam Utara, dan lebih 1 juta berhijrah dari Vietnam Utara ke selatan. Dalam bulan Januari 1959, Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Vietnam meluluskan resolusi sulit memberikan kuasa untuk perjuangan bersenjata di Vietnam Selatan.
Ho Chi Minh menerima hantaran senjata dan peralatan lain daripada Kesatuan Soviet dan China melalui Pelabuhan Haiphong. Peralatan dan senjata ini kemudiannya dihantar melalui Laluan Truong Son (dipanggil Laluan Ho Chi Minh oleh pihak Amerika Syarikat) kepada NLF and Viet Cong di Vietnam Selatan. Laluan Truong Son ini melalui negara jiran Laos dan Kemboja, dan berakhir kira-kira 50 km di luar Saigon. Ini merumitkan keadaan, dan Amerika Syarikat tertekan kerana tidak dapat menyerang laluan ini tanpa memasuki ataupun menakluki kawasan negara-negara tersebut. Dalam masa yang sama, Laos dan Kemboja sendiri menghadapi pemberontakan oleh kumpulan-kumpulan Komunis di negara mereka. Di Laos, kumpulan Pathet Lao dipengaruhi dan dilengkapkan oleh Vietnam Utara. Kemboja secara rahsia membenarkan kawasannya digunakan oleh Vietnam Utara untuk penghantaran bekalan kepada pemberontak di Vietnam Selatan.
Apabila tentangan kepada pemerintahan Ngo Dinh Diem semakin kuat dan terbuka, Vietnam Utara mencetuskan satu insurgensi di Vetnam Selatan. Barisan Pembebasan Kebangsaan (National Liberation Front) diuruskan, dibaiyai dan diberikan perbekalan oleh Vietnam Utara. Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China semakin terlibat.
Insurgensi Secara Terbuka
Dalam bulan Disember 1960, dengan arahan diberikan dari Hanoi, anasir Komunis di Vietnam selatan menubuhkan Barisan Pembebasan Kebangsaan NLF untuk menggulingkan kerajaan Vietnam Selatan. Barisan Pembebasan Kebangsaan terdiri daripada dua kumpulan berbeza (i) para intelek Vietnam Selatan, seperti Truong Nhu Tang, yang menentang kerajaan pimpinan Ngo Dinh Diem dan (ii) anasir Komunis seperti Nguyen Thi Binh, yang terus tinggal di Vietnam Selatan selepas pembahagian Vietnam dan penghijrahan beramai-ramai tahun 1954 dan dibantu oleh anasir Komunis yang dihantar ke selatan oleh Viet Minh. Tentera Vietnam Utara menguasai sebahagian besar wilayah timur negara [[Laos] dan membekalkan NLF dengan senjata melalui Laluan Ho Chi Minh.
Pada mulanya, kerajaan Presiden diem menunjukkan keupayaan menangani insurgensi dengan bantuan penasihat-penasihat tentera Amerika Syarikat. Dalam tahun 1962, Vietnam Selatan seakan-akan sedang menang dalam perjuangan menentang insurgensi. Pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat mendapat laporan positif daripada Gen. Paul D. Harkins, pegawai pemerintah Ketumbukan Bantuan ketenteraan (Military Assistance Command, Vietnam) ataupun MACV. President John F. Kennedy menambah bilangan "penasihat" Amerika Syarikat dengan harapan tentera Amerika dapat mengalahkan insurgensi seperti yang berjaya dicapai oleh pasukan keselamatan Tentera British di Malaya semasa Darurat.
Pada 2 Januari, 1963 pertempuran besar-besaran yang pertama berlaku di Ap Bac di antara pasukan ARVN (Tentera darat Republik Vietnam) seramai 1,400 orang anggota dan pasukan Komunis Vietnam Selatan seramai 350 orang. Tentera ARVN mengalami kekalahan teruk dan mengalami 83 anggota terkorban dan 108 orang lain cedera sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri dengan hanya 18 orang anggota terkorban.
Pertempuran Ap Bac dalam tahun 1963 menunjukkan peningkatan insurgensi di Vietnam Selatan kesan daripada perolehan anggota, senjata dan bekalan daripada Vietnam Utara. Pemberontakan kini dibuat secara terang-terangan. Presiden Ngo Dinh Diem kian dibenci oleh rakyat kerana kerajaannya menganjurkan nepotisme dan korupsi. Kerajaan Presiden Ngo Dinh Diem juga berat sebelah kepada minoriti beragama Kristian dengan membelakangkan kumpulan majoriti yang beragama Buddha. Kerajaan Amerika Syarikat mulai yakin bahawa Presiden Diem tidak akan berupaya menewaskan Vietnam Utara. Bahkan Amerika Syarikat mengesyaki Presiden Ngo Dinh Diem akan membuat perjanjian dengan Vietnam Utara.
Putera Sihanouk dan Pakatannya
Dalam tahun 1965, Putera Sihanouk dari Kemboja membuat pakatan dengan China dan Vietnam Utara membolehkan tentera Vietnam Utaramenubuhkan pengkalan tentera yang tetap di Kemboja. Vietnam Utara dan China juga boleh menggunakan Pelabuhan di Sihanoukville untuk hantaran senjata dan perbekalan tentera. Dalam tahun 1970, Putera Sihanouk digulingkan oleh Perdana Menteri Lon Nol dan laluan melalui Sihanoukville tidak lagi dibenarkan. Dalam masa itu, Laluan Ho Chi Minh telah dibangunkan dan kini boleh mengendalikan lori dan trak tentera. Laluan Ho Chi Minh menjadi nadi penting bagi NLF di Vietnam Selatan dan menjadi sasaran serangan udara oleh Tentera Udara Amerika Syarikat
Prinsip Perjuangan
Kerajaan Vietnam Selatan dan sekutunya terdiri dari negara-negara Barat mencerminkan konflik ini sebagai penggunaan kuasa tentera sebagai cara untuk mengubah suasana politik melalui tentangan prinsip Komunisme bagi membolehkan mereka menyekat pengluasan pengaruh Komunisme oleh Soviet Union dan China di Asia Tenggara. Ini mencorakkan bentuk penentangan kuasa besar di masa-masa akan datang.
Kerajaan Vietnam Utara melihat peperangan ini sebagai satu perjuangan untuk menyatukan semula negara Vietnam di bawah pimpinan sebuah negara sosialis dan untuk menghalau pencoroboh asing – sebagai ikutan kepada penentangan mereka terhadap penjajahan Perancis.
Campur Tangan Amerika
Penglibatan Amerika Semasa Presiden Harry S Truman
Semasa Perang Dunia II, Office of Strategic Services atau OSS (kini CIA) memberikan bantuan ketenteraan kepada Ho Chi Minh. Selepas tamat Perang Dunia II, Amerika Syarikat melihat Viet Minh dengan kesangsian, kerana pegangan Komunisme Viet Minh. Walaupun demikian, pegawai-pegawai OSS masih ditugaskan untuk tujuan penyelarasan dengan Viet Minh. OSS memberikan bantuan kepada Viet Minh untuk menguruskan penghantaran pulang anggota tentera Amerika yang telah menjadi tawanan perang Jepun dan ditahan di Vietnam. Pada 26 September 1945, Lt. Col. A. Peter Dewey [1] seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh, menjadikan beliau anggota tentera pertama terbunuh di Vietnam.
Dengan tercetusnya Perang Korea, Presiden Harry S. Truman meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Perancis untuk memungkinkan kemenangan Perancis mengatasi pemberontakan oleh Viet Minh. Harry S. Truman mengumumkan "acceleration in the furnishing of military assistance to the forces of France and the Associated States in Indochina…" dan menghantar 123 orang pegawai tentera ke Vietnam untuk membantu Perancis di dalam peranan bukan tempur. Dalam tahun 1951, Presiden Harry S. Truman membuat sumbangan $150 juta untuk membantu membiayai kos perang Perancis di Vietnam.
Penglibatan Amerika Semasa Presiden Dwight D. Eisenhower 1953–1961
Presiden Dwight D. Eisenhower menggunakan kuasa dan prestij Tentera Amerika Syarikat untuk membantu penubuhan sebuah kerajaan bukan Komunis di Vietnam Selatan. Pentadbiran Eisenhower amat risau akan kejayaan pihak Komunis bertapak dan meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara. Amerika Syarikat mengalami 142,000 orang anggota tentera terbunuh di Korea dalam usaha membantutkan kemaraan Komunisme di Semenanjung Korea. Di Malaya, Pentadbiran Eisenhower melihat Tentera British dan anak-anak watan Malaya bergelut menentang pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya. Amerika Syarikat melihat ini sebagai sebahagian daripada rancangan besar Komunisme untuk bertapak dan menular ke seluruh pelosok dunia.
Pentadbiran Eisenhower tidak mahukan pengorbanan besar di Korea akan menjadi sia-sia sekiranya Komunisme berjaya bertapak di Asia Tenggara. Tetapi Pentadbiran Eisenhower menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan ramai untuk melibatkan diri dalam satu lagi peperangan selepas Perang Korea. Dwight D. Eisenhower menggunakan pasukan-pasukan kecil "penasihat tentera" dipanggil Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera (Military Assistance Advisory Group) ataupun MAAG ke Vietnam Selatan untuk membantu Vietnam Selatan menentang kemaraan Komunisme.
Pada 1 November 1955, Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam perang Vietnam. Pada 8 Julai, 1958, Charles Ovnand and Dale R. Buis menjadi anggota MAAG pertama terbunuh semasa bertugas di Vietnam. [2] [3]
John F. Kennedy - Perkembangan Dasar Kawalan
Dalam bulan Jun 1961, John F. Kennedy bertemu Nikita Khrushchev di Vienna, Austria. Mereka bercanggah pendapat dalam perkara-perkara dasar berkaitan isu-isu Amerika-Soviet. Perjumpaan itu menyakinkan Presiden John F. Kennedy dan para analisis seperti John Kennan bahawa Asia Tenggara akan menjadi medan di mana Soviet Union akan menguji keazaman Amerika Syarikat menguatkuasakan dasar mengawal pengaruh Komunis (containment policy) yang dimulakan oleh Pentadbiran Truman dan dikuatkan oleh kebuntuan penguasaan Komunis semasa Perang Korea.
John F. Kennedy berminat dengan konsep penggunaan Pasukan Khas untuk operasi tindakan cegah insurgensi (counterinsurgency). John F. Kennedy melihat kejayaan Tentera British menangani Darurat di Malaya sebagai satu pencontoh cara mana insurgensi dapat ditewaskan. Pasukan Special Forces Tentera Amerika ditubuhkan sebagai pasukan gerila yang menjalankan peperangan bukan konvesional di belakang barisan musuh di Eropah, John F. Kennedy percaya pasukan Green Berets boleh memberikan kesan besar menjalankan peperangan kecil-kecilan (dipanggil “brush fire” oleh Pentadbiran Kennedy) di Vietnam.
Dalam bulan Mei, 1961 — John F. Kennedy menghantar 400 orang anggota Green Beret ke Vietnam Selatan sebagai "Penasihat Khas" untuk melatih ARVN. John F. Kennedy juga membenarkan juruterbang Amerika syarikat membuat penerbangan tempur sambil berpura-pura melakukan misi latihan penerbangan. Pada 20 Januari 1961 Presiden Perancis, Charles de Gaulle memberitahu Presiden John F. Kennedy "I predict you will sink step by step into a bottomless quagmire, however much you spend in men and money". [4] [5]
John F. Kennedy menghadapi krisis besar dalam tiga bahagian ketika itu, (i) kegagalan operasi Bay of Pigs di Cuba (ii) pemisahan Berlin dengan pembinaan Tembok Berlin (iii) penyelesaian secara rundingan di antara Kerajaan pro-Barat di Laos dengan kumpulan Komunis Pathet Lao di Laos. John F. Kennedy takutkan kegagalan Amerika Syarikat mengawal pengluasan pengaruh Komunis di Indochina akan melumpuhkan kredibiliti Amerika Syarikat. John F. Kennedy berazam untuk berpatah arang menghalang kemenangan pihak Komunis di Vietnam. Kata John F. Kennedy, “Now we have a problem in making our power credible and Vietnam looks like the place”. [6]
Pentadbiran Kennedy semakin hampa dengan Presiden Ngo Dinh Diem. Dalam tahun 1963, tindakan keras ke atas sami-sami Buddha yang membantah tindakan kerajaannya mencetuskan peristiwa di mana sami-sami membakar diri mereka hidup-hidup di hadapan pemberita-pemberita antarabangsa. Peristiwa yang mendapat liputan meluas adalah peristiwa membakar diri hidup-hidup oleh Thích Quảng Ðức untuk membantah kekejaman tindakan Presiden Ngo Dinh Diem ke atas kumpulan sami Buddha. Anasir-anasir Komunis mengambil kesempatan untuk menabur fitnah dan dakyah untuk membangkitkan kemarahan penganut fahaman Buddha dan mencetus ketidakstabilan sosial.
Pentadbiran Kennedy cuba memberi tekanan kepada Ngo Dinh Diem dengan meminta Pegawai-pegawai ARVN bertindak menentang tindakan melampau ke atas pembantah Buddha tetapi tidak mendapat sokongan. Ngo Dinh Diem juga keras hati dan tidak selalunya mahu menerima “nasihat” oleh pegawai Tentera Amerika, sebaliknya membuat keputusan sendiri.
Dalam bulan November 1963, kedutaan Amerika Syarikat di Saigon memberikan petanda kepada pengkomplot bahawa Amerika Syarikat tidak ada halangan untuk menggulingkan Ngo Dinh Diem daripada berkuasa. Presiden Ngo Dinh Diem digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera dan dihukum bunuh. Keadaan keselamatan menjadi huru hara dan Vietnam Utara mengambil kesempatan untuk menguatkan kedudukan konco dan anasirnya di Vietnam Selatan.
Vietnam Selatan seterusnya melalui satu tempoh ketidakstabilan, dengan pemerintahan tentera yang saling berganti. Amerika Syarikat semakin runsingkan keadaan dan meningkatkan bilangan anggota penasihat tenteranya di Vietnam. Secara perlahan, Amerika Syarikat ditarik masuk ke dalam kemelut perang di Vietnam. Tujuh kerajaan mengambil kuasa dalam tahun 1964. Dalam tempoh 16 Ogos hingga 3 September sahaja, kerajaan bertukar sebanyak 3 kali. Peralihan ini hanya menguatkan pergerakan Vietcong dan anasir Viet Minh. Mereka menggunakan sepenuhnya kekosongan kuasa ini untuk menguatkan kedudukan mereka dan mengumpulkan lagi bekalan senjata dan peralatan lain.
Lyndon B. Johnson Dan Peningkatan Penyertaan Amerika Syarikat
Dalam bulan Jun, 1964 Presiden Lyndon B. Johnson melantik Jeneral William Westmoreland menggantikan Paul D. Harkins sebagai Pemerintah MAAG di Vietnam. Di bawah pimpinan Westmoreland, bilangan anggota Tentera Amerika meningkat dari 16,000 orang anggota dalam tahun 1964 kepada lebih 500,000 orang selepas Serangan Tet dalam tahun 1968. Peningkatan dibuat secara berperingkat oleh Westmoreland. Peningkatan pertama berlaku pada 27 Julai, 1964, apabila 5,000 orang penasihat tentera dikerah ke Vietnam, menjadikan jumlah anggota seramai 21,000 kesemua.
Peningkatan mendadak berlaku selepas Insiden Teluk Tonkin pada tarikh-tarikh 2 Ogos 1964 hingga 4 Ogos [1964]]. Dalam insiden ini Presiden Johnson mendakwa kapal pemusnah USS Maddox dan USS C. Turner Joy dari Pasukan Petugas Tentera Laut Amerika telah diserang oleh bot penyerang pembawa torpedo milik Vietnam Utara. Sebelum itu, tidak ada sengketa secara berdepan di antara Amerika Syarikat dan Vietnam Utara. Kesahihan dakwaan serangan ini menjadi bahan perdebatan sehingga kini. (Laporan yang disebarkan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (National Security Agency) dalam tahun 2005 menunjukkan tidak ada serangan dibuat pada 4 Ogos 1964 seperti yang didakwa Johnson)
Ekoran dari serangan ini, Senat Amerika Syarikat meluluskan Resolusi Teluk Tonkin pada 7 Ogos 1964, yang memberikan sokongan dan kuasa meluas kepada Presiden Johnson untuk membantu mana-mana kerajaan Asia Tenggara yang diancam oleh penggulingan Komunis. Resolusi ini memberikan mandat kepada Presiden Johnson untuk meningkatkan penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam, “mengikut ketetapan yang dibuat oleh Presiden”, tetapi dengan tidak mengisytiharkan keadaan perang. Resolusi ini diluluskan sebulat suara oleh Dewan Perwakilan (House of Representatives) dan di Kongres, hanya 2 bantahan diterima dari Wayne Morse (Oregon) dan Ernest Gruening (Alaska). Morse menyatakan bahawa sejarah akan menunjukkan bahawa beliau dan Gruening bertindak untuk mempertahankan kepentingan rakyat Amerika.
Presiden Johnson dalam ucapan di televisyen membahaskan bahawa cabaran yang dihadapi di Asia Tenggara sama seperti cabaran di Greece, Turki, Berlin, Korea, Lubnan dan Cuba. Pada 28 November, 1964 Majlis Keselamatan Kebangsaan di anggotai oleh Robert McNamara, Dean Rusk, dan Maxwell D. Taylor membuat cadangan saranan supaya peningkatan dibuat saranan kepada Presiden Johnson menggunakan pelan 2 peringkat bagi peningkatan campurtangan Amerika Syarikat di Vietnam. Dengan peningkatan pembabitan Amerika Syarikat di Vietnam, mengikut komitmen di bawah Perjanian SEATO, Australia dan New Zealand bersetuju menyumbang anggota tentera dan bahan peperangan kepada usaha ketenteraan di Vietnam.
Australia memperkenalkan kerahan tentera akhir tahun 1964, melibatkan mereka yang berumur 20 tahun untuk mendaftar. Pemilihan akan dibuat melalui cabutan di bawah Skim Khidmat Negara (National Service Scheme). Pemilihan akan dibuat setiap 3 hingga 6 bulan dan mereka yang dilahirkan pada tarikh loteri tersebut perlu menghadiri pemeriksaan fizikal dan psikologi. Mereka yang lulus pemeriksaan akan dihantar ke Vietnam untuk berkhidmat selama 2 tahun.
Memilih Strategi
Sepanjang musim gugur dan musim sejuk tahun 1964, Pentadbiran Johnson membahaskan strategi terbaik untuk memerangi pengaruh komunis di Vietnam. Majlis Ketua-Ketua Turus Angkatan Tentera mahu meningkatkan penggunaan pesawat Tentera Udara Amerika di Vietnam Utara untuk membantu penstabilan kerajaan di Vietnam Selatan. Penganalisis awam di Pentagon mahukan kekerasan dikenakan secara berperingkat menggunakan pengeboman yang terpilih yang terhad. Penolong Setiausaha Negara George Ball tidak bersetuju dan menuduh dasar oleh Pentadbiran Johnson terlampau menekan dan hanya memberikan pulangan yang tidak berbaloi.
Selepas Insiden Teluk Tonkin, Johnson mengumumkan bahawa Amerika tidak mahukan perang yang lebih meluas. Vietnam Utara pula mula menghantar anggota-angota terlatih dari Tentera Rakyat Vietnam (PAVN) ke Vietnam Selatan. Mereka menyelaras pergerakan dengan Vietcong. Pada 7 Februari, 1965, mereka melancarkan serangan ke atas sebuah pengkalan helikopter Amerika di Pleiku dan mengakibatkan 8 anggota tentera terbunuh, 126 orang cedera dan 10 buah helikopter musnah. Pada 10 Februari 1965, mereka membuat serangan lain ke atas kediaman tentera amerika di Qui Nhon, dan berjaya membunuh 23 orang tentera Amerika dan mencederakan 21 orang yang lain. Serangan ini dibuat semasa lawatan Aleksey Kosygin, Perdana Menteri Soviet Union ke Hanoi untuk berusaha memujuk Vietnam ke meja perundingan. Aleksey Kosygin menghentikan usaha damainya selepas serangan tersebut dan sebaliknya menjanjikan kepada Vietnam Utara bantuan tentera tanpa bersyarat.
Selepas serangan ini, Johnson mengarahkan serangan balas dengan pengeboman dari udara dilancarkan. Penasihat Presiden Johnson, khususnya McGeorge Bundy dan Robert McNamara percaya pentingnya dilancarkan serangan udara yang intensif ke atas Vietnam Utara untuk menunjukkan balasan bakal diterima sekiranya Vietnam Utara menyokong NLF. Operasi Flaming Dart merupakan kali pertama serangan udara ke atas Vietnam Utara dilakukan sebagai balasan kepada serangan ke atas pengkalan Amerika di selatan. Serangan juga dimulakan ke atas sasaran Vietcong and PAVN di Vietnam Selatan. Tentera Amerika juga melengkapkan pengkalan Da Nang dengan misil darat ke udara jenis Hawk sebagai langkah berwaspada seandainya Hanoi hendak melancarkan serangan udara ke atas pengkalan tersebut. Melihat perkembangan ini, Soviet Union membekalkan misil Da Nang jenis SAM-2 dan SAM-3 ke Vietnam Utara.
Pada 2 Mac 1965, Johnson memberi kelulusan untuk memulakan serangan berterusan ke atas Vietnam Utara. Oleh kerana pasukan ARVN dianggap terlalu lemah untuk memberikan perlindungan, anggota pasukan tempur Amerika diperlukan untuk mengadakan kawalan keselamatan di pengkalan-pengkalan udara yang digunakan tentera Amerika. Pada 8 Mac, 1965, kumpulan pertama terdiri dari 3,500 orang anggota Merin dari Rejimen ke-9 Kor Merin mendarat di Da Nang. Pada akhir bulan April, mereka diikuti oleh 56,000 anggota tentera tambahan. Pada akhir bulan Jun, tambahan tentera meningkat kepada 74,000 orang.
Peningkatan Bilangan Tentera Amerika
Pada permulaan bulan Mac 1965, bilangan tentera Amerika di Vietnam berjumlah 25,000 orang penasihat tentera. Pendaratan oleh Rejimen ke-9 Kor Marin Amerika di Da Nang pada 8 Mac, 1965 merupakan titik tolak peningkatan campur tangan tentera Amerika di Vietnam. Peperangan udara juga ditingkatkan. Pada 24 Julai 1965, 4 buah pesawat MCDonnell Douglas F-4C Phantom II yang mengiringi misi pengeboman di Kang Chi diserang oleh misil darat ke udara Vietnam Utara. Ini merupakan pertama kali pesawat udara Amerika diserang. Sebuah pesawat ditembak jatuh. Empat hari kemudian Presiden Johnson mengarahkan supaya bilangan tentera Amerika ditingkatkan kepada 125,000. Pada 29 Julai, 1965, 4,000 anggota dari Divisyen Ke-101 (Airborne) mendarat di Vietnam melalui Pelabuhan Teluk Cam Ranh.
Operasi “Starlite” yang dilancarkan pada 18 Ogos 1965 adalah pertempuran pertama melibatkan pasukan tempur darat Amerika dan melibatkan 5,500 anggota Marin berjaya memusnahkan kubu Viet Cong di daerah Quảng Ngãi. Selepas pertempuran ini Viet Cong mengelakkan daripada bertempur mengikut cara yang dikehendaki oleh Tentera Amerika.
Vietnam Utara menghantar pasukan tentera mereka (PAVN) ke Vietnam Selatan untuk melancarkan serangan gerila dan konvensional. Mereka berharap dapat mengikis sedikit demi sedikit kekuatan ARVN dan akhirnya menghapuskan ARVN. Sebilangan pemimpin Vietnam Utara hendak melancarkan serangan besar-besaran di Tanah Tinggi Vietnam (central Highlands) menggunakan PAVN untuk memecahkan Vietnam Selatan menjadi dua bahagian.
Tetapi kuasa tembak yang ditunjukkan oleh pasukan Amerika semasa Pertempuran Lembah Ia Drang (lihat filem “We Were Soldiers”) menyebabkan PAVN mengalami kerugian besar. Selepas itu PAVN tidak lagi mencabar tentera Amerika dalam peperangan konvesional di mana tentera Amerika dapat menggunakan taktik perang dan kuasa tembak mereka yang jauh lebih baik daripada apa yang boleh digunakan oleh PAVN di Vietnam Selatan.
Pertempuran di Lembah Ia Drang melibatkan Divisyen Kavalri Udara memaparkan pertama kalinya pertemuan di antara formasi tentera Amerika dengan unit pasukan regular PAVN. Batalion Pertama, Rejimen ke-7 Kavalri (Bn 1/7) di bawah pimpinan Lt. Kolonel Hal Moore menggunakan pergerakan dengan helikopter, bantuan pengeboman dari udara dan bantuan tembakan artileri medan dengan berkesan untuk menyerang dan menewaskan Rejimen ke-33, ke-66 dan ke-320 PAVN. [7] Selepas 3 hari bertempur, Bn 1/7 Kavalri mengalami 79 anggota terbunuh dan 121 cedera, tetapi berjaya memaksa Divisyen PAVN tersebut berundur kerana mengalami jumlah korban yang terlalu tinggi.
PAVN mempelajari bahawa kuasa tembakan artileri Amerika boleh diatasi dengan membuat tempur berhampiran kedudukan tentera Amerika supaya mereka tidak dapat memanggil bantuan artileri kerana mungkin terkena kedudukan sendiri. Keberkesanan taktik ini dilihat pada keesokan harinya apabila PAVN menggunakan taktik untuk membuat serang hendap menewaskan Bn 2/7 Kavalri di LZ Albany, dan pada 17 November 1965. Dalam pertempuran itu, tentera Amerika mengalami 155 terbunuh and 126 cedera, jumlah paling ramai terbunuh dalam sesuatu hari di sepanjang Perang Vietnam.
Pertempuran di Lembah Ia Drang penting kerana memberikan manfaat pengajaran kepada PAVN; walaupun mengalami jumlah korban yang tinggi, mereka mempelajari cara mana mengatasi kelebihan kuasa tembakan yang ada di tangan pasukan tentera Amerika. Lt. Kolonel Hal Moore sendiri berpendapat bahawa pertempuran itu berkeputusan seri. [8] Selepas Pertempuran di Lembah Ia Drang, PAVN tidak lagi mencabar pasukan Amerika dalam pertempuran terbuka. Selepas Ia Drang
Selepas Pertempuran di Lembah Ia Drang, Pentagon amat merasa yakin bahawa kuasa tembakan tentera Amerika lebih baik daripada PAVN. Mereka mengumumkan penggunaan operasi besar-besaran berkesan menewaskan Viet Cong dan PAVN. Untuk maksud ini, Pentagon meminta pertambahan anggota tentera dari 120,000 kepada 400,000 orang. Pada akhir tahun 1965, bilangan tentera Amerika di Vietnam mencecah 184,000 orang.
Dalam bulan Februari 1966, Jeneral William Westmoreland bertemu Presiden Johnson di Hawaii. Westmoreland bertegas bahawa kehadiran tentera Amerika telah berjaya menghalang kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan. Westmoreland meminta penghantaran lebih ramai anggota tentera untuk membolehkannya menyerang dan seterusnya menghapuskan ancaman Komunis ke atas Vietnam Selatan.
Westmoreland mendakwa dengan tambah anggota tentera, beliau akan dapat, awal tahun 1967, mempastikan titik lintas di mana jumlah korban Viet Cong dan PAVN terlalu berat dan tidak boleh digantikan. Dengan itu, kemenangan boleh menjadi kenyataan. Presiden Johnson yakin dengan dakwaan Westmoreland dan memberikan kuasa supaya bilangan tentera Amerika di Vietnam ditambah kepada 429,000 orang menjelang Ogos 1966. Peningkatan mendadak bilangan tentera penempur Amerika membolehkan Westmoreland menjalankan operasi “cari dan musnah” mengikut strategi pelumpuhan yang menekankan kematian ramai anggota musuh supaya mematahkan semangat juang Viet Cong dan PAVN.
Operasi Rolling Thunder (1965–1968)
Rolling Thunder adalah siri misi pengeboman yang berterusan ke atas sasaran-sasaran di Vietnam Utara, dan dilaksanakan oleh unit-unit Tentera Udara Amerika dan Tentera Laut Amerika. Tujuan misi pengeboman ini adalah untuk (a) mematahkan semangat juang rakyat Vietnam Utara, (b) memusnahkan pusat-pusat industri di Vietnam Utara, (c) memusnahkan sistem pertahanan udara Vietnam utara, khususnya sistem misil darat ke udara di sekitar Hanoi, dan (d) untuk menyekat pergerakan anggota dan bekalan di Laluan Ho Chi Minh.
Tetapi Pentadbiran Johnson menghadkan kawasan operasi pesawat pengebom yang ditugaskan. Umpamanya, Pelabuhan Haiphong dan kawasan sempadan China tidak dibenarkan diserang, walaupun kawasan tersebut merupakan pintu masuk bekalan ketenteraan ke Vietnam. Kawasan tertentu seperti Dewan Perwakilan di Hanoi juga tidak dibenarkan diserang. Kawasan Awam juga dikecualikan daripada serangan. Vietnam Utara menggunakan kesempatan menempatkan bekalan tentera di kawasan awam dan kawasan yang dikenalpasti tidak boleh diserang oleh Tentera Udara Amerika untuk dijadikan tempat simpanan bekalan dan tempat penempatan kelengkapan tentera. Umpamanya, meriam anti kapal terbang diletakkan di kawasan sekolah kerana tidak mungkin diserang oleh Tentera Udara Amerika.
Kehebatan serangan ditingkatkan hanya secara beransur-ansur, tetapi pada kecepatan yang terlalu lembab sehingga membolehkan Vietnam Utara menyesuaikan diri dan taktik peperangan mereka sejajar dengan peningkatan misi pengeboman.
Pada 31 Mac, 1968 selepas Serangan Tet, Rolling Thunder dihadkan kawasan serangannya untuk menggalakkan Vietnam Utara mengadakan perundingan damai. Misi pengeboman digantung sepenuhnya pada 31 Oktober 1968 sejurus sebelum Pemilihan Presiden Amerika Syarikat 1968.
Kejayaan Tentera Amerika
Dalam bulan Januari 1966, Divisyen Pertama Kavalri berjaya membunuh 1,342 orang gerila Viet Cong dalam Ops Masher/White Wing di wilayah Binh Dinh. Gerakan ini berterusan sehingga bulan Oktober dan seramai 1,000 orang gerila Viet Cong terbunuh. Di sebelah utara Vietnam Selatan, PAVN masuk ke wilayah Quang Tri. Oleh kerana bimbangkan serangan PAVN ke atas kota Quang Tri, pasukan Marin Amerika melancarkan Ops Hastings, yang berjaya memaksa PAVN berundur semula ke kawasan bebas tentera (DMZ). Operasi cari dan musnah dilakukan oleh tentera Amerika, dan ARVN ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pendamaian (pacification)
Pada 12 Oktober, 1967, Setiausaha Negara Amerika Dean Rusk mengumumkan bahawa cadangan perdamaian dengan Vietnam Utara sia-sia kerana keengganan Vietnam Utara untuk duduk di meja rundingan. Vietnam Utara berkeras supaya Amerika Syarikat terlebih dahulu menjatuhkan kerajaan Vietnam Selatan dan seterusnya meninggalkan Vietnam. Pada 17 November, 1967, selepas terlebih dahulu meminta pandangan daripada kumpulan “Wise Men”, Presiden Johnson mengumumkan bahawa Amerika sedang mencapai kemajuan dalam Perang Vietnam. Jeneral Westmoreland mengesahkan pada 21 November bahawa “Amerika sedang menang”.
Pergerakan PAVN dibolehkan kerana pergerakan bebas kumpulan perbekalan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh. Khe Sanh pada mulanya diasaskan dalam tahun 1962 oleh satu kumpulan Green Beret dalam bulan Julai 1962. Dalam tahun 1964, pasukan Marin mula menghantar unit-unit ke Khe Sanh dan menjalankan operasi di kawasan sekitar. Dalam bulan Oktober 1964, kumpulan Striker (orang asli Montagnard yang diupah oleh Green Beret) mengesahkan pergerakan tentera PAVN di Laluan Ho Chi Minh, bukti kukuh pertama bahawa Vietnam Utara menyusup anggota ke Vietnam Selatan melalui Laluan Ho Chi Minh.
Dalam bulan September 1966, Pasukan Marin mengambil alih sepenuhnya pengkalan tempur Khe Sanh, dengan dilengkapkan dengan landasan terbang membolehkan pesawat pengangkut mendarat. Pengkalan tempur di Khe Sanh boleh mengancam Laluan Ho Chi Minh. Pengukuhan pengkalan Khe Sanh adalah untuk menarik PAVN menyerang pengkalan tersebut, membolehkan tentera Amerika menggunakan kesemua sumber perang untuk menewaskan PAVN. Pengkalan itu juga digunakan sebagai tempat pelancaran serangan ke atas Laluan Ho Chi Minh. Laluan ho Chi Minh juga dipasangkan dengan pengimbas elektronik yang membolehkan Amerika mengesan pergerakan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh.
Pada kepimpinan Vietnam Utara, Khe Sanh adalah satu ancaman yang perlu diketepikan. Mereka melihat kebarangkalian untuk mengulangi kejayaan mereka di Dien Bien Phu semasa Perang Indochina Pertama untuk mengalahkan dengan teruk tentera Amerika. Selama beberapa bulan, pasukan Marin dan PAVN mengatur unit-unit mereka di sekitar Khe Sanh. Pada 21 Januari 1968, PAVN memulakan serangan besarnya yang pertama. Serangan demi serangan PAVN dapat dipatahkan dengan PAVN mengalami kerugian besar. PAVN juga diserang dengan hujan bom daripada pesawat pengebom B-52, bantuan udara terdekat oleh jet penyerang dan juga oleh bedilan artileri . Apabila Pengepungan Khe Sanh tamat dalam April 1968, 8,000 anggita PAVN terbunuh dan ramai yang lain cedera. Khe Sanh masih kukuh dan PAVN tidak dapat memutuskan perbekalan senjata dan bekalan ke Khe Sanh. Pengepungan Khe Sanh tamat apabila Divisyen Kavalri Udara melancarkan Ops Pegasus.
Berbeza dengan Dien Bien Phu, Amerika berupaya meneruskan pembekalan Khe Sanh kerana boleh menggunakan banyak pengangkut seperti C-119 Flying Boxcar, C-123 Provider, C-7 Caribou dan pesawat C-130 Hercules. Amerika juga mempunyai bilangan helikopter yang banyak dari jenis CH-47 Chinook dan helikopter UH-1 Huey. Pengepungan Khe Sanh memaksa AVN mengalihkan sumber daripada Serangan Tet dan mengurangkan kesan serangan tersebut.
Signifikan Pengepungan Khe Sanh
Pengepungan Khe Sanh dianggap satu kemenangan psikologi bagi tentera Amerika. Walaupun dikaitkan dengan kebarangkalian berulangnya situasi seperti Dien Bien Phu, Khe Sanh akhirnya menghampakan PAVN kerana hanya 2 rejimen Marin terkepung di Khe Sanh. Tidak seperti Dien Bien Phu, garison Marin di Khe Sanh secara berterusan dibekalkan oleh pesawat pengangkut Tentera Udara Amerika dan helikopter tentera darat dan Marin. Di saat genting apabila tembakan meriam anti kapal terbang begitu banyak, perbekalan masih boleh dibuat oleh Tentera Udara Amerika menggunakan hantaran payung terjun menggunakan sistem LAPES (Low Altitude Extraction System).
Tentera Amerika mengalami 400 orang terbunuh dan 1,800 yang lain cedera. Di Amerika Syarikat, Water Cronkite menyifatkan Khe Sanh sebagai satu kekecewaan besar, dan membalikkan pendapat ramai mengenai Perang Vietnam. Makin ramai yang mula sangsi kebolehan Amerika memenangi perang tersebut. Kesan dari propaganda dan liputan berita yang mengikut, bersama-sama dengan kesan Serangan Tet yangdialncarkan semasa Pengepungan Khe Sanh, Pentadbiran Johnson mula mengubah dasar Amerika Syarikat sebagai reaksi langsung kepada pendapat ramai rakyat Amerika.
Pada pengakhir tahun 1967, Jeneral Westmoreland yakin bahawa “dalam masa 2 tahun ataupun kurang, tentera Amerika tidak lagi akan diperlukan untuk Perang Vietnam” kerana tugas tersebut diserahkan secara beransur-ansur kepada tentera ARVN.
Menjelang 15 Disember 1967, pemerintah pasukan tentera Amerika di Saigon menyerahkan tanggungjawab pertahanan Saigon kepada pasukan ARVN. Tindakan ini adalah sebagai tanda keyakinan Amerika kepada kesediaan ARVN memikul tanggungjawab mempertahankan ibu negara tersebut. Tugas menjaga keselamatan Saigon. Keselamatan Saigon adalah tanggungjawab Kumpulan ke-5 Ranger ARVN dengan dibantu oleh Bn 2/13 Rejimen Artileri Tentera Amerika. Di luar kawasan Saigon, Pasukan Medan II Amerika mempunyai 39 batalion tempur yang sedang bersedia untuk menjalankan operasi tentera dekat dengan sempadan Kemboja.
Apabila menjelang hari Tet, hanya 14 batalion tentera berada di sekitar 29 batu sekeliling Saigon. Leftenan Jeneral Fredrick C. Weyand, tidak sedap hati melihat keadaan ini. Beliau nampak ada peningkatan trafik radio musuh di Saigon, sedangkan pertembungan dengan pasukan musuh berkurangan. Pada 10 Januari 1968, Weyand mendapat kebenaran untuk membawa masuk 13 batalion tempurnya ke Saigon.
Setelah diberitahu oleh pimpinan Tentera Amerika akan peningkatan keadaan keselamatan di Vietnam, rakyat Amerika amat terkejut apabila Viet Cong dan PAVN melanggar gencatan senjata pada perayaan Tết Nguyên Ðán tahun tersebut untuk melancarkan serangan di seluruh pelosok Vietnam Selatan menggunakan kumpulan-kumpulan tentera yang lengkap bersenjata.
35 buah bandar termasuk 13 ibu kota wilayah dirampas oleh anasir Viet Cong. Serangan Tet bertujuan merampas pejabat-pejabat penting kerajaan Vietnam Selatan untuk melumpuhkan kerajaan tersebut dan membolehkan Viet Cong menghasut rakyat ramai untuk memberontak menggulingkan kerajaan. Pemberontak beramai-ramai tidak berlaku. Sebaliknya, Serangan Tet menyebabkan pihak-pihak yang sebelum itu tidak memperdulikan politik berjuang di pihak kerajaan Vietnam Selatan.
Serangan-serangan dapat dipatahkan dengan cepat, kecuali di Saigon di mana pertempuran berlanjutan selama 3 hari dan di Hue di mana pertempuran berlanjutan sehingga sebulan lamanya. Semasa pendudukan Komunis ke atas bandar Hue, 2,800 orang dibunuh dengan kejam. Serangan ini mengakibatkan bilangan korban yang tinggi di kalangan pejuang Viet Cong dan PAVN. Ramai agen Viet Cong yang sebelumnya seperti orang awam yang enggan terlibat dalam aktiviti anti kerajaan menunjuk belang semasa serangan ini dan dihapuskan oleh askar-askar kerajaan.
Dalam tempoh satu bulan selepas ia dilancarkan, Jeneral Westmoreland mendakwa bahawa Serangan Tet adalah satu bencana bagi Viet Cong dan PAVN dan infrastruktur yang dibina selama ini dimusnahkan. Dengan kehancuran Viet Cong, hanya PAVN menggalas beban perjuangan di Vietnam Selatan.
Media Amerika menyifatkan Serangan Tet sebagai tamparan hebat ke atas tentera Amerika. Walter Cronkite, menyatakan keyakinan beliau bahawa adalah mustahil bagi Amerika menang di Vietnam. Kepercayaan ini dikuatkan dengan tayangan visual bangunan Kedutaan Amerika yang berjaya dirempuh masuk oleh askar berani mati Viet Cong, dan serangan tersebut ditayangkan melalui televisyen di dalam ruang rehat rumah-rumah di seluruh pelosok Amerika. Rakyat Amerika bertanyakan bagaimana bangunan paling terkawal itu boleh jatuh ke tangan pemberontak komunis.
Selepas Serangan Tet President Johnson menaikkan cukai pendapatan untuk memperoleh dana bagi membiayai kos perang di Vietnam. Dalam tahun 1968, Perang Vietnam memerlukan kos US$66 juta setiap hari. Tentangan kepada penglibatan Amerika di Vietnam kian memuncak. Rakyat Amerika bertanyakan mengapa perlu meneruskan pembiayaan perang yang begitu mahal sedangkan Amerika tiada lagi peluang untuk menang.
Serangan Tet mencetuskan krisis politik di Amerika, dan kesannya mengubah arah perang di Vietnam. Jeneral Westmoreland meminta tambahan 206,000 orang anggota tentera tetapi permintaan itu ditolak. Sebaliknya Pentadbiran Johnson mahu memulakan perundingan damai dengan pihak Komunis Vietnam. Ketika ini, pendapat ramai menjurus kepada penentangan Perang Vietnam. Pentadbiran Johnson mula mencari strategi untuk keluar dari Vietnam.
Di Vietnam, kepimpinan tentera menghadapi masalah untuk berdepan dengan PAVN kerana pasukan tersebut mengundurkan diri di belakang kawasan bebas tentera DMZ. Walaupun mempunyai peralatan moden jauh lebih baik daripada Vietnam Utara, tentera Amerika kini tiada strategi yang jelas untuk mencapai kejayaan. Sebarang serangan melewati DMZ dianggap terlalu berisiko kerana kemungkinan China melibatkan diri menyebelahi Vietnam Utara. Operasi tentera di Kemboja dan Laos akan mencetuskan kontroversi politik dan akan menyebabkan PAVN mengubahkan Laluan Ho Chi Minh ke arah barat.
Meskipun tewas di medan tempur, pihak Viet Cong dan PAVN mencapai kejayaan propaganda semasa Serangan Tet. Rakyat Amerika mula mencurigakan apa yang dikhabarkan oleh Pentadbiran Johnson kepada mereka. Kebanyakan pemimpin politik tidak melihat kemenangan untuk Amerika. Percaturan politik kini tinggi, bukan sahaja dalam bentuk kewangan pembiayaan perang tetapi juga dalam bilangan nyawa yang terkorban. Sistem pengerahan tentera juga dilihat tidak adil kerana pemilihan yang tidak seimbang.
Jeneral Westmoreland digantikan oleh timbalannya, Jeneral Creighton W. Abrams. Abrams mengambil pendekatan baru, beliau mesra dan terbuka dengan media. Beliau cermat menggunakan serangan udara dan tembakan artileri, dan menghentikan penggunaan “body count” sebagai petunjuk kejayaan. Abrams juga lebih bekerjasama dengan ARVN.
Pada 14 Oktober 1968, Jabatan Pertahanan Amerika mengumumkan penghantaran 24,000 anggota tentera ke Vietnam untuk tugasan kali kedua. Langkah ini tidak diterima baik di Amerika Syarikat. Pada 31 Oktober 1968, Presiden Johnson mengumumkan pemberhentian semua pengeboman udara, laut dan artileri ke atas sasaran di Vietnam Utara, berkuat kuasa 1 November. Ini bertujuan memujuk Vietnam Utara ke meja perundingan damai. Perundingan akhirnya gagal dicapai.
Pada 3 November, 1969, Presiden Richard M. Nixon meminta rakyat Amerika bersama-sama dengannya untuk mencari penyelesaian perang di Vietnam dan pengunduran tentera Amerika dengan menguatkan dan seterusnya melepaskan tanggungjawab pertahanan Vietnam Selatan kepada rakyat Vietnam Selatan sendiri.
Polisi Vietnamisasi
Apabila Nixon dilantik menjadi Presiden, beliau mulakan rancangan pengunduran diri dari Perang Vietnam. Nixon mahukan ARVN dan pasukan keselamatan Vietnam diperkuatkan supaya boleh mempertahankan Vietnam tanpa bantuan Amerika dalam proses yang dipanggilnya Vietnamisasi. Amerika mula mengurangkan bilangan tenteranya di Vietnam. Serangan bom di Vietnam Utara dan Laos diteruskan semula untuk memusnahkan sistem perbekalan di Laluan Ho Chi Minh. Amerika Syarikat mula menyerang pengkalan komunis di Kemboja. Kerajaan Kemboja digulingkan dan kerajaan anti komunis di bawah Lon Nol mengambil kuasa. Pelabuhan di Kemboja kini tidak boleh digunakan lagi oleh Viet Cong dan PAVN. Vietnam Selatan membuat serangan besar ke atas pengkalan komunis di Laos tetapi gagal menutup bahagian Laluan Ho Chi Minh di situ. Lebih banyak misi pengeboman dijalankan oleh Amerika ke atas Vietnam Utara.
Di medan politik, Nixon mengeratkan hubungan dengan Soviet Union dan China, penyokong terkuat Vietnam Utara dengan tujuan meminta kedua negara memujuk Vietnam Utara ke meja perundingan. Usaha ini melancarkan satu era dipanggil era “détente” yang seterusnya membawa kepada perundingan pengurangan senjata nuklear (START, SALT) dan membuka dialog dengan China. Dalam tahun 1972, Nixon mengadakan lawatan ke Beijing, Hangzhou dan Shanghai di China. Lawatan ini signifikan kerana ketika itu Amerika tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan China.
Dalam masa itu, Nixon meneruskan pengeboman Vietnam Utara dan seterusnya meminta bantuan China memujuk Vietnam Utara ke Perundingan Damai Paris. Nixon mahukan peluang membolehkan Amerika keluar dari Vietnam walaupun dengan membiarkan Vietnam Selatan sebagai korban selepas “satu tempoh yang munasabah”. Soviet Union dan China terus membekalkan Vietnam Utara dengan senjata dan bekalan yang akhirnya membolehkan Vietnam Utara melancarkan serangan akhir mengalahkan Vietnam Selatan dalam tahun 1975.
Putera Norodom Sihanouk berkerjasama dengan konco komunis dan membenarkan komunis menggunakan pengkalan dan pelabuhan Kemboja. Dalam tahun 1968, pemberontakan oleh Khmer Rouge mula mengancam kestabilan Kemboja dan mengambil perlindungan di kawasan-kawasan kemboja yang dikuasai Vietnam Utara. Khmer Rouge adalan kumpulan ganas yang berhaluan ektremis dan mendapat ilham dari Josef Stalin dan Mao Zedong.
Dalam tahun 1970, Putera Norodom Sihanouk digulingkan Perdana Menteri Lon Nol yang mahu menghentikan kerjasama dengan Vietnam Utara dan China kerana kedua pihak menyokong Khmer Rouge. Presiden Nixon mengarahkan serangan pada 1 Mei 1970 ke atas pengkalan Vietnam Utara dan Khmer Rouge di Kemboja dan menutup Laluan Ho Chi Minh supaya kerajaan Lon Nol boleh dikukuhkan.
Serangan ke atas Kemboja berjaya melumpuhkan bekalan melalui Laluan Ho Chi Minh dan berjaya menemui banyak tempat simpanan senjata. Keupayaan Vietnam Utara mengadakan gerakan tentera terencat. Ini membolehkan pengukuhan program Vietnamisasi Nixon. Vietnam Utara tertekan dan hadir di meja Perundingan Damai Paris. Tentera Amerika mengundur diri dari Kemboja pada 30 Jun 1970. Operasi di Kemboja mengakibatkan 284 anggota Tentera Amerika terbunuh, 2,339 orang lagi cedera dan 13 tentera hilang. ARVN mengalami 800 kematian dan 3,410 cedera. PAVN dan Viet Cong mengalami 11,349 kematian dead dan 2,328 anggota ditawan.
Walaupun dilihat sebagai kejayaan tentera, rancangan Nixon di Kemboja mendapat kesan sebaliknya. Anasir Komunis berundur ke kawasan pedalaman dan mengugatkan kestabilan Kemboja. Khmer Rouge menguatkan pegangan ke atas Kemboja. Putera Sihanouk lari mendapatkan suaka di China dan memberi sokongan kepada usaha menggulingkan kerajaan Lon Nol. Akhirnya Lon Nol digulingkan oleh Pol Pot. Ini adalah permulaan kekejaman di Kemboja di mana hampir satu pertiga penduduk kemboja dibunuh dalam kempen yang lebih kenali sebagai “The Killing Fields”.
Pada 13 Februari 1971, ARVN melancarkan serangan ke atas Laos dan menduduki kawasan yang dikuasai Vietnam Utara dan dibantu oleh sokongan serangan udara dan artileri Amerika. Serangan ini juga untuk menutup Laluan Ho Chi Minh. Operasi yang dipanggil Lam Son 719 akhirnya menemui kegagalan, dan menimbulkan kecurigaan dan keraguan Amerika terhadap kesediaan dan kesan program Vietnamisasi.
Pengurangan Bilangan Tentera
Untuk mengurangkan penentangan rakyat Amerika ke atas pentadbirannya, Presiden Nixon mengumumkan pada 12 Oktober 1970 bahawa beliau akan mengundurkan 40,000 anggota tentera dari Vietnam sebelum tibanya perayaan Krismas. Pada 18 Ogos 1970, Australia dan New Zealand juga membuat keputusan untuk mengundurkan tentera mereka dari Vietnam.
Menjelang 29 Oktober 1971, bilangan Tentera Amerika sudah turun kepada 196,700 orang. Pada 12 November 1971, Presiden Nixon menetapkan 1 Februari 1972 sebagai tarikh akhir untuk pengunduran 45,000 lagi anggota tentera.
Pada bulan Mac, 1972, bilangan askar Amerika di Vietnam sudah kurang daripada 100,000 orang dengan 6 batalion infantri. Program Vietnamisasi melalui cabaran getir pada 30 Mac 1972 apabila Vietnam Utara melancarkan serangan besar “Eastertide Offensive” menyeberangi DMZ dengan pasukan konvensional. Operasi tentera tersebut dengan cepat menawan kawasan di bawah kawalan Wilayah I, dan termasuk Quang Tri dan Hue. Dalam bulan April 1972, Vietnam Utara melancarkan serangan di 3 kawasan lain termasuk di kawasan Tanah Tinggi di Vietnam Tengah dan di wilayah Binh Dinh (Wilayah II Tentera) dan di kawasan An Loc (Wilayah III Tentera). Seluruh Vietnam Selatan kelihatan seakan tumbang.
Amerika Syarikat bertindak balas dengan memberikan bantuan serangan udara dan melancarkan operasi Linebacker ke atas Vietnam Utara. Akhirnya ARVN berjaya menyekat kemaraan PAVN dan menawan semula Quang Tri dalam bulan September 1972. Ini adalah bukti kepada Nixon bahawa ARVN sudah bersedia memikul tanggungjawab mempertahankan Vietnam.
Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai
Dalam tahun 1969, wartawan Seymour Hersh membongkar peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai melibatkan kumpulan askar Amerika pimpinan Leftenan William Calley yang ditugaskan menyiasat dan menghapuskan “dengan apa jua cara” kawalan Viet Cong ke atas perkampungan My Lai dan menghapuskan simpanan senjata yang disyaki disimpan di situ.
Leftenan William Calley mendapati kampung itu didiami oleh kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Ketiadaan penduduk lelaki dilihat sebagai bukti penyertaan dalam unit Viet Cong. Tambahan pula kawasan tersebut diisytiharkan oleh Perisik Tentera sebagai kawasan hitam. Setelah berfikir panjang, Leftenan William Calley mengarahkan pasukannya membunuh beberapa ratus orang awam terdiri dari wanita dan kanak-kanak dan orang tua. Pembunuhan hanya dihentikan kerana 3 orang askar Amerika melihat pembunuhan itu daripada helikopter mereka dan mendarat untuk campur tangan dan menghalang askar-askar itu daripada meneruskan pembunuhan. Leftenan William Calley dihadapkan ke mahkamah tentera dan dalam tahun 1970 dihukum penjara seumur hidup.
Pilihan Raya Presiden 1972
Perang Vietnam sekali lagi menjadi isu utama semasa kempen pilihanraya presiden tahun 1972. Nixon berhadapan dengan George McGovern, seorang calon yang anti perang. Pada 22 Oktober 1972 Presiden Nixon menghentikan operasi pengeboman Linebacker. Henry Kissinger mengumumkan bahawa “kedamaian sudah hampir” sehari sebelum hari mengundi. Pada 30 November 1972 bilangan Tentera Amerika di Vietnam hanya pada tahap 27,000 orang sahaja.
Apabila Vietnam Utara melengah-lengahkan menandatangani perjanjian damai, Nixon mengarahkan pengeboman B-52 ke atas Vietnam Utara dimulakan kembali. Linebacker II yang bermula pada 18 Disember 1972 mensasarkan Hanoi dan Haiphong dan berterusan sehingga 29 Disember 1972. Vietnam Utara bersetuju kembali ke meja perundingan.
Pada 15 Januari 1973, Nixon menggantungkan serangan bom ke atas Vietnam Utara dan diikuti pengunduran tentera Amerika dari Vietnam. Tindakan ini dibuat beralaskan kemajuan yang dibuat di meja perundingan di Paris.
Perjanjian Damai Paris ditandatangani pada 27 Januari 1973, dan dengan rasminya menamatkan penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam. Perjanjian ini membawa kelegaan kepada rakyat Amerika kerana satu lembaran hitam dalam sejarah Amerika Syarikat kini dapat ditutup.
Tawanan Perang Amerika Syarikat mula dibebaskan oleh Vietnam Utara pada 11 Februari 1973. Tentera Amerika meninggalkan Vietnam tidak lewat daripada 29 Mac 1973. Mereka tidak disambut sebagai wira, tetapi sebaliknya dikecam kerana menyertai perang di Vietnam.
Sebagai dorongan untuk menerima kedamaian, Presiden Nguyen Van Thieu dijanjikan bantuan kewangan oleh Nixon untuk membolehkan kerajaan Vietnam Selatan berdiri menentang Vietnam Utara. Tetapi, masalah Watergate mengikis kuasa dan pengaruh Nixon dan bantuan kewangan tidak dapat disalurkan kepada Vietnam Selatan. Apa-apa bantuan ekonomi yang dapat disalurkan telah dikikis oleh pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan bukannya disalurkan untuk menguatkan ARVN. Sebaliknya, Soviet Union dan China terus melengkapkan Vietnam Utara dengan kelengkapan baru dan moden. Nixon meletakkan jawatan Presiden dan digantikan oleh Gerald Ford.
Dalam bulan Disember 1974, Kongres Amerika meluluskan Akta Bantuan Luar 1974 (Foreign Assistance Act 1974) yang menyekat bantuan kewangan ke Vietnam Selatan dan menetapkan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh Vietnam Selatan. Vietnam Selatan kini tidak mempunyai sekutu berdepan dengan Vietnam Utara. Ketiadaan Tentera Amerika di bumi Vietnam menyebabkan kehilangan sumber ekonomi yang penting bagi rakyat Vietnam. Vietnam Utara melihat sikap Amerika ini sebagai keengganan campur tangan lagi dalam hal ehwal Vietnam. Ini merupakan peluang untuk menggulingkan secara muktamad kerajaan Vietnam Selatan.
Serangan Terakhir
Dalam bulan Mac 1975, Vietnam Utara melancarkan serangan kawasan tinggi di Vietnam Tengah menggunakan tentera konvensional dan dibantu artileri dan kereta kebal. Vietnam Selatan kini terbelah dua. Kerana takutkan tentera Vietnam Selatan di bahagian utara akan terkepung oleh PAVN, Presiden Thieu mengarahkan penempatan semula pasukan tentera Vietnam Selatan di wilayah utara ke kawasan tengah Vietnam. Tetapi pergerakan tentera menjadi haru biru kerana PAVN melancarkan serangan dari arah utara. Kedudukan tentera menjadi tidak keruan, dengan pergerakan tentera diganggu oleh orang-orang pelarian.
Pada 11 Mac 1975, Ban-Me-Thuot jatuh ke tangan PAVN. Setelah dibedil artileri, garison seramai 4,000 orang itu melarikan diri bersama keluarga. Presiden Thieu mengarahkan kawasan tengah Vietnam ditinggalkan, untuk memperkuatkan pertahanan di kawasan selatan. Pleiku dan Kontum ditinggalkan. Pasukan ARVN berundur menuju selatan, tetapi pergerakan mereka dihindar oleh orang-orang pelarian. PAVN menyerang pasukan yang sedang berundur ini dan 60,000 tentera ARVN menjadi korban. Melihatkan kesan kehancuran pasukan yang berundur, Presiden Thieu pada 20 Mac 1975 mengarahkan pasukan tentera bertahan di wilayah tengah negara tersebut. Tetapi panik sudah menular, dan penentangan ARVN tidak berkesan. PAVN menawan Hue, selepas pengepungan selama 3 hari.
Da Nang pula diserang oleh 30,000 orang tentera PAVN. Pucuk pimpinan ARVN melarikan diri. Pada 30 Mac 1975, 100,000 anggota ARVN di Da Nang yang tidak berkepimpinan menyerah diri. Dengan kejatuhan Da Nang, kawasan utara dan tengah Vietnam sudah tewas. PAVN merancang serangan kilat untuk menawan Saigon sebelum saki baki ARVN dapat menyusun semula pertahanan mereka.
Pada 7 April 1975, 3 divisyen tentera PAVN dari Kor ke-4 menyerang Xuan-loc, kira-kira 65 kilometer di timur Saigon. Mereka ditentang Divisyen ke-18 ARVN. Walaupun Divisyen ke-18 menentang hebat selama dua minggu, kekuatan PAVN terlalu kuat. Pada 21 April 1975, garison di Xuan-loc menyerah diri.
Presiden Thieu meletak jawatan pada 21 April 1975, dan sambil menunjukkan dokumen-dokumen tahun 1972 yang menjanjikan bantuan tentera, menyalahkan Amerika Syarikat kerana mengkhianati rakyat Vietnam. Thieu melarikan diri ke Taiwan. Duong Van Minh ditinggalkan untuk memimpin Vietnam.
Kejatuhan Saigon
Kereta kebal PAVN kini sudah sampai ke Bien Hoa, dan menuju Saigon. Pada masa ini, ARVN sudah tidak efektif sebagai satu pasukan tentera. Pada 27 April 1975, 100,000 tentera PAVN mengelilingi Saigon dan berhadapan dengan 30,000 tentera ARVN.
Amerika memulakan pemindahan keluar rakyatnya dan tanggungan mereka keluar dari Vietnam. Kesatuan Kebajikan melancarkan “''Operation Babylift''”, dengan 30 penerbangan untuk memindahkan anak-anak yatim keluar dari Vietnam.
Untuk menimbulkan huru hara, PAVN membedil lapangan terbang Saigon. Dalam kekecohan ini, sebuah pesawat pesawat C-5A Galaxy yang membawa 300 orang kanak-kanak jatuh terhempas kira-kira 3 kilometer dari Lapangan Terbang Tan Son Nhut. 138 orang terbunuh, termasuk 127 orang anak-anak yatim. Tan Son Nhut ditutup sepenuhnya kepada semua kapal terbang.
Pada 23 April 1975, Gerald Ford mengumumkan bahawa perang Vietnam sudah berakhir dan tiada lagi bantuan akan diberikan kepada Vietnam Selatan. Pada 29 April, 1975, Amerika Syarikat melancarkan Option IV, pemindahan keluar yang terbesar menggunakan helikopter. Pemindahan keluar dilakukan dari Tan Son Nhut dan Kedutaan Amerika Syarikat. Pemindahan keluar dengan helikopter berterusan siang dan malam. PAVN tidak menembak helikopter yang memindahkan keluar pelarian kerana tidak mahu Amerika campur tangan lagi dalam perang Vietnam. Pada pagi 30 April 1975, askar Marin terakhir meninggalkan Kedutaan Amerika di Saigon. Option IV berjaya memindahkan 7,000 orang pelarian dengan helikopter.
Saigon ditawan oleh PAVN dan tentera ARVN lari bertempiaran dan menanggalkan uniform mereka dan meninggalkan kelengkapan mereka. Istana Presiden ditawan tanpa tentangan. Bendera Viet Cong dikibarkan di istana Presiden. Presiden Duong Van Minh menyerah kalah dan ucapan serah diri dipancarkan melalui radio.
Tirai Penutup – Insiden SS Mayaguez
Operasi terakhir perang Vietnam berlaku di Kemboja apabila kapal SS Mayaguez ditawan oleh pihak Khmer Rouge. Presiden Gerald Ford yang risaukan insiden penawanan ini dijadikan propaganda besar, mengarahkan operasi tentera untuk menyelamatkan kapal dan anak akap SS Mayaguez. Serangan dilakukan menggunakan askar Marin dan kapal Tentera Laut Amerika. Setelah berlaku pertempuran, kapal dan anak-anak kapal mayaguez dalam dibebaskan, tetapi Amerika mengalami korban 18 askar Marin dan 3 lagi ditawan. Mereka merupakan korban terakhir Perang Vietnam dan disenaraikan terakhir sekali di Memorial Veteran Vietnam di Washington D.C..
Kesan Perang Vietnam
Ramai pihak beranggapan Perang Vietnam sebagai kekalahan pertama Tentera Amerika dengan jumlah korban melebihi 58,000 orang. Di Vietnam Selatan, lebih 1 juta askar ARVN terbunuh sepanjang tempoh peperangan 30 tahun. Lebih 1 juta askar komunis terbunuh bersama-sama 4 juta orang awam. Vietnam Utara dan Vietnam Selatan disatukan di bawah Republik Sosialis Vietnam dan Saigon ditukarkan nama menjadi Ho Chi Minh City. Beratus ribu bekas pekerja kerajaan dan askar ARVN dihantar ke pusat pendidikan semula. Vietnam menyerang dan menakluki Laos dan Kemboja sehinggalah ke lewat tahun 1980-an. Dalam tahun 1979, Vietnam berperang dengan China dalam satu peperangan singkat.
Artikel utama: Korban Perang Vietnam
Rekod rasmi Vietnam Utara sukar diperolehi, dan ramai korban pengeboman hancur berkecai menyebabkan pengesahan sukar dibuat. Vietnam Utara bertahun-tahun memendam maklumat mengenai bilangan korbannya akibat pengeboman Amerika. Kesan alam sekitar sukar dibuat nilaian. Kecacatan akibat keracunan Agent Orange tidak boleh dianggarkan secara tepat - berapa banyak keguguran yang berlaku, kelahiran cacat yang akhirnya membawa maut dan lain-lain. Kesan Agent Orange tidak dapat diletakkan nilai tetapi ia menyebabkan tekanan sosial yang hebat ke atas negara yang sudah luluh akibat perang.
Kementerian Buruh, Kecacatan Perang Dan Ehwal Sosial Vietnam pada 3 April 1995 meletakkan jumlah 1.1 juta orang pejuang Vietnam Utara dan Viet Cong terbunuh dan 4 juta rakyat Vietnam di utara dan selatan juga menjadi korban di antara 1954 dan 1975. Angka ini tidak pernah disangkal. Vietnam utara menyenaraikan 200,000 anggota tenteranya sebagai hilang. Robert McNamara meletakkan anggaran 3.2 juta orang. Jumlah pejuang yang cedera diletakkan pada angka 600,000 orang. (jumlah ini terlalu rendah, kerana biasanya jumlah yang cedera adalah dua ataupun 3 kali ganda mereka yang terbunuh). Bilangan orang awam yang cedera tidak diketahui hingga ke hari ini.
Bilangan kematian tentera Amerika Syarikat disahkan pada 58,226 orang, termasuk mereka yang disenaraikan sebagai hilang semasa bertempur. 153,303 orang lagi cedera. [9] Jumlah ini termasuk 56 rakyat Canada yang menyertai Angkatan Bersenjata Amerika untuk berkhidmat di Vietnam. Daripada jumlah kematian dan cedera yang dialamai oleh Amerika Syarikat, pecahan mengikut cabang perkhidmatan adalah –
- Tentera Darat 38,179 terbunuh dan 96,802 cedera
- Kor Marin 14,836 terbunuh d and 51,392 cedera
- Tentera Udara 2,580 terbunuh dan and 931 cedera
- Pengawal Pantai mengalami 7 kematian dan and 60 anggota yang cedera.
Di kalangan sekutunya, Korea Selatan mengalami jumlah kematian di antara 4,400 and 5,000 orang. [10] Australia mengalami 510 kematian dan 3,131 kecedraan perang, New Zealand mengalami 38 kematian dan 187 cedera. Thailand mengalami 351 kematian. Jumlah kematian anggota kontinjen Filipina tidak dapat dipastikan tetapi dianggarkan 1,000 orang (Small & Singer).
Lebih kurang 6,000 anggota tentera Soviet Union berkhidmat di Vietnam Utara semasa peperangan ini, kebanyakannya sebagai jurulatih peralatan perang. 16 daripada anggota tentera yang berkhidmat itu mati terbunuh.
Pelbagai jenis senjata digunakan semasa Perang Vietnam. Dekad 1960-an merupakan dekad lonjakan teknologi persenjataan. Vietnam menjadi medan ujian senjata dan taktik baru peperangan. Helikopter menjadi satu ikon di Vietnam dan membolehkan pengaturan tentera dengan pantas. Pengimbas elektronik digunakan di serata medan untuk mengesan pergerakan musuh. Pemprosesan data kelajuan tinggi membolehkan penyampaian data yang cepat, khususnya kerja-kerja pengintipan di Laluan Ho Chi Minh.
Persenjataan
Raifel M-16
Senjata M-16 diperkenalkan semasa peringkat awal penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, menggantikan raifel M-14 yang digunakan sebelumnya. M-16 lebih ringan daripada senjata M-14 dan Ak-47 dan menggunakan kaliber 5.56mm. Anggota tentera boleh membawa lebih banyak peluru pada beban yang sama. M-16 mempunyai daya tembakan 550 tembakan per minit dan boleh digunakan secara automatik di mana isi kelopak peluru dengan isian 30 butir boleh dikosongkan dengan sekali sahaja menarik picu.
Pelancar Grenad M79
Pelancar grenad M79 memberikan askar infantri kuasa tembakan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. M79 membolehkan askar infantri melontar grenad 40mm sejauh 375 meter dan boleh melontar grenad asap ataupun letupan.
M72 LAW pula adalah sistem senjata pakai buang menggunakan roket 66mm yang boleh digunakan menentang kereta kebal ringan ataupun perkubuan musuh. Walaupun hanya 2.3 kg, ia efektif sehingga jarak 200 meter.
Pelancar Grenad Mk 19
Senjata ini mulanya digunakan oleh bot peronda sungai Tentera Laut Amerika (dikenali sebagai Pibber) dan boleh melontarkan grenad 40mm dari jarak minimum 75 meter sehingga jarak maksimum 2,200 meter walaupun ia paling berkesan sehingga jarak 1,600 meter.
Helikopter jenis Huey (daripada huruf pengenalan HU-1) mencapai kematangan sebagai sistem persenjataan semasa perkhidmatan di Vietnam. Helikopter in kecil, terbang laju dan boleh terbang rendah dan boleh diubah suai menjadi beberapa konfigurasi mengikut keperluan keadaan.
Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika diarahkan menyerah kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur.
Pesawat “Gunship”
Dalam Perang Vietnam, Tentera Udara Amerika mengubah suai pesawat C-47 Skytrain sebagai platform senjata. Pesawat ini dipasangkan secara percubaan dengan 3 pucuk minigun GAU-17 yang boleh menembak peluru 7.62mm pada kadar 2,000 hingga 4,000 butir peluru per minit. Pesawat ini juga dipasangkan 48 butir lampu suar Mk 24 membolehkan pesawat ini menerangi kawasan sasaran untuk membuat serangan. AC-47 Spooky amat berkesan membantu kumpulan askar sedang bertempur (troops in contact). AC-47 Spooky lebih dikenali dengan nama “Puff The Magic Dragon” sempena lagu popular ketika itu.
Melihatkan kejayaan AC-47 Spooky, Tentera Udara Amerika mahukan kombinasi persenjataan yang lebih berat dengan kerangka yang lebih besar untuk membolehkan pesawat berlegar lama di kawasan tempur. Lebih daripada 10,000 trak dan lori dimusnahkan di sepanjang Laluan Ho Chi Minh. Pesawat AC-130 Spectre dilengkapkan dengan 4 laras minigun GAU-17, dan 4 laras meriam. Pesawat ini juga mempunyai lampu cari dan pengimbas infra merah.
Pesawat ini digunakan sebagai pesawat pengiring helikopter penyelamat, dan untuk sokongan udara dekat (close air support) bagi unit-unit tentera darat yang memerlukan bantuan. Pesawat di dicipta oleh Ed Heinemann, dari syarikat Douglas Aircraft. A1D Skyraider adalah sebuah kapal terbang yang lasak, boleh membawa muatan perang yang banyak dan boleh berlegar berjam-jam di atas kawasan operasi untuk menunggu panggilan daripada pasukan yang memerlukan bantuan.
Walaupun telah digunakan semenjak tahun 1944, penggunaan bom napalm secara meluas di Vietnam membuka mata dunia kepada kekejaman pengguna senjata ini. Dibuat menggunakan galian daripada asid naphthenic dan palmitic, campuran ini menjadi sejenis gel yang melekat. Apabila dicucuh, ia membakar pada paras 800 darjah celsius. Napalm juga menghapuskan oksigen dari udara dan mengeluarkan carbon monosida dengan jumlah yang banyak. Bom napalm digunakan untuk mewujudkan dengan serta merta kawasan untuk pendaratan helikopter.
UH-1 Huey juga terkenal kerana kegunaan sebagai helikopter "Med-evac" yang digunakan untuk mengeluarkan anggota yang cedera dari medan tempur dan menerbangkan mereka ke pusat perubatan medan. Ini mengurangkan dengan besar kadar kematian askar yang cedera di medan pertempuran. 97% tentera cedera yang dikeluarkan dari medan tempur ke surgeri medan berjaya hidup. [11] 390,000 orang anggota tentera yang cedera dikeluarkan dari medan tempur dengan helikopter.
APC M113
Kereta perisai ini digunakan dalam jumlah yang besar semasa perang Vietnam oleh tentera Amerika dan juga oleh ARVN. Kenderaan perisai ini ringan dan boleh diangkat dengan kapal terbang C-130 Hercules. Ia dilengkapkan dengan selaras mesingan 12.7 mm M2.
Cadillac Gage V-100 Commando
Kenderaan perisai ini digunakan untuk mengiringi konvoi kenderaan bekalan dan untuk tugasan kawalan keselamatan setempat. Kenderaan ini mempunyai pacuan 4 roda dan mempunyai keupayaan amphibia. Ia mempunyai kelajuan darat sehingga 62 bsj dan kelajuan 3 bsj di dalam air. Perisainya boleh menahan peluru sehingga 7.62 x 51 mm.
Pasukan Khas seperti Green Berets dan Navy Seals beroperasi dalam perlaksanaan peperangan bukan konvensional di Vietnam.Amerika amat berpuashati dengan pencapaian oleh pasukan Special Air Service Regiment dari Australia dan New Zealand. Pasukan SAS Australia.
Medan Ujian Senjata
Vietnam juga merupakan medan ujian untuk doktrin Kavalri Udara. Helikopter digunakan untuk memasukkan dan mengubah kedudukan unit tentera dengan cepat. Cara pergerakan ini disempurnakan oleh Divisyen Pertama Kavalri Udara dan Divisyen ke-101 Gerak Udara (Airmobile). Pasukan Marin juga menggunakan helikopter untuk pergerakan “vertical envelopment” mereka.
Peluru Berpandu
Tentera udara mula menggunakan peluru berpandu semasa perang Vietnam. Jambatan di Thanh Hoa sebelumnya diserang berkali-kali tetapi tidak dapat dimusnahkan. Pada 27 April 1972, 8 pesawat penyerang di mana 2 pesawat membawa dengan 2 misil Walleye II setiap satu dan 2 pesawat lain masing-masingnya membawa 2 bom berpanduan laser memusnahkan jambatan tersebut.
Amerika menggunakan racun herba semasa Perang Vietnam untuk (a) menyebabkan pokok-pokok hutan menggugurkan daun supaya pergerakan Viet Cong dan tentera PAVN, dan (b) untuk memusnahkan sumber makanan pihak musuh. Peranggas disembur daripada pesawat udara (biasanya pesawat C-123 Provider) yang terbang rendah sangat berbahaya, walaupun dalam jumlah yang kecil. Hampir 50 juta liter Agent Orange, mengandungi 170 kilogram dioxin disembur sepanjang Perang Vietnam.
Pembabitan Negara Lain
Australia dan New Zealand
Australia dan New Zealand menghantar pasukan tentera ke Vietnam Selatan sebagai mengotakan komitmen yang diberikan di bawah perjanjian ANZUK. Australia dan New Zealand mempunyai pengalaman luas berperang dalam hutan belantara setelah sekian lama berkhidmat di Semenanjung Tanah Melayu semasa Darurat dan juga di Borneo semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. tentera New Zealand berkhidmat di bawah pemerintahan Tentera Darat semasa bertugas di Vietnam.
Australia mendokong Teori Domino, kerana kedudukan geografi yang dekat dengan Asia Tenggara membuat Australia paling terancam sekiranya Teori Domino menjadi kenyataan. Daripada detik hantaran pertama pakar penasihat tentera dalam tahun 1962, sehingga penarikan keluar batalion tentera Australia dari kem Nui Dat dalam bulan November 1971, seramai 50,000 orang anggota, meliputi anggota Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara telah berkhidmat di Vietnam. Penasihat Tentera Australia terakhir diundurkan pada bulan Disember 1972. Daripada bilangan ini, 496 orang terbunuh dan 2,400 orang lain cedera.
Untuk memenuhi komitmen penghantaran tentera ke Vietnam , Australia memperkenalkan Skim Khidmat Negara. Skim ini menerima tentangan rakyat dan tidak popular. Keengganan melaporkan diri untuk khidmat negara boleh dikenakan hukuman denda ataupun penjara. Pada tahun 1972 apabila skim ini dimansuhkan, 17 orang dipenjarakan kerana enggan berkhidmat. Kerajaan Konservatif akhirnya tewas kepada kerajaan Buruh disebabkan oleh kemarahan rakyat. Perang Vietnam menyebabkan bantahan sosial dan politik paling besar di Australia sejak referendum kerahan tenaga dalam tahun 1914. [12] [13]
Penglibatan ketenteraan paling tinggi untuk Australia pada sesuatu masa adalah seramai 7,672 askar penempur. Bilangan paling tinggi tentera New Zealand ditugaskan di Vietnam Selatan adalah seramai 552 orang. Bilangan ini signifikan kerana Tentera Darat Australia hanya berjumlah 28,000 orang dalam tahun 1965 sementara jumlah anggota New Zealand jauh lebih kecil. New Zealand pada mulanya menghantar askar jurutera dan pasukan artileri, dan diikuti dengan pasukan New Zealand Special Air Service.
Askar Australia dan New Zealand menggunakan taktik rondaan kumpulan kecil seperti mana operasi di Malaysia. Mereka tidak menggunakan denai hutan, membawa bekalan air tambahan dan menggunakan pendekatan “hati dan jiwa” untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan. Ini berbeza dengan doktrin yang digunakan oleh Tentera Amerika, yang mementingkan penggunaan pasukan yang besar dan menggunakan kuasa tembakan yang ada. Tentera Australia dan New Zealand lebih menitik beratkan mendapatkan kerjasama penduduk tempatan, menggunakan taktik yang sama digunakan semasa perang cegah pemberontakan komunis di Malaysia.
Korea Selatan
Pasukan Korea Selatan merupakan kontinjen kedua paling besar selepas kontinjen Tentara Amerika. Anggota tentera Korea Selatan berkhidmat selama 1 tahun di Vietnam sebelum digantikan. Pada kemuncaknya, 50,000 orang tentera Korea selatan berkhidmat di Vietnam. Lebih dari 5,000 anggota tentera Korea Selatan terbunuh dan 11,000 yang lain cedera
Korea Selatan berhasrat untuk campur tangan di Vietnam sejak tahun 1954 lagi untuk menentang pengluasan pengaruh komunis. Pelawaan bantuan oleh Korea Selatan ditolak oleh Perancis. Dalam tahun 1964, Presiden Johnson meminta bantuan antarabangsa untuk Vietnam Selatan. Korea Selatan menyahut seruan dan menghantar tentera ke Vietnam Selatan. Pada 8 Januari 1965, Kabinet Korea Selatan meluluskan penghantaran unit-unit perubatan dan askar jurutera ke Vietnam dengan alasan peperangan di Vietnam mempunyai kesan langsung kepada Korea Selatan.
Pada 25 Februari 1964, pasukan askar jurutera tiba di Bien Hoa, Vietnam Selatan dan ditugaskan membina jalan raya lingkaran di Saigon. Pasukan ini diikuti oleh Kumpulan Kapal Pengangkut “Sea Gull” dan Kumpulan Bantuan Pembinaan askar jurutera. Dalam bulan Jun 1965, Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan dengan rasminya meminta bantuan tentera penempur dari Korea Selatan. Penghantaran tentera penempur diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan dalam bulan Ogos 1965. Kos penghantaran pasukan tentera Korea Selatan dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.
Pada 22 September 1965, Divisyen “Harimau” Korea Selatan tiba di Qui Nhon dan Markas Tentera Korea Selatan ditubuhkan. Briged Marin ”Naga Biru” tiba dalam bulan Oktober dan ditempatkan di Teluk Cam Ranh. Pada 22 september 1966, Divisyen ke-9 “White Horse” tiba untuk berkhidmat di Vietnam dengan dituruti oleh Divisyen “Cross Stars” (Markas Logistik ke-100)
Pada 24 Februari 1972 Briged Marin “Blue Dragon” meninggalkan Vietnam diikuti dengan Kumpulan Kapal Pengangkut “Sea Gull” dalam tahun 1973. Divisyen “Harimau” dan Divisyen ke-9 “White Horse” meninggalkan Vietnam dalam tahun 1972. Divisyen “Harimau” mengalami 2,111 anggota terbunuh dan 4,474 yang lain cedera. Kesemuanya, lebih daripada 300,000 orang anggota Tentera Korea Selatan telah berkhidmat di Vietnam Selatan.
Semasa perkhidmatan mereka di Vietnam Selatan, kontinjen Korea Selatan juga terlibat dengan kerja-kerja penempatan semula penduduk dan berjaya memindahkan 1.2 juat orang penduduk Vietnam. Kerja-kerja pembangunan melibatkan pengagihan 19,640 tan barang makanan, membuat derma 6,400 jentera pertanian, pembinaan 3,319 buah rumah dan sekolah, 132 buah jambatan dan 394 kilometer jalan raya.
Thailand
Sebagai anggota SEATO, Thailand (di bawah pimpinan tentera) juga memberikan sokongan tentera kepada Amerika Syarikat. Di Vietnam Selatan, pasukan batalion "Queen Cobra" dan lain-lain unit Tentera DiRaja Thailand berkhimdat di Vietnam Selatan di antara tahun 1965 hingga 1971. Tentera DiRaja Thailand bertugas di Laos untuk beberapa lama, di dalam pasukan-pasukan dipanggil batalion "Unity". Pada teorinya, mereka sepatutnya menjadi tentera upahan, tetapi pada hakikatnya mereka adalah anggota regular Tentera Diraja Thailand. Tentera Thailand ini bertempur menentang Pathet Lao dan juga Viet Minh di Laos. Tentera Thailand aktif di Laos antara tahun 1970 hingga 1972.
Thailand juga membenarkan Amerika Serikat membina pengkalan udara di Udon, Korat, Nakhon Phanom, U-Tapao, Takhli dan Don Muang yang kemudiannya digunakan untuk melancarkan serangan udara ke atas Vietnam. U-Tapao umpamanya sangat besar dan boleh digunakan untuk melancarkan serangan pengebom B-52 Stratofortress. Lain-lain pengkalan digunakan untuk penempatan pesawat seperti F-105 Thunderchief dan juga pasukan penyelamat CSAR. Operasi oleh Tentera Udara Amerika banyak yang dikelaskan sebagai sulit, dan dirahsiakan sehingga ke hari ini. [14] Helikopter yang digunakan dalam operasi tentera untuk membebaskan SS Mayaguez dilancarkan daripada pengkalan di Thailand.
Kesatuan Soviet
Kesatuan Soviet bersama dengan China merupakan pembekal utama persenjataan kepada Vietnam Utara. Juruterbang Kesatuan Soviet juga ditugaskan ke Vietnam Utara sebagai juruterbang pengajar, tetapi “secara sukarela” menjalani misi tempur. Anggota tentera Kesatuan Soviet juga berkhidmat di Vietnam Utara membuat penilaian ke atas prestasi senjata-senjata mereka, khususnya sistem pertahanan udara.
Keterlibatan China bermula dalam tahun 1962 apabila Mao Zedong bersetuju membekalkan Hanoi dengan 90,000 laras senjata api tanpa dikenakan bayaran. Apabila Amerika Serikat melancarkan Rolling Thunder, China menghantar batalion askar jurutera dengan dilindungi pasukan meriam anti kapal terbang untuk membantu kerja-kerja pembaikan dan juga untuk membina jalan raya, jalan keretapi dan lain-lain kerja pembinaan. Ini membolehkan unit-unit PAVN dilepaskan untuk berkhidmat di kawasan Selatan.
Dalam tahun 1965 hingga tahun 1970, lebih 320,000 orang tentera China berkhidmat di Vietnam Utara, paling ramai dalam tahun 1967 apabila 170,000 anggota tentera China berkhidmat di Vietnam Utara. 1,100 orang tentera China terbunuh sementara 4,200 orang cedera semasa berkhidmat di Vietnam Utara.
Walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan peperangan di Vietnam, Pengkalan Udara Butterworth digunakan oleh Tentera Australia untuk membolehkan pergerakan udara ke Vietnam. Mulai tahun 1964, Malaysia memberikan latihan kepada hampir 2,900 orang pegawai tentara dan polis Vietnam. Pegawai-pegawai Vietnam dilatih dalam kumpulan 20 hingga 30 orang untuk latihan singkat dalam tindakan cegah pemberontakan yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia. Malaysia juga memberikan sedikit kelengkapan cegah pemberontakan termasuk kenderaan polis dan tentera, di samping bekalan perubatan. Dalam tahun 1967, Malaysia menerima jemputan untuk menghantar 4 orang pakar pembangunan luar bandar untuk program penempatan semula dan pendamaian di Vietnam Selatan. Kumpulan pakar tersebut akan membuat cadangan mengenai keselamatan kampung dan peperangan psikologi. Tetapi Kerajaan Vietnam tidak yakin dengan keberkesanan program yang dijalankan. [15]
Pingat Yang Di Anugerahkan Semasa Perang Vietnam
Semasa Perang Vietnam, banyak pingat dan darjah kebesaran dianugerahkan kepada penempur dan juga orang awam yang berkhidmat di Vietnam oleh pihak Amerika Syarikat, Vietnam Selatan dan juga oleh Vietnam Utara.
Pingat Anugerah Amerika Syarikat
Amerika Serikat memberikan pingat seperti yang diberikan kepada anggota tentera semasa Perang Dunia II seperti Purple Heart. Beberapa pingat baru juga diwujudkan. Pingat Khidmat Vietnam diberikan kepada mana-mana anggota Tentera Amerika yang berkhidmat selama 30 hari berturut-turut ataupun berkhidmat untuk jumlah 60 hari di Vietnam.
Pingat Anugerah Vietnam Selatan
Vietnam Selatan juga menganugerahkan pingat kepada tentera Amerika Serikat. Dengan demikian, pegawai-pegawai kanan tentera Amerika yang berkhidmat di Vietnam akan memakai pingat-pingat anugerah Vietnam Selatan dengan seragam mereka. Pingat Anugerah Vietnam Utara
Antara pingat yang diberikan kepada tentera dan mereka yang berjasa adalah Liberation Order, Ho Chi Minh Insignia, Brass Fortress of the Fatherland Decoration, Friendship Decoration dan Defeat American Aggression Badge.
Perang Vietnam Dalam Budaya Popular
Filem :
Banyak film mengenai perang Vietnam telah difilemkan, meliputi semua perspektif, daripada filem pro-perang seperti The Green Berets arahan John Wayne, sehingga film-film anti perang. Senarai Filem Bertemakan Perang Vietnam.
Novel :
Pranala Luar
- Perang Vietnam
- PERANG VIETNAM MASIH MENGHANTUI AMERIKA Oleh Leon Howell
- Film-film Amerika dari Perang Vietnam Hingga 11 September
- Vietnam Rayakan 30 Tahun Perang Berakhir
Beberapa peristiwa
- 9 Februari 1965 - Pasukan kombat AS pertama dikirim ke Vietnam Selatan.
- 30 Januari 1968 - Serangan Tet
- 5 Februari 1968 - Pertempuran Khe Sanh dimulai.
- 11 Februari 1973 - Tahanan perang AS pertama dibebaskan oleh Viet Cong.
- 27 Februari 1973 - Persetujuan Damai Paris secara resmi mengakhiri Perang Vietnam.
- 29 Maret 1973 - Pasukan terakhir Amerika Serikat meninggalkan Vietnam Selatan.