3 orang Melayu dan seorang warga asing cedera (Hari pertama)
Seorang anggota polis cedera (Hari pertama); Seorang anggota bomba cedera parah dipukul perusuh dan dihantar ke pusat rawatan (Hari kedua), meninggal dunia 21 hari selepas kejadian
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman merupakan insiden rusuhan yang terjadi selama dua hari dari 26 hingga 27 November 2018 di tapak Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan juga kawasan sekitarnya di USJ 25, Subang Jaya, Petaling, Selangor. Kerusuhan ini berawal dari selisih paham antara pihak kuil dengan pihak pemohon iaitu One City Development Sdn. Bhd. dalam isu pemindahan kuil tersebut. Akibatnya, insiden kerusuhan ini mengakibatkan kerusakan harta benda dan kematian seorang anggota pemadam kebakaran, Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Kerusuhan ini telahmendapat perhatian umum serta liputan yang meluas di media massaMalaysia.[1]